..:: SOLAT QASAR & JAMA' ::..

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan
      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar
      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;       “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” 
     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4  Syarat Solat Qasar
      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
      ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
      iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
      iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
      v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5  Contoh Niat
                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)


Solat Jama 2.0'

2.1   Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat        Isya'.
      ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
      iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
      iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
      v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
       i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
      ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.    
2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2  Jama’ Ta’khir 

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taal)
ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

- 22 AUGUST 2011 -

BismiLLah....
Alhamdulillah dapat mengepOst Post lg ari ni...
Hu3....Xdak cite pe pom..
Cuma sengeh sorang2 je pagi2 ari ni...
On da way g keje...terasa ringan jak kepala neh...
Raba-raba kepala...rupanya aku xpakai helmet....

errh....Seb bek xjauh lagi jalannya....
pusing amik helmet kt umah...
Xde hal..xpasal2 kena tahan ngan en.polis baru tau,,,,ngeeee...
Ari ni...entah cm tergerak nak bukak akaun Maybank...nah...g bukak daaa...
Yang lain2 cm bese jerk...
Okeslasss...cukup la tuk ari ni...mwaaahh...hu3...
Assalamualaikum.

~ ILMU BARU- CARA LETAK IKLAN CHURP-CHURP KAT BLOGSPOT ~

STEP BY STEP


APA ANDA PERLU BUAT DENGAN ACCOUNT BLOGSPOT??

- On Blogspot anda
- Klik New Post
- Di ruangan Post, Anda copy & Paste

 <a href="CHURP CHURP" target="_blank"><img height="80" src="PHOTOBUCKET" width="80" /></a>

O.K dah??Next......

APA ANDA PERLU BUAT DENGAN PAGE CHURP-CHURP??

 - Buka account Churp Churp anda...

- Klik dashboard dan akan ada 




- Buka salah satu campaign

- Klik SHARE this



- Akan keluar 




- Klik COPY THIS LINK
  BREAK DULU..... 

APA ANDA PERLU BUAT DENGAN ACCOUNT PHOTOBUCKET??

- Anda copy gambar campaigns di dalam account Churp Churp & Simpan Di dalam Account PHOTOBUCKET.

- Di dalam album Klik salah 1 gambar, pastikan gambar SEPADAN dengan campaign Churp Churp sebentar tadi

 - Klik seperti ditunjukkan anak panah.

BALIK KE STEP PERTAMA - NEW POST pada Blogspot
APA ANDA PERLU BUAT??

( Yang sudah di copy & di letak dalam NEW POST mula2 tadi )
 <a href="CHURP CHURP" target="_blank"><img height="80" src="PHOTOBUCKET" width="80" /></a>

-->> Copy & Paste LINK dari page campaign Churp Churp di bahagian " CHURP CHURP.

Contoh ---<a  href="http://www.churpchurp.com/sakura/share/churpchurp-invite" target="_blank"><img height="80" src="PHOTOBUCKET" width="80" /></a>

-->> Copy & Paste DIRECT LINK gambar campaign dalam photobucket di bahagian " PHOTOBUCKET "

Akhirnya anda akan dapati :

CONTOH--
 <a  href="http://www.churpchurp.com/sakura/share/churpchurp-invite" target="_blank"><img height="80" src="http://i989.photobucket.com/albums/af18/sakura/churp%20new/1.jpg" width="80" /></a> 

Dan COPY apa yang anda dapati itu ke ADD A GADGET di BAHAGIAN HTML 

SELAMAT MENCUBA !!

~ 20 OGOS 2011 ~

Hari ni,,,,da amik daa baju nikah ....ngan baju kurung family tuk majlis nanti...
Mak su Yah bagi sekali set tengkolok ngan sampin sayang.....
keris ngan rantai...nanti dekat majlis mak su bagi....
Nak letak gambar xleh....nanti my dydy tengok...kantoi....ahakss,,,,,,

~ DIKALA SAHUR 19 OGOS 2011 ~

Alhamdulillah...
Keluarga aku dijauhkan dari malapetaka,..
Rasa tidak sedap hati ayah terjawap...
Pelik dengan biawak tinggal nyawa2 ikan...
Rupa-rupanya dah terkena bisa Si Tedung Selar...
Ayah mencari...Si Tedung Selar ada di bawah almari..tempat membancuh air..
Tanpa buang masa....Minta pertolongan dr pihak Jabatan Pertahanan Awam..
video 

video
Akhirnya Si Tedung Selar dapat ditangkap..
Panjang hampir 3meter..
Sempat jugak bersahur hari ini...
Terima Kasih Ya Allah...Terima Kasih kepada rakan JPAM...

~ 24 HARI LAGI ~

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirahim....
Haaaa...ari ni nk kongsi pe aku buat 24 hari sebelum 3 september 2011 tiba...
Benda yang penting dari yang penting....SURAT KEBENARAN BERKAHWIN daripada pejabat agama..
Nah...ini dia...
Diambil pada 10 Ogos 2011
Alhamdulillah.....xde masalah yang timbul...tggu untuk dihantar pada jurunikah pulak...
Ni time memalam plak...orang yang sponsor gula2 dah datang anta gula2 tu...jadi leh la mula packing2..
Ni la packing2 gula-gula itu...

Duk berdua atas katil ngan adik bongsu aku...E'e...
Daa siap 200beg....datang plak sepupu aku yang kecik2 datang tolong packing sekali...
Tengok neh tas katil aku...
Ini satu...ini satu...itu satu...ini satu...
Tunjuk jangan xtunjuk....hu3

Lepas siap..packing besar cmni lak..

Ok lah....tuk 10 Ogos 2011....ini ajer la yang aku buat.....sambung pulak pada 11 Ogos 2011...

P/S ; Semoga Semua perjalanan untuk mendapatkan redhaMu ini mendapat rahmat Mu...permudahkanlah...Amin...
Sekian dulu untuk hari ini....

~ 100 Hari Sebelum Kematian ~

Ya Allah....
Sesungguhnya Aku kerugian untuk mendapatkan ilmuMU...
Namun aku usahakan jua agar dapat memperoleh kembali ilmuMU itu..
Ya Allah...
Kenapa air mata ini tidak dapat di kekang takkala menonton rancangan itu,,,
Ya Allah...Aku terlalu lalai menjalankan tanggungjawapku..
Alhamdulillah...jika betul air mata ini tanda masih ada keimanan dalam diriku..Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah...Masih ada peluang untuk ku berubah,..

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu 'Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

~ SURAT KEBENARAN NIKAH ~

Sudah hantar pada 
1 Ogos 2011 @ 1 Ramadhan 1432H.
Semoga Minggu Depan boleh ambil dah kt 
Pejabat Agama Daerah Besut.
Lega rasanya dapat hantar,siap leh hantar kat tok Imam pulak..
Semoga semua berjalan lancar.
Amin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...