ADIK....ADIK....

NUR ZARYTH FATHIA | Nama diberi, baru-baru ini dah cukup 6 bulan umurnya. Nak meluah rasa je...Mungkin masih belum cukup ilmu ibu. Anak bertuah seorang ni lain daripada Abang Zaryth. Minum susu tak nak dengan botol, guna picagari. Makan pun sama?? Apa la silap ibu ni...Adik...Adik..Seronok je baby lain makan macam-macam puri,dapat kat Adik Fathia memang muntah abis laaa...


Nanti tengok esok ayah masak lain pulak untuk Adik, harap Adik nak makan laa...
Nasib baiklah rezeki dapat mak pengasuh yang sabar,,Alhamdulillah setakat ini Adik dan Abang baik-baik aje.

^_^

Awesome Birthday Giveaway

https://1.bp.blogspot.com/-dcbpIxHs_-s/VsVY2Gn_LVI/AAAAAAAADSA/_DqxbmixPug/s1600/9365aec90ef88a11f67447ac017f08c5.jpg 

KLIK BANNER UNTUK SERTAI

TARIKH TAMAT PENYERTAAN
 28.02.2016

PENGUMUMAN PEMENANG
29.02.2016

Random Winners (tepati syarat diutamakan) 

GOOD LUCK SEMUA PESERTA..!!

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI | Alamak, Sha memang tidur dengan anak-anak kat sebelah. Rupanya ada risiko bila kita tidur dengan bayi kita walhal kita nak menyenangkan urusan kita dan memudahkan kita memantau mereka. Bahaya sebab apa? takut nanti si ibu kepenatan,tidur tak sedar apa,tertindih anak pun kita tak sedar. Nauzubillah... Jadi,jom baca apa yang perlu bila kita tidur dengan anak kecil tersayang untuk mengelakkan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS). Macam Sha setakat ini memang selalu tersedar, tambah pula Adik Fathia sekarang tidur bukan main luas merantau..hihihi

TIPS TIDUR DENGAN ANAK ;

1. Pastikan bayi tidur terlentang, bukan tertiarap.

2. Tempatkan bayi disamping ibu, bukan di antara ibu dan ayah.

3. Jangan terlalu menggunakan banyak bantal, risiko bayi tertimbus dan sukar bernafas.

4. Pastikan jarak antara tempat tidur dan dinding cukup rapat untuk mengelakkan si kecil jatuh antara dinding dan katil.

5. Tempatkan tilam atau bantal di sekeliling katil,jika bayi jatuh tidak terus ke lantai yang keras.

6. Pastikan selimut tidak mudah terlepas, bimbang bayi tertutup dengan selimut dan sukar bernafas.

7. Gunakan pakaian yang ringkas ketika tidur. Elakkan yang bertali panjang dan terlalu lebar untuk mengelakkan anak terjerat.


Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Kita hanya berusaha.

PERSEDIAAN BEKALAN MAKANAN UNTUK FATHIA 6 BULAN

PERSEDIAAN BEKALAN MAKANAN UNTUK FATHIA 6 BULAN | 22 FEBRUARI 2016 [ISNIN] depan InsyaAllah genaplah Adik fathia 6 bulan, jadi ibu dan ayah dah mula buat persiapan untuk membuat bekal makan adik pada minggu depan. Sabtu lepas 13 Februari 2016 Sha dan suami mengambil masa untuk berdua dan menyelesaikan apa yang patut berdua, Abang Zaryth & Adik Fathia kami hantar pada mak pengasuh mereka. Tapi sebenarnya bukan ingin bebas daripada anak, sepanjang berdua kami tak lekang menyebut pasal anak-anak soleh solehah tu, dalam kereta pun borak pasal diaorang, pergi beli barang pun barang diaorang. Kalau dah nama menjadi ibu ayah ni,memang macam tu la kot.


Hasil tangkapan ibu ;
Bekas kedap udara 800 ml - beli dekat Mr.DIY  je.
Ice Tray bertutup untuk buat stok sayur blend & Stok Ayam- Beli dekat DAISO
Set Mangkuk + Sudu + Cawan - Beli dekat BABYMALL MANJAKU
Bekas kecil2 nak letak isi ayam,isi ikan plannya- Beli dekat TESCO

Hhehehehe..
Baru perasan banyak jugak tempat ibu ayah pusing hari tu yea..
Belum masuk tempat lain lagi.
Ok,hari minggu ni adik boleh makan dah yeaa...tak perlu nak terliur tapi tak leh makan lagi lepas ini.

Nanti tengok ekspresi muka Adik Fathia dapat makan macam mana.

