Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TIGA POSISI MENYUSUKAN ANAK KEMBAR

TIGA POSISI MENYUSUKAN ANAK KEMBAR | Seronoknya dapat 2 orang bayi sekali gus!!Siapa di sini mempunyai anak kembar? atau bakal menimang cahaya mata kembar tidak lama lagi? Alhamdulillah rezeki anda,sebab tidak semua orang berpeluang mendapat anak kembar. Sudah bersediakah anda untuk menyambut orang baru dalam kehidupan dunia ini? Setiap ibu akan mengimpikan agar dapat memberikan anak mereka yang terbaik termasuklah makanan pertama bayi mereka iaitu susu ibu. Hari ini Sha nak berkongsi posisi penyusuan untuk anak kembar.

1. Posisi mengendong [ The Cradle Hold ]
Peluk kedua bayi dengan kepala diletakkan pada lekuk siku tangan anda. Kepala bayi yang menyusu pada payudara kanan,diletakkan pada lekuk siku tangan kanan anda dan sokong dengan tapak tangan anda. Sebaliknya jika menyusu pada payudara kiri. Arahkan badan bayi sehingga telinga bayi berada sabaris dengan tangan bayi yang ada di atas. Seperti dalam gambar :


2. Posisi Clutch atau Football Hold
Kedua kepala bayi disokong dengan telapak tangan ibu,sementara badan mereka diletakkan dibawah kedua tangan anda. Bila menyusu bayi pada payudara kanan,maka anda akan memegangnya dengan tangan kanan. seperti juga sebaliknya. Letakkan tangan anda di atas bantal pada pangkuan anda kemudian sokong bahu,leher dan kepala kedua bayi anda dengan kedua belah tangan. Arahkan mulut bayi ke puting susu. Biarkan kakinya menjulur ke belakang.

3. Posisi Gabungan.
Salah seorang dengan posisi menggendong dan seorang lagi dengan menyangga kepala. Buat secara bergilir ikut keselesaan ibu-ibu sendiri.






Sekian perkongsian pada petang ini.
Terima Kasih.

----------tt---------------
With Love,Sha.

Post a Comment

2 Comments

  1. msti lapo lps tuh kan... almaklum menyusukan dua org sekali

    ReplyDelete
  2. Cam ner lah nak handle dua org serentak ... Saya yang handle sorang nie pun kalut dibuat nyer ...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi