KELAS FOREX PERCUMA


KELAS FOREX PERCUMA | Mengikut pengalaman Sha ramai juga kawan-kawan sekeliling menyertai forex ini. Tapi pada Sha sendiri masih samar-samar apakah itu FOREX? Adakah ia sesuatu yang menguntungkan ? Adakah ia suatu pelaburan ? Sebelum itu...

Adakah anda salah seorang yang di bawah?

🔖 Baru sahaja kehilangan pekerjaan? Perniagaan konvensional sedang merosot? Mencari side income? Mencari pekerjaan lain?  

🔖 Sedang mencari peluang untuk belajar trader forex dengan menggunakan teknik mudah? 

🔖 Ingin menghadiri kelas-kelas forex percuma .

🔖 Sudah puas trade tapi asyik lost sahaja disebabkan tidak lagi menjumpai teknik yang betul? 

🔖 Ingin mengetahui bagaimana untuk menjana sekurang-kurangnya $1000  usd sebulan secara PASIF dari perniagaan Forex ? 

PERHATIAN: INI BUKAN SKIM CEPAT KAYA, MLM, PELABURAN MAHUPUN YANG SEANGKATAN DENGANNYA. KAMI HANYA MENYEDIAKAN CARA PALING TEPAT UNTUK BUAT DUIT DENGAN PERNIAGAAN FOREX.

Menyertai forex memerlukan ilmu untuk memahami teknik-teknik perniagaan forex terbaik yang boleh diadaptasi dalam perniagaan forex anda. Bagaimanakah teknik forex scalping ? Bagaimanakah teknik forex swing? Teknik-teknik ini anda perlu pelajari jika mahu melihat pendapatan seperti di lampiran ini. Jangan lepaskan peluang untuk belajar secara mendalam tentang perniagaan ini tambah pula Kelas Forex Percuma kini sudah dibuka.

TESTIMONI 



Masih tidak faham macam mana perniagaan forex dijalankan? Apa kata jangan lepaskan peluang terbaik ini dengan menyertai Kelas Forex Percuma yang mungkin menjadi kelas forex terbaik anda dan membuka peluang meraih pendapatan juga dijadikan azam tahun baru nanti. Jom dapatkan maklumat lanjut di :

atau

FACEBOOK PAGE :

atau

JOM KENALI FOREX DAN BELAJAR PADA YANG PAKAR.

MINYAK HERBA ASMA MUJARAB

MINYAK HERBA ASMA MUJARAB | Sebenarnya banyak kali Sha dengar tentang Minyak Herba Asma Mujarab yang satu ini telah diciplak. Jadi sekali lagi Sha di sini ingin berkongsi tentang minyak ini yang sudah tentunya mempunyai keistimewaan sehingga ada pihak yang mengambil peluang ke atas keberkesanannya.

Menyebut tentang penyakit asma ini,terdapat satu produk tradisional iaitu MINYAK HERBA ASMA MUJARAB  yang diproses secara home made sejak 40 tahun lalu yang telah dihasilkan oleh pengamal perubatan asli dalam membantu masalah lelah,batuk dan asma.

Keberkesanan dan testimoni produk MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ini dapat dilihat daripada hasil perkongsian di http://suarainsan.net/penawar-anak-anak-semput-lelah-asma-dan-batuk-hingga-muntah-muntah/ yang mana telah mencuba mengamalkan sapuan Minyak Herba Asma ini secara konsisten pada anaknya yang menghadapi lelah dan batuk yang kuat. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T kesihatan anak beliau telah beransur baik.


KEBAIKAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB

- Batuk dan lelah 
Sapu di tapak kaki,labu,betis,bawah pelipat,dada depan belakang menyeluruh,leher dan tengkuk serta bawah dagu.

- Selsema
Sapu sedikit di dalam hidung,atas hidung hingga ke ubun ubun
- Demam
Sapu seperti batuk tetapi turut sapu di dahi
- Sakit gigi
Sapu pada gigi yang sakit dan juga pipi
- Kembung perut dan sembelit 
Sapu di perut,pinggang serta tapak kaki dan labu betis
- Luka pembedahan
Lap kering bahagian luka dan sapu minyak di atasnya.
- Sengatan berbisa,benjol,lebam dan sakit urat 
Sapu di tempat sepatutnya.
- Migrain:
Sapu keliling dahi, tengkuk dan  leher. 
- Bisul
Sapu pada tempat bisul
- Sakit pinggang dan lenguh lenguh  
Sapu ditempat yang lenguh dan sakit..
- Cirit birit
Sapu di bahagian bawah perut.
- Senggugut
Sapu ketika datang haid dan ketika sakit di bahagian bawah perut. 