4 SEBAB PERLU PELUK BAYI SELEPAS BERSALIN

4 SEBAB PERLU PELUK BAYI SELEPAS BERSALIN | Alhamdulillah, diberi peluang bersalin di Hospital Rakan Bayi. Kebiasaannya di hospital kerajaan, doktor atau jururawat yang menyambut bayi kita akan terus meletakkan bayi kita ke atas dada ibu untuk mewujudkan "natural bonding" dan membuat sentuhan kulit ke kulit segera jika bayi tidak menghadapi masalah.

Pengalaman sendiri, walaupun Abang Zaryth mengalami sedikit masalah yang memerlukan pantauan sementara,tetapi jururawat yang menyambut tetap meletakkan Abang Zaryth di perut ibu sebelum ke bilik NICU. Adik fathia pulak,tidak mengalami masalah dan terus diletakkan di atas dada ibu, jadi sempat ayah mereka merakam saat indah itu. Oleh itu ibu perlu tahu kepentingan sentuhan kulit ke kulit kali pertama ini.


1. PASTIKAN KULIT DAPAT DISENTUH BAYI

Longgarkan pakaian untuk memastikan ada ruang untuk sentuhan bayi dengan ibu. Ketahuilah, suhu badan ibu boleh mengawal suhu badan bayi. " Masa Emas" ini penting dalam menggalakkan wujudnya ikatan mesra antara ibu dan bayi.

2. HUBUNGAN MATA

Dari mata turun ke hati. Rugi jika tak dapat tatap mata mereka saat mereka baru lahir ke dunia,biarlah mereka tatap ibu dan ayah mereka. Alhamdulillah, Sha diberi peluang menatap mata suci itu. Biarlah mereka menatap mata kita,melihat reaksi kita dan merasai kasih sayang ibu dan ayahnya. Dari mata lahirnya sayang yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Mata bayi yang jernih suci menghilangkan rasa sakit sebelum melahirnya yang membawa kasih dan sayang sepanjang hayat.

3. SENTUH DAN DAKAP

Peluang menyentuh,memeluk,mendakap bayi sejurus dilahirkan memberi 1001 perasaan kepada ibu dan anak. Ya..!!Bayi akan diam bila diletakkan pada ibu..Kenapa?Kerana dia berasa tenang dan gembira didakap oleh orang yang mengandungkan dia selama 9 bulan yang hanya didengari suaranya sahaja.

4. PERANAN SUAMI

Sekiranya si ibu tidak dapat melakukan sentuhan pertama, si ayah juga perlu melakukan sentuhan pertama ini. Sebagai seorang beragama Islam bayi akan diazankan memuji kebesaran Ilahi.

Alhamdulillah, semasa melahirkan anak-anak ayah mereka setia disisi ibu. Anak pun dapat bertentang mata dengan ayahnya sekali. YA ALLAH..Sungguh Suci Mata Si Kecil.

HARGAILAH MASA EMAS BERSAMA BAYI ANDA.

SEKIAN,TERIMA KASIH.

REVIEW : TH HOTEL & CONVENTION CENTRE,KUALA TERENGGANU.

TH HOTEL & CONVENTION CENTRE,KUALA TERENGGANU,TERENGGANU | Mengambil peluang pada cuti umum Tahun Baru Cina baru-baru ini, Sha bersama keluarga kecil beristirehat di TH Hotel & Convention Centre Kuala Terengganu sebelum pulang ke kampung. Sesekali melayan diri sendiri,suami dan anak-anak keluar dari tempat dan kehidupan biasa amat mengembirakan.

TH Hotel ini senang dijumpai kerana amat berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Berhadapan dengan Stadium Sultan Zainal Abidin,bersebelahan dengan Jabatan Pertahanan Awam Negeri Terengganu, juga berdekatan dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Bilik yang ditempah oleh Encik Suami dari www.booking.com berharga RM 180
Katil bersaiz king. 

Kaunter daftar masuk.



 Bathroom with separate shower, separate toilet

 Kolam mandi luar,untuk anak-anak dan kaum adam

Kolam mandi muslimah lebih tertutup.


 kemudahan pemanas air, teh, nescafe,creamer,gula.
Mini peti ais belah bawah.

 
 In-Room Iron memang tersedia dalam kabinet pakaian.

 Kedai kemudahan asas berhampiran kaunter.

 Sarapan pagi.

 Semestinya nasi dagang- lambang negeri.



 Buah-buahan segar , kurma dan kismis.

 Dapat coco crunch selesai laa abang.

