ICE BUCKET

ICE BUCKET AEON IPOH KLEBANG | Lama dah nak cerita,tapi lama juga tak jenguk blog ni. Oleh kerana baru-baru ini berpeluang makan lagi, jadi kena pacak la kat sini..hihi. Baru sekali je Sha makan ice bucket ni,sebab kalau nak makan ni kena ajak geng,sebab apa? tak larat nak perabes 1 gelas besar setakat perut 2+1 ni..hihihi..Meh tengok Ice Bucket ni ape..semua ni sebab terliur Cik Hani g makan..kerana tamak,nak makan yang besar sebab nampak sedap..ngeh3..

CERITA 1

 Inilah ICE BUCKET,tinggi gelas tuu..kalau jengkal Sha pendek,ni jengkal En.Aidy..ahahaaha,jengkal Sha ngam2 gelas tuu..

 Sementara menunggu,dapat percuma air ni,sedap jugak,tapi sayangnya tak jual,hanya diberi secara percuma dalam tempoh menunggu, lupa namanya tapi campuran Strawberi + Limau.

 Zaryth suka air percuma tu,muka tahan sejuk.

 Lepas snap gambar,staff ice bucket tu akan tolong kacau untuk kita.

 Angkat puak untuk habiskan Ice Bucket tu..

CERITA 2
Alkisahnya, pada majlis perpisahan untuk kawan sepejabat Sha baru-baru ini pada 22 Januari 2016,Sha dan Ketua Chef,Cik Hani  berpakat untuk projek ICE BUCKET sendiri,dengan kelengkapan yang ringkas tetapi meriah,inilah hasilnya....

 Lebih kurang la kan?abes laa ICE BUCKET ni sebagai dessert petang di pejabat.

 Sebelah kiri : Ketua Chef;Cik Hani bersama rakan diraikan Cik Tim,
Sebelah Kanan : Pembantu Chef ;Sha...ahahahaha
Senduk pun siap Sha letak reben..ekekkee...

 Cik Tim bersama ICE BUCKET buatan sendiri.
Lebih kurang laa kan dengan yang kat kedai tu..

Untuk Makluman :

ICE BUCKET ini Sha makan di,
Food Court AEON Ipoh Klebang.
RM 28
Gelas untuk seorang sedut pun ada..
Makanan sampingan pun ada,contohnya yang Sha makan nii.

Ringan-ringan je,sebab nak telan ice banyak tu..kih3..
 

Sape suka makan sejuk-sejuk,boleh la mencuba yea..

2 comments:

  1. amboi Sha berapa rm sebaldi tu Sha.. ermm buat sendiri pun puas hati kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm28 kak...hihihi,,,saje try dlu,..pas tu kite cmpak sndiri laa..huhu

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...