"PASTIKAN ORIGINAL BARU BELI"



 
 

Anda boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website Minyak Herba Asma Mujarab.Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang Original baru beli.

TESTIMONI
PENGGUNA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB

 

 

Maklumat Lanjut Mengenai Minyak Herba Asma Mujarab :


Sila layari laman tertera di bawah,kalau anda nak dapatkan produk lebih cepat lagi boleh call,SMS atau whatsApp nombor tertera dibawah
atau
 

Talian :
Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner)
HQ En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)
#minyakherbaasmaoriginal #herbaasma #Herbaasmamujarab
#minyakasma #minyakasmaoriginal #penawarasmamujarab

MINYAK TENANG ANAKANDA BY NING SALMAH

MINYAK TENANG ANAKANDA BY NING SALMAH | Wahhh, tertarik betul dengan nama minyak tenang ni. Apa itu Minyak Tenang Anakanda By Ning Salmah ni ya agaknya? Minyak Tenang Anakanda By ning Salmah adalah suatu produk yang amat sesuai untuk para ibu bapa yang mengalami masalah bayi kembung perut macam Adik Fathia lalui sebelum ini dan disarankan untuk bayi yang meragam sepanjang malam.


Minyak Tenang Anakanda By Ning Salmah terdapat 4 jenis herba iaitu:

✩ Minyak Kayu Putih
- Eucalyptus Oil Membantu mengurangkan kahak dan selsema dan mempunyai ciri-ciri antiseptik, analgesik, analgesik dan ekspektoran

✩ Minyak Buah Pala
- Nutmeg Oil Melancarkan pencernaan dan mengurangkan angin/kembung 

✩ Minyak Cengkih
- Clove Oil Membantu sirkulasi darah, menjaga tubuh bayi dengan suhu hangat selesa dan masalah kulit 

✩ Peppermint Oil
- Minyak Daun Pudina Mempunyai bau yang menenangkan dan mempunyai ciri-ciri antibakterial. Aromatherapy baunya meningkatkan daya fokus.
 
Pati-pati herba ini telah dirumus khas dan digunakan sejak 5 generasi yang mana disediakan khusus untuk bayi baru lahir hingga kepada kanak-kanak yang sudah besar. Insya Allah, kita ikhtiar sama-sama Ibu untuk Si Manja.

Minyak Tenang Anakanda juga harus menjadi minyak pilihan anda kerana perbezaan yang amat ketara dengan minyak bayi yang lain. Perbezaannya ialah:
  • Minyak Tenang Anakanda tidak panas serta sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak
  • Minyak Tenang Anakanda mudah meresap bila disapu berbanding minyak telon yang lain
  • Sesuai untuk semua jenis kulit bayi dan kanak-kanak . Boleh juga disapu kepada bayi jika terkena gigitan nyamuk dan serangga yang boleh memberi keselesaan.
  • Minyak Tenang Anakanda ini hanya mengandungi bahan-bahan herba tropika yang suci serta tiada unsur alkohol atau seumpamanya
  • Harganya juga mampu milik dan dibotolkan dalam kuantiti 100 ml, boleh bertahan 2-3 bulan
 TESTIMONI
MINYAK TENANG ANAKANDA BY NING SALMAH



BERMINAT? JANGAN BUANG MASA LAGI, CEPAT SELESAIKAN MASALAH BAYI ANDA

Maklumat lanjut dan sebarang tempahan dan pertanyaan anda boleh hubungi pihak Minyak Tenang Anakanda By Ning Salmah ini melalui :

WEBSITE RASMI :
atau

FACEBOOK RASMI:

atau
TALIAN TELEFON :
012-699 2604

Apa lagi, bakal bergelar ibu bapa juga tidak perlu ketinggalan buat persediaan awal jadikan Minyak Tenang Anakanda By Ning Salmah sebagai salah satu persedian menyambut ahli keluarga baru anda.

1st GA by BAJETciputseleraBESAR

Assalamualaikum, salam sejahtera. Tak ada idea ni kita join Giveaway laa dulu yeaa...Sha pun sedang nak cari hadiah untuk Giveaway Sha nanti...dah pusing-pusing kedai cari idea,tapi belum jumpa yang berkenan. Jadi kita join dulu GA kawan-kawan kita ni..