ANTARA KEMUDAHAN LAIN:

Convention centre
Business Centre
Menanti Lounge
Schedule Shuttle Service
Laundry & Dry Cleaning 
Concierge Services

Puas hati,cuma kena banyak berjalan.MALAS.ahahaha
Bilik Kami Tingkat 3 Bilik 333

JELAJAH AADK SEMPENA HARI ANTIDADAH 2016

JELAJAH AADK SEMPENA HARI ANTIDADAH 2016 | Pada 19 februari 1983,kempen Antidadah Kebangsaan telah dilancarkan. Semenjak itu 19 Februari telah diterima sebagai Hari Antidadah Kebangsaan yang disambut setiap tahun. Sempena Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2016 kali ini,Agensi Antidadah Kebangsaan menganjurkan program jelajah ke 12 negeri di Semenanjung Malaysia bermula semalam iaitu pada 11 Februari 2016 [ Khamis ]

Semalam sudah berlangsung program jelajah AADK di 3 negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka Dan Johor.

Pada hari ini 12 Februari 2016 [Jumaat] Jelajah di Kuantan Parade Pahang.

Program ini adalah kerjasama dengan Harian Metro sebagai media rasmi.

LOKASI SETERUSNYA :

TERENGGANU : MYDIN MALL | 13.02.2016

KELANTAN : KB MALL | 14.02.2016

PERLIS : KAYANGAN SQUARE MALL | 15.02.2016

KEDAH : AMAN SENTRAL | 15.02.2016

PULAU PINANG : MYDIN WHOLESALE | 16.02.2016

PERAK : AEON MALL KLEBANG IPOH | 16.02.2016

SELANGOR : TESCO EXTRA SEKSYEN 13 | 17.02.2016

KUALA LUMPUR : ALAMANDA/MAJU JUNCTION | 17.02.2016

"DO DRUGS CONTROL YOUR LIFE?YOUR LIFE,YOUR COMMUNITY.NO PLACE FOR DRUGS"

JOM LIKE FACEBOOK : AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN


LOKASI PERAK | AEON MALL KLEBANG IPOH
16 Februari 2016 [ Selasa ]


ANTARA AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN ADALAH :

-Pameran Antidadah / Bas Pameran / Pameran jabatan lain
-Kaunter Khidmat Nasihat / Aduan
-Selfie Booth
-Pendaftaran Online SKUAD 1malaysia
-Saksofon @ Persembahan Silap Mata
-Busking
-Persembahan Muzika Selendang Perak
-Penyerahan Plak Jelajah AADK 2016  


JOM SUPPORT JELAJAH AADK 2016 

JALAN-JALAN PETANG DI KUALA TERENGGANU.

JALAN-JALAN PETANG DI KUALA TERENGGANU | 5 Februari 2016 [Jumaat] yang lepas, sebelum pulang ke kampung di Besut,Terengganu Sha sekeluarga mengambil peluang untuk bersiar-siar di kawasan Kuala Terengganu. Untuk ini,biarlah gambar yang bercerita...ewah2...

 Ini kami layan selepas check in hotel dan berehat sekejap di bilik.
Agenda makan Sotong Celup tepung, nama tempat tidak berapa pasti ,kalau tak silap Pantai Tok Jembal Gong Badak,padahal kalau ke Kuala Terengganu memang tempat ini je dicari,tepian pantai berdekatan dengan Universiti Malaysia Terenggganu [UMT] dan Unisza.

Sepinggan : RM 10...

Makan sambil tengok ombak menghempas pantai.

 Cantik tak kereta kuda ni?
Untuk naik kereta kuda ini,bayaran dikenakan ;
Dewasa : RM 5
Kanak-Kanak : RM 3
Baby macam Adik Fathia : Free

2 kali pusing,tapi dekat jela...xsempat feeling2 Cinderella..ahahaha..
Sebab kesian tengokkan Abang Zaryth tu macam teringin je,Ayah pun belanja laa..

 Sambil layan angin pandai yang tak berapa sepoi2 tu,kuat anginnya musim ini.
Makan dulu satay ikan @ Lok ching yang ada jual di kawasan ini.

 Antara Food Truck yang ada di Pantai Batu Burok ini,ada sotong bakar dan macam2 lagi.

Ala-ala model gitu Adik Fathia, tak tahan kena angin pantai ni..

Paling dinanti bila ke Kuala Terengganu ni ,nak minum air A&W yang memang susah nak jumpa dah sekarang. Encik Suami cakap dulu kat Ipoh ada,tapi dah tutup.
Ini dah petang,nak kejar-kejar balik ke kampung lagi,jadi tak banyak jalan sangat laa..singgah Pasar Payang lagi nak cari baju batik..
Sekadar melunaskan agenda yang ada je..
Sekian.

