Ini kami layan selepas check in hotel dan berehat sekejap di bilik.
Agenda makan Sotong Celup tepung, nama tempat tidak berapa pasti ,kalau tak silap Pantai Tok Jembal Gong Badak,padahal kalau ke Kuala Terengganu memang tempat ini je dicari,tepian pantai berdekatan dengan Universiti Malaysia Terenggganu [UMT] dan Unisza.
Sepinggan : RM 10...
Makan sambil tengok ombak menghempas pantai.
Cantik tak kereta kuda ni?
Untuk naik kereta kuda ini,bayaran dikenakan ;
Dewasa : RM 5
Kanak-Kanak : RM 3
Baby macam Adik Fathia : Free
2 kali pusing,tapi dekat jela...xsempat feeling2 Cinderella..ahahaha..
Sebab kesian tengokkan Abang Zaryth tu macam teringin je,Ayah pun belanja laa..
Sambil layan angin pandai yang tak berapa sepoi2 tu,kuat anginnya musim ini.
Makan dulu satay ikan @ Lok ching yang ada jual di kawasan ini.
Antara Food Truck yang ada di Pantai Batu Burok ini,ada sotong bakar dan macam2 lagi.
Ala-ala model gitu Adik Fathia, tak tahan kena angin pantai ni..
Paling dinanti bila ke Kuala Terengganu ni ,nak minum air A&W yang memang susah nak jumpa dah sekarang. Encik Suami cakap dulu kat Ipoh ada,tapi dah tutup.
Ini dah petang,nak kejar-kejar balik ke kampung lagi,jadi tak banyak jalan sangat laa..singgah Pasar Payang lagi nak cari baju batik..
Sekadar melunaskan agenda yang ada je..
Sekian.
2 Comments
Kakak kalau ke T'ganu memang tak tinggal cari yg celup-celup tepung tu
ReplyDeleteMemang sedap:)
Jd kemestian kn..huhu
DeleteTerima Kasih Daun Keladi