Hot Posts

6/recent/ticker-posts

- ANAK KAMI - Mohamad Zaryth Ikhwan Bin Mohd Aidy

Alhamdulillah...
Selepas menunggu selama 41 minggu...Akhirnya anak sulung kami keluar menikmati dunia baru..
Tarikh anggaran kelahiran 26 Ogos 2012...tapi 5 September 2012 jua yang sebenar-benarnya..
Apa-apa pun...aku bersyukur,,anak kami dapat aku lahirkan secara normal pada pukul 6.05petang dengan berat 3.73kg di Hospital Universiti Sains Malaysia,Kubang Kerian.
Tembam betul anak ibu & ayah ni...
Disebabkan baby keluar lambat...anak kami terpaksa ditahan dalam wad baby NICU...untuk pemantauan dan diberi antibiotik selama 3hari.. Alhamdulillah..anak kami sihat.. kuning pun tahap rendah..boleh diubati dengan susu ibu.. Anak kami kena tidur sesorang kat HUSM...sebab tak ade katil kosong untuk ibu teman...tapi esoknya ibu balik ke HUSM...dah boleh teman baby..1hari sebelum suntikan antibiotik terakhir.

8 September 2012
Anak kami sudah boleh balik ke rumah...
Bermula lah pantang kami di kampung...bermula juga hari-hari yang penuh mencabar sebagai ibu & ayah..Selama 40hari berpantang..anak kami tidak banyak ragam...merengek apabila lapar..
Sungguh indah Anugerah Allah S.W.T ini..Allahuakbar...

 8 September 2012 - 13 Oktober 2012 kami berada di rumah Tok ki & Opah..
Opah ikut balik Batu Gajah,untuk teman kami jaga Zaryth 5hari ini....
Di rumah baru,,banyak perkara yang menguji kesabaran.. Alhamdulillah.. Ayah Zaryth banyak bersabar,,menjadi kekuatan ibu Zaryth...

13 Oktober 2012
Selepas menempuh perjalanan jauh...mengharungi banjaran titiwangsa...Akhirnya kami bakal memulakan hidup berkeluarga, bertiga...

NEXT....NEXT....NEXT....Lain kali pulak sambung....weeee...

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi