SALAM AIDILFITRI 2014

Assalamualaikum.
Ramadhan melabuhkan tirainya..
Sempena Aidilfitri  ini NS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat rakan blogger yang dikasihi.
Sepuluh jari disusun ikhlas , memohon maaf dan ampun jika ada terkasar bahasa sepanjang perkongsian NS di alam maya ini.

TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tidak kena
TERtanya yang tidak tentu hala
TERsasul yang tidak sengaja
TERpukul kat mana2
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena2
TERmacam2 lagi yg berkenaan.



Sekian, selamat berhari raya bersama keluarga tersayang.

KETUPAT NASI

Assalamualaikum..
Macam mana persiapan raya kekawan?
Raya kat mana?
Tahun ini NS raya di Ipoh,Perak terlebih dahulu..iaitu di kampung suami..
Ni rehat sekejap..baru siap belajar dan tolong kakak ipar membuat ketupat nasi..
Haa..belajar laa..dari duduk tengok je kan...tapi Alhamdulillah...siap jugak laa dekat 10 biji..maklumlah...jejari masih keras..1biji 10 kali bukak buat balik baru siap sebijik tuu..ahaha..

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com


Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

DOA PENYEMBUH PENYAKIT

Assalamualaikum.
Hari ini NS nak kongsi doa untuk menyembuhkan penyakit. Ayat ini dikongsikan didalam ceramah yang NS hadiri kelmarin.

 

" Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku "

Surah : Asy-Syu'araa' ( Ayat 80 )

dan

 



Baca ayat-ayat ini dengan tangan diletakkan di dada, In Shaa Allah jangan putus asa.







TAKZIAH MH17


Sahur dengan membaca berita mengejutkan rakyat Malaysia
MH 17 ditembak dan terhempas.
Hanya doa sahaja untuk mangsa.
Semoga keluarga mereka kuat dan tabah menerima perkhabaran ini.

Al-Fatihah.

AUDIT DIRI MENCARI CINTA PENCIPTA

Alhamdulillah pagi ini NS berpeluang menyertai satu ceramah ilmu.

Integriti Perkhidmatan Awam.
Audit Diri Mencari Cinta Pencipta.


Jujur,,di awal ceramah NS tidak berapa tertarik tetapi terasa rugi pula berada dalam majlis ilmu tetapi tidak memberi perhatian. Ya, sangat-sangat rugi jika tidak mendengar isi kandungan ceramah tadi. Akhirnya, NS betulkan niat NS kembali.
Apa yang NS nak kongsikan dan tekankan di sini adalah SUIS UTAMA dalam mencari Cinta pencipta yang seiring dengan tajuk utama hari ini. NS suka dengan cara penyampaian penceramah jemputan tadi. SUIS UTAMA dalam mencari cinta pencipta kita adalah bukan orang lain, dialah IBU kita...seperti yang dipaparkan oleh penceramah sebagai HUBUNGAN DENGAN EMAK.
Muhasabah diri, kenapa kita ke tempat kerja terasa ada yang tidak tenteram dihati, kenapa kita balik ke rumah rasa semacam tidak kena di hati. Hati tertanya-tanya......
Fikirkan sama ada kita ada menyakiti hati ibu...saat itu NS tidak dapat menahan air mata dari jatuh..ya..terasa banyak pula dosa dengan emak,..
Penceramah juga ada menyelit 1 cerita tentang " seorang anak berumur 40 tahun yang berjaya hidupnya, tapi tidak tenteram hatinya, dia mengingati ibunya, dia balik minta apun jika ada ibu terasa hati..ibunya pula mengatakan tidak ada apa..si anak mengatakan hatinya tidak tenteram seperti ibu ada menyimpan rasa..Akhirnya ibu mengatakan ibunya masih terasa dengan kata-kata si anak ketika anak berumur 17 tahun...dan si anak ingat akan kejadian ketika umur 17 tahun itu.."