Klik banner





Hadiah berupa sourvenir dari korea (stokin / pengetip kuku / magnet peti / chopstick)


Tempoh segmen bermula 25.12.2016 sehingga 31.01.2017.

Pengumuman pemenang pula pada birthday tuan punya blog iaitu 05.02.2017. 

NAK JOIN KLIK BANNER KAT ATAS TU YEAA... 

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

RESTORAN MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG

RESTORAN MEE UDANG MAK JAH KUALA SEPETANG | Cuti hari minggu 3 hari yang lepas tak ada bercuti ke mana-mana . Memang membosankan, tetapi bila menguruskan rumah dan anak-anak kebosanan itu berlalu seperti masa yang berlalu tanpa menoleh. Apabila petang barulah ada aktiviti ke luar rumah seperti ke padang permainan tetapi cuaca selalu tidak mengizinkan.

Selepas waktu maghrib kami keluar mencari makan, tanpa rancangan kami menuju ke Kuala Sepetang selepas mengambil abang di ipoh. Dalam pukul 9 kami sampai juga ke Restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang mana sebelum ini kami biasanya singgah makan di Mak Teh Mee Udang yang terletak berdekatan juga dengan Mak Jah Mee Udang Kuala Sepetang.

Lupa pulak nak ambil gambar suasana di Restoran Mee Udang Mak Jah yang mana kawasannya agak luas, walaupun ramai tetapi masih terdapat meja kosong, Sha dapat port kat sini.

 Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Special RM 13.25 kalau tak silap, yang biasa RM 9.00 lebih bezanya tang udang la kot.



 Adik Fathia suka makan Mee Udang juga ibu.

Nasi Goreng Udang Mak Jah. Sedikit pedas untuk kanak-kanak, peluh-peluh juga Abang Zaryth & Adik Fathia makan. Abang Zaryth memang suka sangatlah kalau dah namanya udang, ada udang disebalik nasi tau.

Akhirnya merasa juga Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ni yea. Puas hati, cuma suami Sha cakap mee tak cukup,,,.ahahahaha.. Udangnya memang puas hati saiz nyaa,sedap.

Sebelum pergi kedai tu Sha usha-usha Facebook Restoran Mee Udang Mak Jah ni dulu,takut tutup..kan naya je pegi jauh-jauh tapi tutup..Tapi kalau dah setiap minit ada je orang update sedang makan kat situ,maknanya kedai tu bukak laa kan..hihihi...Kat facebook tu ada maps jadi kami ikut je maps tu. Cuba jugak telefon no 010-834 1895 tapi talian sibuk.

Mesti ramai dah cuba ni, tapi nak kongsi jugak..peace...

HOTEL LA CUSHY SERI ISKANDAR PERAK

HOTEL LA CUSHY SERI ISKANDAR PERAK | Antara hotel yang ada di Seri Iskandar ini adalah Hotel La Cushy Seri Iskandar. Pada mulanya Sha tak berapa perasan sebab terlebih perasan akan cafenya sahaja..ahahha..bab makan kan..Industri perhotelan mula bercambah  di Seri Iskandar setelah kesedaran akan keperluan setiap tahun yang meningkat memandangkan Seri Iskandar terdapat beberapa pusat pengajian seperti Uitm Kampus Seri Iskandar, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) , Universiti Teknologi Petronas (UTP), MRSM , Sekolah Menengah Vokasional Seri Iskandar yang mana memerlukan penginapan yang berdekatan.


Hotel ini bangunan 2 tingkat yang mana menempatkan hotel di tingkat atas manakala bakery & coffee house di tingkat bawah.


 Pintu masuk hotel.
 

Pemandangan dari luar bangunan Hotel La Cushy.


Antara jenis bilik yang ada dan harga. Katanya harga boleh runding lagi.

 


Antara menu yang ada di Bakery & Coffee House yang menyediakan masakan tempatan dan makanan barat.

Macam mana nak hubungi pihak La Cushy Cafe & Hotel?
Keterangan ada dalam kad di bawah. 




Nak tahu lagi? Boleh klik sini http://www.lacushy.blogspot.my

Sekian, Terima Kasih.