TB : ADIK FATHIA BOLEH MENIARAP

ADIK FATHIA BOLEH MENIARAP | Alhamdulillah,walaupun dah lama Adik Fathia boleh meniarap hari ini baru ibu nak pacak kat sini ceritanya. Biarlaaaaaaaaaa...hihhiihi.. Hari ini 11 Februari 2016 [Khamis] bersamaan 169 hari a.k.a 5 bulan 19 hari umur Adik Fathia. Adik secara rasminya boleh meniarap adalah pada 18 Disember 2015 [Jumaat] yang lepas iaitu pada umur dia 114 hari a.k.a 3 bulan 24 hari,maknanya sudah 55 hari Adik pandai meniarap selepas berusaha gigih. Tak dapat pusing, nak menangis,tak dapat pusing,nak marah-marah. Sekarang ini Adik sedang meringankan diri untuk posisi merangkak pulak.

Selepas pandai meniarap hari tu, Adik dah pandai golek sana,golek sini dah sekarang. Risau dah kalau letak atas katil,sebab pernah jatuh dari katil. Nasib tak ada apa-apa,Alhamdulillah. Biar lah dia bergolek kat atas lapik kat bawah tu kalau ibu nak buat kerja,lebih selamat.

Nah,ibu pacak gambar sekali. Terbang lah anakku..


Wajah yang tidak puas ibu tatap..
Sayang Abang Zaryth & Adik Fathia.

ROTI TEMPAYAN DENGAN GULAI KAMBING

KEDAI MAKAN SEDAP DI BESUT,TERENGGANU | ROTI TEMPAYAN BERSAMA GULAI KAMBING RESTORAN PUTERI KAJOL, BESUT TERENGGANU | Salah satu agenda balik kampung pada cuti raya tahun baru cina baru-baru ini adalah nak makan roti tempayan dengan gulai kambing paling sedap pada Sha setakat ini. Mengenali kedai ini pada masa bujang dulu, semasa melepak ramai-ramai bersama kawan-kawan pejabat pada waktu malam.

Dahulunya kedai ini terletak di cabang masuk ke Balai Bomba Dan Penyelamat Seberang Jerteh, kemudiannya menurut tuan kedai sudah 5 bulan berpindah ke lokasi baru iaitu berhadapan dengan Masjid Kampung Padang Landak. Restoran ini berhampiran sempadan Terengganu-Kelantan, jika dari Kelantan,kedai ini berada di sebelah kiri anda. Sha mendapat tahu lokasi baru ini hasil kerjasama kawan-kawan dikampung yang memberi respon akan status facebook Sha sebelum balik kampung. TERIMA KASIH kawan-kawan, selesai jugak agenda kali ini.





Abaikan muka Encik suami saya yang asyik nonton bola, Ayah saya pun tak sabar nak ngap roti tu.
Nah, 2 biji seorang makan roti tempayan tu,semua makan dengan gulai kambing kecuali Encik suami saya,gulai ayam.

Puas Hati saya pada malam itu.
Nak tahu sedap betul ke tidak,kalau ke Besut, boleh la cuba .

MAKANAN UNTUK BAYI 6 BULAN

MAKANAN UNTUK BAYI 6 BULAN  | OK,memandangkan Adik Fathia dah memasuki 161 hari a.k.a 5 bulan 11 hari, maknanya tidak lama lagi bermulalah episod memasak bubur  dipagi hari untuk bekalan ke rumah pengasuh nanti. Si ibu pun perlu kumpul resepi-resepi yang bersesuaian untuk adik. Mungkin perlu dipelbagaikan daripada zaman masak untuk Abang Zaryth dulu. Semoga Adik Fathia pandai makan lah nanti. Sekarang ini kalau makan pun macam kesian tengok dia duk terliur ibu,ayah dan abang makan. Bulat je mata..hiihihi..adik2..

" Kawan-kawan ibu kat sini ada tak menu-menu sedap dan sesuai untuk fathia makan nanti? Sekarang ni pun rasanya Fathia boleh dah makan...hihihih..Kalau ada, kawan-kawan ibu tolong la share kat ruangan komen ni,,nanti ibu jalan-jalan tengok blog aunty-aunty k.."

Yang Sha tahu beberapa tips untuk bagi makan bayi 6 bulan ini adalah :

1.Tidak terlalu mendesak bayi untuk makan. Perlu sabar dan beri masa kepada bayi anda.

2. Makanan seperti puri tidak terlalu pekat.

3. jauhi bayi daripada kekacang,keju,makanan laut dan daging merah.

4.Tidak perlu diperasakan dengan garam atau gula. Ini kerana ginjal bayi masih belum matang.

5.Sayur yang tidak pahit dan berangin.

INGAT,PERUT BAYI UMUR INI ADALAH SEBESAR GENGGAMAN TANGANNYA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...