Dikaitkan dengan alam pekerjaan, ini adalah supaya kita tidak merungut dalam membuat sesuatu kerja ketahuilah ibu bapa kita dahulu lagi banyak membanting tulang.

Diingatkan juga supaya mendoakan ibu kita setiap kali 5 waktu solat wajib.
Bersedekah di atas niat bagi pihak ibu.

Amat dalam dan tepat semuanya yang disampaikan oleh En.Nasaruddin Bin Ab Aziz tadi.
Terlalu banyak jika nak diceritakan di sini....nanti sambung lagi....

Segmen KAD RAYA BERSAMA AIZU

http://aizuslife.blogspot.com/2014/07/segmen-kad-raya-bersama-aizu.html#comment-form

Nak kad raya?? Jom join....NS baru perasan..baru sihat nak bw blog kekawan...
Harap sempat laaa...
Nak join klik banner

DEMAM

Assalamualaikum
Alhamdulillah...hari ini boleh dah angkat kepala..buat kerja rumah sikit2...boleh jenguk blog nehh...
Dari hari jumaat lagi NS tidak sedap badan...malam demam panas..asyik ulang alik ke tandas..cherry berry...tak tahan rasanya..makan tak boleh..asyik membuang sampai nampak sangat kulit NS kering kekurangan air..saat ini pun perut masih bunyi macam mesin ..huhu..kawan2 doakan NS sembuh yea..seronok tengok orang lain berpuasa dan membuat persiapan raya..NS dah macam kain buruk duk atas katil..

KAD UCAPAN HARI RAYA

Assalamualaikum, selamat pagi..
NS dari semalam duk merindui zaman budak, zaman remaja..kenapa?
Di zaman itu NS aktif berbalas dan berkirim-kiriman kad raya dengan sanak saudara dan rakan-rakan.
Tapi sejak memasuki alam dewasa ini, tradisi berbalas Kad ucapan Hari Raya ini seakan pupus ditelan dek zaman.
Sejak awal Ramadhan NS banyak melihat rakan-rakan blogger menganjurkan segmen kad ucapan hari raya membuatkan seakan tradisi kad raya ini berkembang kembali. Mungkin tahun sebelum ini NS tidak perasan sebab NS baru aktif berblog dalam masa 1 tahun kebelakangan ini. Tapi tahun ini NS tak ada menyediakan kad raya lagi..In Shaa Allah tahun depan...

 Dulu seronok...siap pasang langsir..tukar sarung kusyen...mula menggantung kad kad raya pada dinding...posmen datang rumah mang seronok betul...best kumpul kad ucapan nii..

 Kad cantik macam ni bila dah remaja sikit

 Kad raya kartun mang menjadi pilihan masa budak-budak dulu...suka baca kad ucapan hari raya  dialog kartun tuu.

Yang ini kad raya matang sikit...hihiihi

Jom apa lagi...join segmen kawan-kawan blogger yang menganjurkan segmen kad raya ini seperti :

hah tu xkira lagi blogger lain..
Jom kita meriahkan lagi Aidilfitri 2014.

Segmen : Saya Nak Kad Raya by Afiqah !

http://mawarberduri4147.blogspot.com/2014/07/segmen-saya-nak-kad-raya-by-afiqah.html

Nak join?? Klik Banner

PETUA MEMUDAHKAN PENGHADAMAN

  • Makan dalam keadaan yang bertenang.
  • Beri masa untuk kita makan, jangan pula makan secara terburu-buru atau gelojoh.
  • Kunyah makanan sehingga betul-betul lumat, baru telan.
  • Jangan makan terlalu kenyang, dan jangan disulami dengan kerap meminum air.
  • Makan apabila terasa lapar iaitu pada waktu makan yang betul.
  • Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadam atau yang yang tidak perlu dihadam seperti bubur, madu, glukos, yogurt dll.
  • Kurangkan makanan yang lambat hadam seperti lemak, protein dan karbohidrat.
Nota Kaki : Elok untuk yang senang sembelit seperti NS....ihiks..