KEBAIKAN AKTIVITI MENYIAPKAN PUZZLE

AKTIVITI MENYIAPKAN PUZZLE | Assalamualaikum. Hari ini Sha nak kongsikan koleksi puzzle yang Abang Zaryth ada. Nampaknya Abang Zaryth menunjukkan minat dalam menyiapkan puzzle yang ibu belikan. Kalau dah berjaya siapkan, memang Abang Zaryth akan ulang buat puzzle tu..huhu..bangga dia bila ibu puji. Kenapa Sha pilih puzzle untuk aktiviti Abang Zaryth? Asalnya Sha memilih untuk muat turun puzzle ini dalam telefon bimbit sahaja, tetapi atas beberapa faktor terutamanya tidak mahu Abang Zaryth terlalu terdedah dengan gajet dan tentunya tak mahu anak main telefon bimbit ibu,,,ahahaha...jadinya Sha gantikan dengan kepingan puzzle yang betul sesuai dengan umurnya.





Puzzle kanak-kanak ini sebenarnya ada kebaikan :

1.  Harga Yang Murah
Sha tak kisah apa orang nak cakap. Memang Sha kedekut bab beli barang mainan tambah pula harga mainan yang agak mahal. Kalau beli yang murah sangat cepat rosaknya, Abang Zaryth ganas jugak cara mainnya. Contoh yang puzzle yang Sha belikan di atas boleh didapati hanya di kedai RM 2. Sha sedang bersabar menunggu Adik Fathia besar sikit nak beli puzzle yang 500 hingga 1000 keping, angan-angan nak buat sama-sama nanti sebagai aktiviti keluarga.

2. Perkembangan Otak Anak
Tujuan utama Sha belikan puzzle ini adalah untuk mengajar Abang Zaryth fokus dan tajamkan minda. Semoga dia menjadi insan yang kreatif juga memandangkan otaknya bekerja untuk memadankan dan meyiapkan susunan kepingan puzzle ini. Sebenarnya jarang juga Sha membuat aktiviti bersama Abang Zaryth, kini Sha cuba mencari sesuatu yang Sha boleh layan bersama dia.

3. Interaksi Dengan Anak
Sepanjang Abang Zaryth siapkan puzzle dia ada bertanyakan Sha dimana patutnya dia letak kepingan puzzle tu. Sha je yang kadang-kadang garang,,,ehehehhe,,,Sorry abang...Kalau dia bosan dia akan ajak Sha susun sama-sama.

4. Puzzle senang nak dapat, mengikut umur pulak tu.
Murah dan senang dapat. Memang terbaiklah. Untuk peringkat awal boleh ajar anak dengan puzzle yang paling ringkas. Nanti kita kasi up lagi cabaran tu yea.

5. Aktiviti Indoor
Jika anda tidak berpeluang membawa anak ke taman atau aktiviti luar rumah. Apa salahnya isi masa dengan bermain susunan puzzle ini. Masih dapat luangkan masa bersama-sama anak anda bila-bila masa.

Pendek kata, selagi boleh memberi manfaat kepada anak khususnya secara tidak langsung juga memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga tidak salah memilih permainan puzzle sebagai salah satu aktiviti menggantikan aktiviti lain seperti game lain dan video berbentuk elektronik zaman kini.

TIPS MENJAGA BEG TANGAN ANDA


Sumber : Google
TIPS MENJAGA BEG TANGAN ANDA | Sejujurnya Sha tak ada banyak koleksi bag tangan, ada 4 hingga 5 sahaja tu pun yang murah-murah sahaja..huuhu...

Jika hendak menyimpan beg, sila pastikan tali beg dimasukkan ke dalam beg untuk mengelakkan beg tercalar. Jika ada kesan calar, korang hanya gunakan jari yang dalam keadaan kering ,tekan perlahan-lahan dan gosokkan dengan gerakan pusingan jam.

Tempat penyimpanan adalah perlu tempat yang bersih bagi mengelakkan terkena kotoran.
Terlebih cahaya juga boleh meninggalkan kesan kepada beg anda. Habuk juga boleh merubah warna asal beg.

Beg kulit adalah sensitif kepada air. Elakkan membersih beg anda menggunakan air sebaliknya lap dengan air larut PH dan kain mikrofiber.

Bersihkan sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memastikan beg kesayangan anda berkeadaan baik.

Untung korang banyak handbag yea,,,..huuhuhuuh...

