TIPS UNTUK MENGATASI MORNING SICKNESS

Assalamualaikum,,,
Ada tak kat sini kekawan yang sedang berbadan dua...terutama yang baru menyedari bahawa diri telah hamil...?Ada alami morning sickness tak?
Di sini NS nak kongsi sikit tips untuk atasi Morning Sickness.

  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
  • Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan protein yang dapat membantu mengatasi rasa mual anda.
  • Sewaktu bangun tidur, jangan terburu-buru bangun. Duduk dahulu dan kemudian bangun perlahan-lahan. Jika anda berasa sangat mual ketika bangun tidur pagi, siapkan snek atau biskut di tempat tidur anda supaya anda dapat memakannya terlebih dahulu sebelum anda berdiri.
  • Hindari makanan yang berlemak, berminyak dan pedas yang akan menambahkan lagi rasa mual anda.
  • Minum air yang cukup jika gejala muntah menjadi-jadi. Minumlah air putih, ataupun jus dan hindarkan minuman yang mengandungi kafein dan berkarbonat.
  • Vitamin kehamilan kadangkala memburukkan lagi rasa mual. Tetapi anda tetap memerlukan asid folic untuk kehamilan. Jika keadaan ini masih menjadi-jadi, sila jumpa doktor anda supaya anda diberikan saranan yang terbaik untuk vitamin yang akan anda ambil. ( Asid Folic laaa bau paling tak leh blaaaa....tapi terpaksa jugak tahan hidung niii )
  • Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan gejala ini pada ibu hamil. Sebaiknya dapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.
  • Beristirehat dan relax sangat membantu dalam usaha anda mengatasi mual dan muntah. Stress hanya akan memburukkan lagi keadaan. Luangkan sedikit waktu untuk anda bersantai. Cubalah dapatkan istirehat yang cukup dan santai, dengarkan muzik atau alunan Al-Quran dan membaca buku bayi atau majalah.

Semoga kehamilan seterusnya tak ada laah macam hamilkan Zaryth duluu....huhuh....tapi tak da la teruk sangat....orang lain ada yang lebih teruk...
Jom kongsi pengalaman hamil kekawan dengan NS.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...