ETOK SALAI

Assalamualaikum,,
Belum habis lagi cerita pasal AKTIVITI MENCARI ETOK ...hehe..seronok punya pasal kan..
Selepas mencari etok, NS sempat pesan pada Ibu Saudara NS esok kalau nak salai etok bagitau NS sebab NS nak nak buat liputan..ahahaha..macam gempak je..
Apa lagi,,jom tengok mak saudara NS ni salai etok..

Persediaan tempat untuk menyalai.

Etok yang sudah siap diperap dengan bahan-bahan perapan.

 Mak saudara NS dah mula letak etok di atas tempat salai.

 Jaga bara api.

ETOK yang siap disalai..

Nak makan ETOK salai ni kena pandai buka pakai gigi..kalau masak macam rebus,singgam , masak lemak tu senang sebab kulit siap terbuka dah...kalau tak pandai pakai gigi..kena guna pisau laa kikis tepi-tepi etok tu untuk buka kulit dia..
Syok layan depan pintu sambil menikmati angin kampung sepoi-sepoi bahasa..

Ok..settle pasal AKTIVITI MENCARI ETOK

AKTIVITI MENCARI ETOK

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..hari ni berpeluang menjenguk blog kesayangan NS ni,..
Yeaa,,NS berpeluang balik kampung pada 18 hingga 21 mac baru-baru ini, tujuan untuk melepaskan rindu pada kampung halaman sambil menghadiri kenduri 2 pupu NS di kampung.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah itu ETOK? Yeaa...kawan sepejabat NS pun ramai yang tidak kenal ETOK ini..
ETOK ini mengingatkan NS pada zaman kanak-kanak NS yang banyak menghabiskan masa di sungai berdekatan rumah, tetapi selepas aktiviti menyedut pasir di sungai menyebabkan sungai terjejas, air menjadi dalam dan tidak sesuai lagi menjadi tempat riadah budak-budak kampung bersama keluarga.
Disebalik banjir besar pada akhir tahun 2014 lepas, sungai bertukar kembali seperti zaman kanak-kanak NS..aktiviti mencari ETOK bermula kembali.
Di sini NS ingin mencatatkan sedikit memori NS balik kampung baru-baru ini..





Perjalanan menuju ke sungai..

 Gaya ayah NS ..dengan uniformnya..huhu..yang ayah NS pegang tu alat untuk kaut etok..

 Etok Rebus,paling senang nak makan..sebab dah terbuka

 Rupa ETOK..Inilah hasil untuk lebih kurang 3 jam berendam..hihih

 Lama tak berpanas..

 NS duduk tempat cetek je,,sambil jaga Zaryth.

 Mak NS tak sihat, jadi tengok jela..

 Tengok Zaryth tu..bersungguh je...kutip batu..kih4

 kena pilih antara Etok dengan batu

 Adik NS..Tina pun banyak dapat..

Bapa saudara NS.


Pagi tu memang ramai yang datang ke sungai..sepanjang sungai ada terdapat keluarga yang bekerjasama mencari etok..memang seronok beramai-ramai pergi ke sungai , bawak roti kosong dengan air tea O pun jadilaaa..
Sekian dulu yerkk..

WORDLESS WEDNESDAY #1#2015

SEMOGA ADA SINAR

Assalamualaikum kawan-kawan alam maya...
Sudah bersawang blog ini...huhuhu..
2 bulan lebih kita berada dalam tahun 2015, sungguh terasa lama untuk NS melalui setiap saat tahun ini .
2 bulan menumpang di pejabat orang, 1 bulan berada dibawah boss baru yang terlalu berbeza cara pentadbiran jika dibandingkan dengan 6 orang boss yang pernah NS kenali..1 bulan memikul kerja pentadbiran yang sudah tentu bukan bidang kerja hakiki NS..1 bulan juga berkongsi pejabat dengan suami sendiri.

Ya,,banyak yang NS belajar daripada apa yang NS lalui 2 bulan ini, tapi mungkin kerana emosi yang selalu tidak menentu sejak kehamilan ini membuatkan NS cepat penat , cepat panas, cepat serabut yang pasti telah memberi kesan kepada waktu tidur, emosi dan pergaulan.
Sesekali tidak dapat dibendung kerinduan terhadap suasana di pejabat lama..yeaa,,NS sangat mengharapkan masa cepat berlalu, mengharapkan boss yang lebih dapat membuatkan kakitangannya tidak tertekan dalam menjalankan tugas.. Rindu akan keharmonian yang dulu..

Cukup di sini dulu NS ingin meluah rasa.... ^...^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...