SEMBUHKAN DEMAM DENGGI





 Waaahhhh...jangan sesiapa telan air lir pulak tengok ketam nehh....huhuu
Apa kaitan Ketam dengan tajuk entry NS yang satu ini.?
Minggu lepas sepupu NS terkena demam denggi, emak saudara NS sediakan Sup Ketam untuk anak dia tu. NS yang tak tahu apa-apa ni..tanya kenapa perlu sup ketam..rupanya Sup Ketam boleh membantu dalam sembuhkan demam denggi. Jadi, NS nak kongsi laa kat sini kot2 ada yang belum tahu kan...yang dah tahu tuu..............tahu laa....hihihi...
Selain denggi Sup Ketam pun sesuai untuk Chikungunya.
Ketam seperti ketam nipah ini perlu dimasak sup, pesakit perlu minum sup beserta isi ketam untuk meningkatkan kadar platelet dalam badan. Hal ini disebabkan kadar platelet turun secara mendadak dalam tempoh dijangkiti virus denggi ini. Dikatakan ketam mempunyai kadar protein yang tinggi dalam membantu membina platelet darah yang hilang.
Namun, pemeriksaan dan nasihat darpada doktor adalah perlu diutamakan.

Sharing Is Caring



BAHAYA MINUM SAMBIL BERDIRI




Dari segi adab, minum dan makan sambil berdiri adalah tidak sopan dan tidak digalakkan. Selain kelihatan tidak bersopan, minum dan makan sambil berdiri juga boleh membahayakan kesihatan. Menurut Dr.Abdurrazzaq Al-Kailani, minum atau makan sambil duduk kelihatan lebih sopan dan menyihatkan sistem penghadaman. Hal ini kerana, makanan dan minuman yang diambil semasa berdiri tidak akan terus jatuh ke dalam usus dan menyebabkan disfungsi penghadaman. Selain itu, minum berdiri juga menyebabkan cairan akan terus masuk ke dalam ginjal tanpa sebarang penyaringan. Jadi, biasakan diri makan atau minum sambil duduk. Selain sopan dan beradab, makanan dan minuman dapat diserap dengan lebih nikmat dan sihat.

Sharing Is Caring

ZARYTH DEMAM

Assalamualaikum..Selamat Pagi
Hari ini lambat sikit bersiap untuk ke pejabat. Zaryth demam dari semalam..panas je tubuhnya...tapi Alhamdulillah..tak merengek macam biasa..sedang makan sahur..Zaryth bangun..tengok bola..huhu..macam pandai je tengok bola..Duk bersiap..Zaryth cherry berry..bersihkan dan mandikan dia terus..mungkin panas dalam..selepas mandi..letak ubat kat kat perut..Zaryth macam selesa..lepas tu baru hantar dia kat pengasuh..Alhamdulillah..macam biasa Zaryth baik-baik sahaja..melambai ibu pergi kerja..moga anak ibu baik-baik sahaja..ermm..baru nak bina badan..dah kurus balik..

NOTIS KERJA KOSONG SPA NEGERI PAHANG

Peluang Kerjaya Sebagai Operator Loji Gred H11
Sukacita dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang akan mengadakan temu duga bagi mengisi 3 kekosongan jawatan Operator Loji Gred H11.

Pemohon yang berminat boleh mendaftar secara online melalui Portal Rasmi SPA Negeri Pahang http://spa.pahang.gov.my .



http://spa.pahang.gov.my/images/stories/header/Header.png




Tarikh tutup permohonan : 11 Julai 2014 (Jumaat) jam 11.59 malam.

KERJA KOSONG DI SPA

www.spa.gov.my

Iklan ke-2 Kerja Kosong
:  Jawatan Penguasa Kastam Gred W 41 bagi yang memiliki Ijazah
: 2 jawatan untuk pemilik SPM iaitu Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 dan Latihan Separa Perubatan- Bertaraf Sijil & Diploma.

