AMPHETAMINE TYPE STIMULANS - ATS

 

ATS - Gelaran kepada sekumpulan dadah jenis peransang atau stimulans seperti Amphetamine, Methamphetamine , Methcathinone dan ecstacy. Dadah jenis ini paling popular ialah Ecstacy dan Syabu. Dadah-dadah ini boleh didapati dalam bentuk pil untuk ditelan, dalam bentuk serbuk untuk diambil secara hidu serta dalam bentuk larutan untuk diambil secara suntikan. Ia menjadi lebih berbahaya kepada manusia kerana ia hasil adunan pelbagai bahan kimia termasuk yang diguna dalam racun tikus, cecair peluntur, malahan ada yang dicampur dengan kaca lampu florescent.

KESAN ATS TERHADAP SISTEM SARAF PUSAT

  • Paranoid - Perasaan Syak wasangka yang melampau tanpa sebab yang kukuh.
  • Gangguan mood - Mood akan berubah daripada keadaan biasa kepada satu keadaan keseronokan yang melampau.
  • Agresif - Ransangan ATS boleh mempengaruhi seseorang bertindak di luar batasan.
  • Peningkatan tumpuan - Tumpuan terlampau terhadap sesuatu perkara.
  •  Insomnia - Kesukaran untuk tidur.
  • Sawan ( convulsion ) - Otot badan mengembang dan mengendur dengan cepat serta berulangan menyebabkan goncangan badan diluar kawalan.
  • Tremor - Pergerakan otot-otot menjadi luar kawalan.
  • Kerosakan sel-sel otak
  • Pendarahan dalam otak.
  • Psikosis - Pengguna akan menjadi gila.

Sumber : Lihat*Dengar*Fikir*Bertindak*Cegah!-ATS Membunuh

2 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...