Hot Posts

6/recent/ticker-posts

~PANDUAN KESIHATAN SECARA ISLAM~


~Larangan-larangan Terhadap amalan perbuatan dan kebiasaan yang boleh merosakkan kesihatan tubuh badan~

- Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar.
- Mandi setelah makan
-Sentiasa berada dalam keluh kesah dan berdukacita
- Berjaga malam selain dari qiamulail.
- memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukun islam.


~Faktor-faktor Yang menguatkan tenaga tubuh badan~

-Memakan daging
- Selalu menghidu bau-bauan yang sedap
- Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak
- Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
- Memakan makanan yang agak manis

~Faktor-faktor yang boleh mendatangkan penyakit~

- Banyak bercakap
- Banyak Makan
- Banyak Tidur
- Banyak Jimak

~Faktor yang boleh melemahkan badan~

- Banyak berjimak.
- Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah
- Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
- Banyak memakan makanan yang serba masam.

~ Bagi Menambahkan  Kecerdasan Akal ~

- Tinggalkan dari bercakap kosong
- Sentiasa bersugi
- Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

~Larangan Dan Peraturan Selepas Makan~

- Dilarang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
- Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah
- Sebaik-baiknya hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam,

~ Supaya Air Yang Diminum Mendatangkan Kesihatan Untuk Badan Seboleh-bolehnya Jangan Minum Air Di Waktu-waktu Berikut : ~

- Selepas bersenam ,bersukan atau melakukan kerja-kerja berat
- Selepas berjimak
- Selepas Makan atau sebelumnya
- Ketika Sedang Makan
- Selepas memakan buah-buahan
- Selepas keluar dari bilik mandi
- Ketika terjaga dari tidur.

Post a Comment

0 Comments