AL-FATIHAH BUAT PAK CIK


Di suatu subuh yang suci... 27 Oktober 2013...ambe menerima panggilan dari kampung...
Perkhabaran tentang pemergian Arwah bapa saudara yang berada Jengka diterima...
Arwah Harun Bin Mat Hassan abang kepada bapaku telah menghembus nafas terakhirnya pada jam 5.30 pagi...
Kepada arwah,,semoga Pak Cik tenang disana... Al-Fatihah dan doa sahaja yang mampu duhulurkan...Kepada Pencipta Jua Kita Kembali..

Al-Fatihah...

HILANGKAN SAKIT KEPALA

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali


2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 


3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 


4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 


5. Baca Surah An-Nas (1kali) 


6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 


7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)


NOTA : Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.
InsyaAllah hilang..

3L AIR KOSONG 1 HARI

Baru ambe tahu.....bru ambe sedar..
Rupanya ambe ni memang jenis susah minum air kosong dalam kehidupn sehari,,,,
Memang payah buat ambe...ambe sedar ambe lebih suka air manis...terutamanya air kegemaran air teh 0 panas....fuhhh..
Setelah ambe ambil langkah untuk jaga pemakanan ambe...dan semua mengatakan air kosong adalah penting...ambe beli 1 botol air mineral yang saiz 1.5 L.....ambe nak abeskan air itu dalam 1 hari pon macam terseksa je nak mengajar tubuh ambe ni supaya rajin minum air...Tapi ambe masih mencuba...semoga nanti ia menjadi 1 amalan kepada ambe untuk membawa air kosong ke mana sahaja....


CENDAWAN BUTANG a.k.a CENDAWAN BUSUK





Haaa....ni la rupanya.....
Busuk-busuk pun....ambe suka makan....
nak-nak kalau sup cendawan..fuhhh..mang suka sangat lah...
Comel-comel kan cendawan neh..
Jangan pandang ringan tau ini bukan sayur biasa sebab cendawan ini mempunyai banyak nutrisi.
Contohnya, niacin, riboflavin, folat, fostor, zat besi, panthothenic acid, zink, potassium, magnesium, vitamin B6 dan sebagainya. Beberapa nutrisi yang terdapat dalam cendawan adalah baik untuk kesihatan.

Melawan Sel Kanser

  • Pengambilan cendawan dapat menurunkan sel kanser dan disarankan pengambilannya bagi penghidap ketumbuhan payudara dan prostat.

Kandungan antioksidan
  • Memperbaiki sistem imunisasi badan, mencegah migrain, membantu meningkatkan metabolisme badan dan sebagainya. 
Info Majalah kesihatan No1 Malaysia RAPI

7 STEPS TO HAPPINESS

 ---------- ❀❀❤❤❀❀  ----------

THINK LESS , FEEL MORE

FROWN LESS , SMILE MORE

TALK LESS , LISTEN MORE

JUDGE LESS , ACCEPT MORE

WATCH LESS , DO MORE

COMPLAIN LESS , APPRECIATE MORE

FEAR LESS , LOVE MORE
---------- ❀❀❤❤❀❀  ----------

PAGAR KESELAMATAN & BOTOL

Alhamdulillah ....
Seiring dengan pembesaran anak kesayangan ambe nii....yang semakin aktif...sejak dapat kaki ni..
Ambe dan InceK suami perlu ambil tindakan yang boleh mengelakkan anak kami tu merayap merata yang boleh mendedahkan beliau kepada barang berbahaya..
Untuk mengelakkan beliau ke bahagian dapur yang mempunyai pelbagai barangan yang sudah boleh dicapai oleh beliau....kami beli pagar ini..


Haa,,,memang tak leh masuk la beliau ke dapur ini,,,,yela risau beliau duk kacau masa duk memasak ke apa ke..
Ini laa anak kesayangan ambe yang semakin bijak...semakin aktif...banyak akaaiiii...


Itu botol baru yang ayah beliau belikan...
Alhamdulillah...minum jugak air tu....dengan kami beliau tak nak minum pakai botol susu...dengan pengasuh dia minum....apa pun kena cuba laa kan... jadinya botol ini dia suka...

"DEMI ANAK"

APA KE MALANG NASIB

Malang la sebab CUAI....
Ahahhaah...gelak untuk diri sendiri...
Sampai la ni..saat ambe menceritakan nehh....
Tangan ambe masih pedih-pedih,,,
Niat baik ambe nak jamu member opis makan Sup Tulang pun dah terbantut....
Sume hancusss....punya laa tunggu sampai tengah  malam duk mereneh sup tuhh ...
Nak buatkan minum pagi untuk Encik Suami pun tak lehh...memang tengah buatkan...
Tapi masa untuk pergi kerja dah terlepas ...takut la lambat....



Haaa ini lah hasilnya buat kerja kelam - kabut....rasanya dah bertenang masa tu...sebab tinggal nk pakai tudung jew...nak buh nasi dalam tupperware....nak buat air milo....
Tapi lau dah nasib.....tindakan reflek bodo yang ambe buat....kena air panas la jawapnya....
Daaaannnn....serta merta semua kerja ambe STOP....Sup Tulang makan balik kerja karang....
Jadinya pergi kerja tanpa bawa apa-apa bekalan....
wuhuuuuu....melenggang dengan tas,dompet,handpommmm ajew leww....

