TIP PILIH BOTOL SUSU

Berdasarkan pengalaman dalam membesarkan Zaryth, NS mendapati terdapat perkara yang patut dititikberatkan dalam pemilihan botol susu bayi. Untuk Zaryth sahaja NS pernah membeli beberapa jenis dan jenama seperti Tommee Tippee, Avent , NUK dan lain-lain. Jadi, hari ini NS nak kongsi sedikit tip untuk memilih botol susu bagi ibu-bapa baru dan bakal bergelar ibu bapa memandangkan terdapat banyak bentuk puting dipasaran hari ini
  

1. BENTUK PUTING.

NS berpendapat ini sangat penting kerana sesetengah bayi agak memilih dalam proses menerima puting tiruan dan lebih cenderung untuk memilih puting yang menyerupai puting payudara ibu.

2. ALIRAN PUTING.

Hal ini mengikut umur bayi. Di awal kelahiran, bayi memerlukan puting yang aliran lebih perlahan bagi memastikan tidak berlaku masalah. Beli ptuing yang mempunyai aliran lebih cepat apabila bayi makin membesar.

3. BELI SATU BOTOL

Jangan sesekali membeli puting pada satu jenama dalam jumlah yang banyak kerana bayi anda belum tentu akan sesuai terus dengan puting yang anda sudah sediakan.

4. JENIS PUTING

Puting silikon adalah lebi sesuai kerana tidak memerangkap bau atau rasa serta tidak menimbulkan alahan.

5. BAHAN BOTOL.

Botol Plastik - Lebih murah tetapi tidak dapat bertahan lama. Pastikan bebas Bisphenol ( BPA ) yang boleh memudaratkan bayi.

Botol Kaca - Sudah banyak dipasaran selepas isu bahan kimia ditemui.
Mudah dijaga dan tahan lama tetapi berisiko untuk pecah dan mencederakan bayi. Walaubagaimanapun terdapat jsyarikat yang menyediakan botol kaca berbalut dengan silikon atau foam untuk elak daripada pecah.

6. SAIZ BOTOL.

Mengikut umur. Bayi baru lahir memadai 2 oz. NS dulu banyak khilaf bab ni.

Salam Kongsi.

6 comments:

  1. yup penting tahu cara pilih botol yg sesuai dgn anak, sy dulu suka pakai botol mam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke,,,,zaryth melekat dgn NUK dh skg...

      Delete
  2. bila dah mulakan dengan AVENT, botol Tomme Tippee dia tu langsung dah tak berpakai, tak nak betul dia ...nak AVENT sahaja NS...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia dh selesa lah tuu ngn avent...tpksa laa buat khazanh yerkk...hihih

      Delete
  3. sy skrg ni pakai puting biasa je..mujur anak x memilih yg mhl2 hehehe

    ReplyDelete
  4. mmg saya pun tgh masalah juga cari puting utk baby.. masuk ni 3 botol susu dah tukar..demand gak budak2 ni, hehehehe...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...