Sharing Is Caring.

KERJA KOSONG - PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N17

www.spa.gov.my

Kepada kekawan yang sedang mencari KERJA KOSONG ...atau ada adik beradik atau saudara mara kekawan yang inginkan pekerjaan sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17 boleh segera memohon , untuk lebih lanjut sila layari web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Sharing Is Caring


WORDLESS WEDNESDAY NS#2


MUDAH.MY

www.mudah.my


Assalamualaikum semua..
Salam sejahtera..
Jujur NS nak tanya..Siapa tidak pernah bukak web Mudah.my ini?
Cuba angkat kaki..hihihi
NS biasa layari Mudah.my ini untuk mencari rumah sewa dulu.. pernah juga mencari kereta..
Bagi NS Mudah.my ini memang banyak memudahkan masyarakat untuk mencari dan membuat urusan jual beli kenderaan, hartanah, pekerjaan kosong, barangan elektrik & elektronik, dan ada juga jual beli haiwan peliharaan.
Selain dapat membeli, kita juga boleh menjual di ruangan ini.
NS juga pernah menjual sebuah kamera.
Ok, apa yang NS hendak kongsikan ini mungkin sudah ramai yang tahu..Tapi NS tetap nak kongsi juga walaupun dah lama..selalu tengok suami buka web ini...:D
Kepada yang menggunakan sistem operasi Android, Aplikasi rasmi Mudah.my kini boleh dimuat turun dalam bentuk mudah alih terus ke telefon pintar anda.

Sekian untuk pagi ini.

Segmen Saya Mahu Kad Raya Dayang Deno

klik banner


**10 blogger bertuah akan dapat kad raya LE dayangdeno
**Cara pemilihan pemenang melalui Random.org 
**Pengumuman keputusan Random.org pada 15 Julai 2014


Tamat : 14 Julai @3pm

Saya Nak Kad Raya By Cik Akak



Jom kita pakat join Giveaway Cik Akak nii....
Syarat-syarat pun simple sangat..
Nak join klik banner ok!!

MENYUSU BAYI KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum..
Alhamdulillah,...hari ini hari ke-9 umat Islam megerjakan ibadah puasa.
Bagi ibu - ibu yang masih menyusukan anak-anak macam mana agaknya nak mengekalkan penghasilan susu ibu? Di sini NS ingin berkongsi sedikit tips  memandangkan susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi kita. Antara tips :

 Gambar NS + Zaryth Pada 21 Jan 2013 ( 4bulan )

1. BANYAKKAN MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN

Kebanyakkan buah dan sayuran mengandungi sumber utama vitamin dan mineral yang diperlukan seseorang untuk kekal sihat dan bertenaga. Buah yang membekalkan vitamin C seperti buah oren bertindak sebagai antibodi, kolagen untuk ibu dan bayi dalam membantu penyerapan zat besi. Bulan Ramadhan ini terdapat banyak kurma dijual...kurma pun dapat membantu penghasilan susu.

2. KERJA RUMAH DIWAKTU MALAM.

Elak buat kerja rumah yang biasa dilakukan pada siang hari pada bulan puasa. Ini akan membuat kekawan tidak bermaya dan boleh mempengaruhi kuantiti susu.

3. AHLI KELUARGA BANTU ISTERI/IBU.

Suami atau anak boleh la tolong isteri atau ibu boleh membantu ringankan tugas para ibu.

4. TIDUR YANG CUKUP

Tidur yang cukupamat penting untuk memastikan badan mendapat rehat yang cukup dan kekal bertenaga. Tidur yang cukup juga dapat mengelak tekanan perasaan.