Noted!!!...16 Oktober 2013 kena air panas kat tangan...
-----Uuuwwwaaaaa--------

R.I.N.D.U

Tak kisah la apa orang nak kata....
apa yang orang nak baca...bukan niat nak suruh orang baca sangat... :(
Tapi sekadar meluahkan rasa hati kat blog kesayangan...
Aku R.I.N.D.U kampung halaman.....walaupun kampungku tak semegah negeri orang...
" Hujan Emas Di Negeri Orang,Hujan Batu Di Negeri Sendiri...Negeri sendiri tetap DihatI "
Biar orang pandang tanah tumpah darahku tiada apa-apa....Tapi  disanalah Bateri hidupku...
Walau dihidang Shopping Complex yang megah-megah...Econjaya itu jugaklah aku rindu...
Walau pusat perangin terkenal menggamit....Pantai kosong itu lagi menggamitku kembali...
Walau orang pandang enteng ...Apa ada pada kampung....mereka tidak pernah merasa....mereka tidak HIDUP disana....apa dieorang tahu???
Aku rindu insan yang ada disana...Insan yang pasti merinduiku jua..Aku tahu itu....
(................air mata yang tak dapat dibendung mengalir laju seiring jari-jemari ku............)
Apakan daya ..masa tidak mengizinkan lagi...
InsyaAllah.....sampai masa ambe akan pulang....
Walau tidak ada apa yang ambe lakukan...
Hanya Allah S.W.T yang mengetahui...
Apa perasaan itu..perasaan yang tidak perlu diceritakan...
Perasaan yang tidak perlu dizahirkan dengan kata-kata
Pulang kekampung....
Menjejak kaki ke rumah yang ambe dilahirkan..dibesarkan..
Melihat Insan yang Melahirkan Ambe ke Dunia...Insan yang membanting tulang membesarkan ambe berada didepan mata..Ambe tidak perlu apa-apa yang megah....
Luruh rasa semua rindu yang membebani.....
Itu lah nikmat...

 Aku Anak Besut
Miss Ol About u...

PERSARAAN EN.JUMRI & PERTUKARAN CIK FADHILAH

Hmmm...
Habis minggu nii,,,,masuk minggu depan sunyi laa opis neh...
Apabila bakal kehilangan 2 orang rakan sekerja....Seorang bapa,,seorang kakak...
Yang pasti ambe akan merindui celoteh mereka yang macam-macam tu...

En.Jumri depan...Gadis F...pegang belon warna merOh
Haaa..En.Jumri tu kalau tak mengusik ambe 1 hari tak sah laaa..
ada jew komen..ayat-ayat sakat dia tu..tapi ambe tidak pernah ambil hati pun...
Kekadang ambe rindu ayah ambe kat kampung tu...bertambah-tambah rindu laa...umur ayah lebih sikit je dari beliau...tgok dia jew..teringat orang tua kat kampung....
Kak Fadhilah @ Diandara tapi lepas Fauziah Ghous kawen Zhafran..dia lebih dikenali dengan nama Gadis F.....ahahahah....( ader cerita laa disebalik itu...Iqram Dinzlyy )
Hari ini 10 Oktober 2013...ada 1 majlis ringkas diadakan untuk meraikan jasa dan kenangan mereka di pejabat ambe berkhidmat neh...
Tamat sudah perkhidmatan En.Jumri dalam Jabatan Kerajaan, beralih daerah sudah Gadis F...
Kongsi sikit detik - detik sekitar majlis

En.Jumri Bin Mohamed

Riak-riak ceria kami

Bersama dengan Tuan Pengarah & Pegawai

Kami yang memacam

Nanti tinggal 4 orang laa pulop..
" Jangan terlalu alpa dengan sebuah pertemuan seolah-olah akan kekal selamanya, 
Jangan ditangisi suatu perpisahan seolah-olah berpisah untuk selama-lamanya.... 
Sebaliknya hargailah kedua-duanya, 
Kerana pastinya saling bersangkutan antara satu sama lain... 
Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan..
Semoga pertemuan & perpisahan ini diredhai Ilahi "

Selamat Jumpa Lagi

BERAT BADAN

Hari ini...
Timbang lagi....
Setelah memulakan cara pemakanan baru bermula 5 Oktober 2013 ( Sabtu ) baru - baru ini memandangkan terlalu risau dengan penambahan berat badan walaupun ambe ada mencuba 1 produk slimming tetapi menampakkan kenaikan 1 kg lagi berat ambe,,,,ambe pun stop pengambilan suplement ituu...tapi dengan perubahan pola baru...hari ini berat ambe menunjukkan penurunan 2kg...
Walaupun tak banyak...akan ku teruskan cara pemakanan baru ini...bukan secara mendadak....tapi cara pemakanan yang sihat...makan tetap makan....huuhu...
Tarikh Timbang : 09.10.2013 ( Rabu )
Akanku usaha sehingga mencapai berat sebelum bersalin...InsyaAllah...tak banyak pun lagi....4 kg je lg...Chaiyok2!!!...

ANOK JATANG BARU BULEH JALLLLANG..

Alhamdulillah...
Walaupun sedikit terlambat...
Akhirnya 2 Oktober 2013 bersamaan umurnya 1tahun 1bulan...
Mohamad Zaryth Ikhwan mengorak langkahnya dengan lebih yakin....
TAHNIAH sayang ibu ayah....




Alhamdulillah..xde la risau hati ibu ni lagi...
Love you sayang..❤

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...