SUAMIKU PENAGIH

 Image result for dadah

SUAMIKU PENAGIH | Diwaktu petang begini tertarik pula Sha nak berkongsi cerpen dari http://www.wecareweserve.org/main/cerpen-suamiku-penagih-nurhadi-bin-saadon/ yang sangat menceritakan suatu keadaan yang sangat dekat dengan diri Sha. Bekerja dengan dikelilingi klien terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini sangat membenarkan keadaan di dalam cerpen ini. Iya, dikalangan mereka ada yang mengakui malu dengan diri sendiri dengan anak-anak. Anak-anak kesemuanya berjaya ke menara gading, si bapa yang seusia ayah Sha masih bergelumang tidak dapat menarik diri daripada kancah penyalahgunaan dadah. YA, bukan senang untuk berhenti daripada dadah yang memerlukan kepulihan sepanjang hidup bukan senang ditutur dengan kata-kata. Jika senang tiadalah tangkapan berulang dalam rekod.

Di sini Sha lampirkan Cerpen tersebut :

Ramai yang beranggapan dan memberikan tanggapan yang sangat negatif apabila suami seorang penagih dadah dan keluar masuk penjara atau pusat pemulihan, maka hidup isteri dan anak-anak akan menjadi tidak ketentuan. Masyarakat juga manusia yang biasa seperti kita juga yang mempunyai pelbagai pendapat serta pandangan peribadi yang tersendiri.
Pada pandangan sesetengah masyarakat Si Isteri pasti akan merana, anak-anak pula menjadi liar, tidak tentu hala tuju hidup dan menjadi sepertimana yang telah terjadi pada keluarga mereka. Apakah senario ini saja yang berlaku dalam kehidupan isteri dan anak seorang penagih? Atau mereka juga boleh berjaya seperti keluarga cemerlang yang lain? Mereka juga mempunyai keinginan sepertimana yang kita inginkan untuk menempuh kehidupan dunia yang sementara ini.
Golongan seperti mereka ini pasti akan berjaya sekiranya mereka menganggap bahawa Allah sentiasa ada di sisi hamba-Nya. Allah tidak akan menguji hamba-Nya sekiranya kita tidak mampu untuk mengatasi segala ujian yang  diberikan.
Kisah ini memaparkan bagaimana pengorbanan dan luahan hati saya sebagai seorang isteri penagih yang terpaksa mengharungi hidup membesarkan anak-anak tanpa suami yang sering keluar masuk penjara dan pusat pemulihan kerana menagih.
Semoga pengorbanan saya menjadi teladan buat para isteri yang kemungkinan sedang menghadapi masalah yang sama. Sekiranya kuat pegangan agama kita, maka kuatlah kita untuk melalui pelbagai ujian dan dugaan di dunia. Saya percaya kebanyakan agama lain selain Agama Islam juga ada cara tersendiri untuk membimbing penganut mereka daripada membuat keburukan.
Inilah realiti hidup saya sebagai isteri seorang penagih dadah. Terlalu perit untuk melalui hidup, apalagi jika kedua-dua pihak keluarga mengenali suami dengan segala kebaikan. Segala yang buruk tentang suami tidak terlahir dengan kata-kata kerana tidak mahu rahsia keburukan suami terbongkar dan diketahui keluarga.
Selama 20 tahun bergelar isteri, kehidupan saya tidak lah sesusah mana dan tidak lah sesenang mana,tetapi saya amat gembira dengan kehidupan yang saya lalui, memiliki suami yang penyayang.
Tidak pernah suami menunjukkan penampilan yang dirinya seorang penagih dadah, dia sentiasa membuat saya ketawa walau hubungan saya dengan ipar tidak sebaik mana. Mungkin kerana mereka takut saya ini akan membebankan hidup mereka kerana abang mereka penagih.
Bagi saya adanya suami di sisi memberi saya kekuatan untuk saya tempuhi hari mendatang tanpa keluarga di sisi.
Di awal perkahwinan, saya dikejutkan dengan berita sedih. Seorang pak cik datang ke rumah menyampaikan berita penangkapan suami saya ketika kandungan sulung saya mencecah usia lapan bulan. Saban hari air mata adalah teman setia, untuk mengadu dengan keluarga saya tidak berdaya. Setiap malam saya mengambil wudu’, menunaikan solat sunat, berdoa saya saya diberikan kekuatan serta ketabahan untuk melalui ujian ini. Saya kumpulkan kekuatan untuk pergi ke Balai Polis berjumpa suami di lokap. Saya minta izin suami untuk pulang ke rumah ibu bapa saya di Kuala Lumpur kerana saya mahu meminjam wang untuk menjamin suami.
Kepada mereka saya kuatkan diri untuk mengatakan bahawa suami saya terlantar sakit di hospital dan memerlukan wang sebanyak ini untuk menjalani pembedahan.
Syukur Alhamdulillah, ayah memberi wang yang saya mahu tanpa banyak bertanya soalan. Setelah dua minggu di rumah keluarga, saya pulang ke rumah dalam keadaan saya sarat mengandung. Saya tidak terus pulang ke rumah tetapi terus ke balai polis untuk bertemu suami di lokap dan menjaminnya.
Pasti ramai yang tertanya-tanya sebab apa saya sanggup bersusah payah menjamin suami, sanggup berbohong dengan keluarga demi mendapatkan wang jaminan suami. Ini kerana saya mahu melahirkan anak sulung saya di sisi suami. Saya tidak mahu keseorangan. Bagi saya sejahat mana pun suami saya, dia tetap suami saya, syurga saya di bawah tapak kakinya. Selagimana dia tidak menyuruh saya membuat perkara yang dilarang oleh Alah, selagi itu saya akan taat padanya.