5. MENINGKATKAN AMALAN IBADAH.

Amalan seperti berzikir dan membaca Al-quran dapat menenangkan jiwa manusia. Selain mendapat pahala, ketenangan dan dapat merehatkan minda , badan serta menjaga emosi sendiri. In Shaa Allah proses penyusuan akan berjalan dengan lancar.

Sharing Is Caring

Giveaway Cash RM100 by Emas Putih

As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]




MEMBAZIR AMALAN SYAITAN



Assalamualaikum..
Selamat Petang..Alhamdulillah hari ini hari ke-8 kita umat Islam menjalani ibadah puasa.
NS cuma nak ingatkan diri NS sendiri dan kekawan jangan mengamalkan pembaziran seperti gambarajah di atas.
Paling senang untuk mengelakan diri daripada membazir adalah dengan memasak sendiri juadah.
Jika sekali sekala nak ke Bazar Ramadhan, hadkan awal-awal peruntukan untuk beli makanan atau set dalam kepala apa yang hendak dibeli...jangan bawa duit lebih!!!Jangan Ikut NAFSU..!!!
Sekian.

Ihya' Ramadhan | Giveaway By Ummudd80

Ihya' Ramadhan | Giveaway | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa

Jom Join ramai-ramai.
Mana tahu dapat duit raya...
Ya Allah..moga2 ada laa rezeki duit raya..
Kalau nak join...Klik banner di atas.
Terima Kasih.

TELEFON BIMBIT PERTAMAKU

Assalamualaikum..
Nota hari ini sebenarnya dah lama ideanya ada..
Hari ini baru terasa nak post..
Telefon Bimbit ( Hp ) pertama yang NS guna adalah daripada syarikat Motorola..
Hp NS ni Hp biasa sahaja...itu pun bapa saudara NS yang bagi termasuk dengan No Hp yang NS pakai sehingga sekarang.
Tidak seperti adik-adik NS sekarang..NS dapat merasa pegang Hp ni masa NS umur 18 tahun..baru masuk lower 6 .
Ini lah rupa Hp pertama NS..comel,bulat kecik jew..
Orang dah bagi kira syukur la kan..

 Antara lain Hp yang pernah NS pakai adalah seperti di bawah , tapi NS pun tak berapa pasti susunan...

 Nokia 1280 :  masih ada dengan NS...NS guna yang ini untuk jual topup dulu.

 Nokia 6260 : NS dapat Hp ini ketika NS nak sambung belajar di UNIMAS dulu.



 Nokia 3660 : Yang ini NS lupa bila masa...hehehe..

 Nokia E-71 : Antara Hp kegemaran NS.

 Sony Ercsson K770 Cyber-Sot : Kegemaran NS juga ni..


 Nokia X3-02 : Hp kegemaran NS...bagi kat emak guna..sekarang sudah rosak.

Experia Ray : Hp Full Touch Screen kegemaran NS. Masih ada dalam simpanan NS.
 
Lenovo A850 : NS guna Hp hadiah hari lahir daripada suami..7 Mac 2014 ( Ke-27 )

Haa...kawan-kawan masih ingatkah apa Telefon Bimbit pertama kawan-kawan?
Apa dia?
NS pun macam masih ada yang tertinggal neh...
Lupaaa apa dia..
Kongsi laaa.... :D





Cik akak mencari bloglist julai 2014

Assalamualaikum.
Petang-petang ni NS nak join ni laaa

http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2014/07/segmen-cik-akak-mencari-bloglist-julai.html


Cik Akak duk cari bloglist Julai 2014
JOm pakat join ramai-ramai.
Harap-harap laaa dapat duk dalam bloglist CIk Akak neh..
InShaaAllah.

Nak join klik banner di atas.
Terima kasih

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSEBERRY


Click Banner Untuk Join!

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh Ainaa Roseberry dengan kerjasama Mawar Khayalan dan Fero Music. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:














Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.

