10 TIPS URUS KEWANGAN

Assaalamualaikum.
Hari ini NS ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh dianggap tabiat kewangan yang baik.
Ini juga untuk peringatan kepada diri NS sendiri memandangkan peningkatan taraf hidup kini, dengan gaji yang sedang-sedang saja terpaksa la mengatur kewangan.


10 TABIAT BAIK URUS KEWANGAN

1. Merancang perbelanjaan terlebih dahulu atau membuat bajet sebelum berbelanja.

2. Membuat tabungan atau simpanan yang tetap setiap bulan.

3. Membuat pelaburan masa depan dengan mengambil insurans atau takaful diri, anak-anak dan keluarga.

4. Mengutamakan barangan keperluan terlebih dahulu jika keupayaan kewangan agak ketat.

5. Memastikan keupayaan kewangan positif sebelum membeli sesuatu barang yang mahal.

6. Tidak bertangguh membayar bil atau pinjaman.

7. Berbelanja mengikut kemampuan dan membeli secara tunai.

8. Selalu berbincang mengenai kedudukan kewangan dengan ahli keluarga supaya mereka faham mengenai kedudukan kewangan agar tidak terus mendesak untuk membeli sesuatu yang tidak penting.

9. Elakkan membeli barang secara ansuran.

10. Ada baki pendapatan pada hujung bulan.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat dalam kehidupan kita.

4 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...