Dari anak sulung hinggalah anak ke lima, suami selalu keluar masuk penjara. Setiap kali saya dirundung pilu, saya akan memeluk anak-anak saya, pada mereka saya tumpahkan air mata sedih. Anak-anak saya adalah sumber kekuatan saya pada saat itu.
Apabila anak-anak tanya kenapa saya menangis, jawab saya kerana ayah ditangkap polis sebab membawa lori secara berbahaya (ketika itu suami bekerja sebagai pemandu lori).
Saya tidak pernah membebankan anak-anak dengan masalah saya dan tidak pernah menceritakan pada anak-anak tabiat buruk ayah mereka.
Saya mahu anak-anak menghormati ayah mereka, walau siapa pun ayah mereka, saya tidak mahu memutuskan kasih sayang anak-anak dengan ayah mereka, apa lagi ayah mereka tidak pernah mengkasari mereka malah selalu memberi tunjuk ajar yang baik walau dia sendiri terjebak dengan penagihan dadah.
Terlalu sukar menasihati suami yang selalu leka dengan dunianya, tetapi saya tidak pernah marah atau bergaduh di hadapan anak-anak. Saya selalu memberi anak-anak kata-kata perangsang supaya mereka berjaya dalam pelajaran.
Hari-hari berlalu dalam sekelip mata, kini anak-anak saya telah dewasa, yang sulung berusia 20 tahun, sedang menjalani pengajian ijazah pertama dalam jurusan perakaunan di sebuah IPTA terkemuka di Malaysia.
Dari peperiksaan UPSR(5A) PMR(8A) dan SPM(10A1), kini kedukaan dan keperitan saya terubat dengan setiap gred penilaian CGPA yang selalu diperolehnya iaitu 3.90-3.96, setiap kali peperiksaan semester.
Anak kedua saya melanjutkan pengajiannya di kolej IPTS Shah Alam. Anak saya ini memang tidak pernah berminat dengan bidang akademik, jadi saya masukkan dia ke bidang kemahiran yang diminatinya.
Anak ketiga saya berada di tingkatan 3 dan akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini dan anak yang ke empat dan kelima masih bersekolah rendah.
Sekarang baru anak-anak saya tahu kenapa ayah mereka selalu keluar masuk penjara dan saya memberitahu mereka, bukan saya membenci ayah mereka atau sengaja mahu merahsiakan perkara yang sebenarnya, tetapi saya tidak mahu mereka terjebak dengan masalah saya. Saya tidak mahu mereka merasa tertekan dengan masalah yang di hadapi kami sekeluarga.
Saya sering mengatakan bahawa saya mahu supaya anak-anak saya berjaya dan dapat mengubah nasib keluarga apabila dewasa nanti. Dengan kejayaan mereka itulah penawar serta ganjaran yang amat besar untuk saya setelah pelbagai rintangan yang dilalui.
Kini suami saya juga baru setahun keluar dari Pusat Pemulihan Akhlak dan saya amat berharap biarlah ini penahanannya yang terakhir kerana dia pun tidak muda lagi, sudah mencecah 50 tahun. Ajal maut pasti akan tiba tanpa lewat walaupun sesaat, kerana kematian itu pasti.
Walau tiada apa yang dapat saya beri kepada anak sulung saya atas kejayaannya, tetapi setiap kali peperiksaan penting, nama saya akan jadi sebutan, suami saya juga memberitahu pada saya pihak penjara amat kagum dengan kecekalan saya mendidik anak-anak.
Tidak semua penagih dadah yang dapat memberi pelajaran sempurna untuk anak-anak kerana kebanyakan isteri penagih dadah akan tertekan dengan masalah suami dan anak-anak akan jadi mangsa.
Bagaimana pihak penjara tahu kejayaan anak saya? Ini kerana saya selalu menghantar surat dan mengirimkan salinan keputusan peperiksaan anak saya kepada suami semasa dia dalam tahanan.
Sebelum saya menutup tirai cerita saya ini, ingin saya nasihatkan kepada para isteri yang senasib dengan saya, pandanglah wajah anak-anak yang tidak berdosa, jangan kita jadikan mereka tempat melemparkan kemarahan, tetapi anggaplah mereka sahabat yang sering membahagiakan kita.
Biarlah kita sengsara, tetapi lawan jiwa rapuh kita dengan kekuatan dan semangat untuk melihat anak-anak berjaya.
Saya melalui pahit getir kehidupan sebagai isteri penagih dadah selama bertahun lamanya, bayangkan kesengsaraan yang saya lalui seorang diri tanpa tempat mengadu melainkan hanya pada Allah yang Maha Esa.
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberi kekuatan dan kesabaran yang luar biasa ini. Saya harap kebahagiaan ini akan berterusan. Doa saya semoga anak-anak saya akan mendapat perlindungan, hidayah dan diberkati hidup mereka di dunia dan akhirat.
Kepada suami, harapan dan doa saya yang tidak pernah putus, bertaubat dan berubahlah demi anak-anak. Ingatlah kepada Allah dan kembali ke pangkal jalan,”
Demikanlah kisah saya yang dapat saya sampaikan diharapkan sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit kekuatan, serta janganlah kita lupa pada Allah yang menciptakan semua makhluk, rapatkanlah diri pada-Nya disaat kita susah mahupun senang.