COIN DEPOSIT MACHINE MAYBANK

Assalamualaikum
Selamat Pagi friendss..
Hari ini NS nak kongsi sesuatu yang baru NS tahu..
Mungkin ada segelintir pembaca blog NS ni pun ada yang belum tahu. Jadi..NS nak kongsi lah kat sini.
Selama ini duit tabung NS selalunya kena kira sendiri kemudian minta tolong suami tukarkan kat kedai makan.

Untuk kali ini..NS nak kongsi Mesin Deposit Syiling di Maybank.


Cara-cara menggunakan Coin Deposit Machine adalah :

Step 1 : Pilih Bahasa Anda.

Step 2 : Masukkan duit syiling anda kedalam slot yang disediakan.

Step 3 : Ambil resit.

Step 4 : Isi slip deposit.

Step 5 : Serah resit dan slip deposit ke kaunter pada hari yang sama.

Coin Deposit Machine ini boleh didapati di cawangan-cawangan berikut :

  • KL Main Branch.
  • Seksyen 5, Wangsa Maju Branch.
  • Shah Alam Main Branch.
  • Kajang Prima Branch
  • Bandar Baru Bangi Branch.
  • USJ Subang Jaya Branch.
  • Seremban Branch
  • Jelapang Branch.
  • Melaka Main Branch
  • Johor Bahru Main Branch.
  • Jelutong Branch.
  • Alor Star Branch.
  • Taman Tas Branch.
  • Kuala Terengganu Branch.
  • Kota Bharu Branch.
  • Wisma Satok Branch.
  • Kota Kinabalu Branch.
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman Branch.
  • Rawang Branch.
  • Bandar Baru Selayang Branch.
  • Jalan Yong Shook Lin Branch.
  • Bandar Sunway Branch.
  • Equine Park Branch.
  • Station 18, Ipoh Branch.
  • Jalan Munshi Abdullah Branch.
  • Skudai Branch.
  • Batu Pahat Branch.
  • Prai Industrial Estate Branch.
  • Legenda Heights Branch.
  • Pulau Langkawi Branch.
  • Paka Branch.
  • Tanah Merah Branch.
  • Mutiara Damansara Branch.
Patut laa NS tak tahu...semua dalam senarai ni tak ada branch yang biasa NS singgah..huhuhu..
Tapi lepas ini boleh laa NS memilih untuk pergi ke Station 18, Ipoh Branch.

Sharing Is Caring..

PEMENANG GA NOTASHALIMAR

Alhamdulillah...
Kemarin 30 Jun 2014 maknanya tamat laa GiveAway Salam Kenalan Dari Blogger NotaShalimar
Hah...NS dah ada nama pemenang yang NS gunakan khidmat random.org
Untuk GA pertama NS ini..syukur sangat...ingatkan 2 orang je nak join...yelaa...NS pun tak ada yang kenal sangat...dan hadiah pun tak meriah sangat..tp dengan sokongan kawan-kawan.. semuanya ada 36 blogger yang sertai..Mungkin satu masa yang lain ada rezeki NS buat lagi GA.


Seperti yang dirawak oleh random.org tu,,makanya terhasil laa keputusan di bawah..


Blogger No 1 ( Klik Gambar Untuk BW ) 
 http://faris-ris.blogspot.com/2014/06/giveaway-salam-kenalan-dari-blogger.html


 Blogger No 2 ( Klik Gambar Untuk BW )
http://jnjikita.blogspot.com/2014/06/salam-kenalan-dari-blogger-notashalimar.html 


Blogger No 3 ( Klik Gambar untuk BW )
http://cammylia.blogspot.com/2014/06/salam-kenalan-dari-blogger-notashalimar.html



Blogger No 4 ( Klik Gambar Untuk BW )
 http://ezelovesse7en.blogspot.com/2014/06/salam-kenalan-dari-blogger-notashalimar.html

InShaaAllah hadiah seperti dijanjikan akan dihantar secepat mungkin.
Para pemenang boleh hubungi NS melalui emel :
sakurasmy@gmail.com




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...