Sekian.

NURHADI BIN SAADON
SUAMIKU PENAGIH

JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2017

JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2017 | Untuk penjawat awam di sini dikongsikan jadual pembayaran gaji penjawat awam untuk tahun 2017.


Untuk Sha jadual gaji ini memang berguna disaat diperlukan sebagai rujukan.

Semoga 2017 dapat bekerja dengan lebih baik.
Semoga pendapatan sentiasa diberkati.

HOTEL KRISTAL SERI ISKANDAR PERAK

HOTEL KRISTAL SERI ISKANDAR PERAK | Antara hotel yang ada di Seri Iskandar dan antara hotel yang paling senang dijumpai inilah dia Hotel Kristal Seri Iskandar yang boleh nampak dari jalan besar Seri Iskandar.

🌌 Sistem Keselamatan Hotel Kristal Seri Iskandar Perak.

✿ Security Lock System by Smart Card
✿ 24 hours CCTV Security Control System


BILIK HOTEL YANG ADA







HOTEL KRISTAL SERI ISKANDAR

NO 1 PERSIARAN DATARAN 6
TAMAN ISKANDAR PERDANA
32610 SERI ISKANDAR,PERAK.

05-3716868
012-5805281

EMAIL : kristal_hotel@yahoo.com

http://www.facebook.com/Kristal-Hotel-Seri-Iskandar-289956584528214/

TERIMA KASIH.

HOTEL AMIGO DI SERI ISKANDAR

HOTEL AMIGO DI SERI ISKANDAR | Projek Hotel Di Seri Iskandar 2017 - Hotel Amigo terletak di lokasi yang senang dicari. Di Hotel Amigo terdapat beberapa kemudahan seperti :


- Perkhidmatan dobi
- WIFI
- Luggage Storage
- kawasan merokok
untuk memastikan keselesaan pelanggan mereka.






 PETA RINGKAS KE HOTEL AMIGO


HOTEL AMIGO
1095728-V
NO 380-382 PERSIARAN SIBC 14,
SERI ISKANDAR BUSINESS CENTRE
32610 SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
CARELINE :
05-371 2919
016-636 3615
EMEL :

amigosibc@gmail.com
TERIMA KASIH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...