NATURAL ROSE WATER BY NAWAL HERBAL BEAUTY

NATURAL ROSE WATER | Assalamualaikum pembaca semua...apa khabar hari ini? Semoga sihat walafiat semuanya...InsyaAllah. Alhamdulillah hari ini Sha berpeluang untuk berkongsi sesuatu yang dapat membantu menjaga kulit kita dengan 12 fungsi miracle sekali gus menjimatkan kerana anda kini tidak memerlukan toner,krim,serum & foundation. Tahun 2017 akan menyaksikan umur Sha memasuki alam 30 an, jadi kesegaran kulit amatlah diperlukan memandangkan Sha mengalami kulit kusam dan jeragat mula timbul. NATURAL ROSE WATER satu produk muslim dan selamat digunakan untuk solat.


✮ ANDA MENGALAMI MASALAH BERIKUT??

✤ Sunburn pada tepi wajah akibat sunaran matahari?
✤ Kulit wajah yang sering kering?
✤ Kulit yang berminyak?
✤ Kulit kusam tidak bermaya?
✤ Pori kulit kasar dan terbuka?
✤ Tona tidak sekata?
✤ Rambut kusut?
✤ Rambut sukar diurus?
✤ Rambut gugur dan berkelemumur?
✤ Rambut kasar?
✤ Pening mencari produk semulajadi untuk alas make-up?
✤ Pening mencari produk untuk make-up anda tahan lebih lama?

PRODUK YANG SANGAT RINGKAS PENGGUNAANNYA

Sha dah merasa, mudah buat manusia ringkas macam Sha ni. Tidur pun macam tidur di taman bunga rose...ewwaah.

Hanya titik sedikit pada tapak tangan anda dan terus tepukkan secara perlahan jari jemari ke kulit.
Kegunaan di rambut, gosokkan produk ini ke rambut anda termasuk di kulit kepala.
170 ml = 3 bulan penggunaan SANGAT JIMAT!!
Sesuai untuk kulit dan rambut bayi ...
TAPI bahagian muka sesuai untuk golongan umur 15 tahun ke atas sahaja.



✮12 FUNGSI MIRACLE NATURAL ROSE WATER DARIPADA NAWAL HERBA BEAUTY

๐ŸŒŸ Menyegarkan kulit
๐ŸŒŸ Melembapkan kulit
๐ŸŒŸ Membuatkan wajah pinkish.
๐ŸŒŸ Menjadikan wajah glowing tanpa make up
๐ŸŒŸMelembapkan bibir.
๐ŸŒŸ Membaiki kulit dari dalam.
๐ŸŒŸ Mengecutkan jerawat
๐ŸŒŸ Mengatasi jeragat
๐ŸŒŸ Menjadikan make up tahan lebih lama
๐ŸŒŸ Sebagai make up base
๐ŸŒŸ Sebagai Foundation
๐ŸŒŸ Sebagai penanggal make up.

BONUS ✨✨✨ Produk ini juga membantu atasi masalah rambut beruban, keguguran rambut menyihatkan akar rambut dan menjadikannya rambut mudah diurus.

STOKIS & AGEN DIPERLUKAN!! PENGAMBILAN TERHAD

HUBUNGI : PUAN FARAH ALIA

010-262 9297
 LIKE PAGES FB NATURAL ROSE WATER BY NAWAL HERBAL BEAUTY
https://www.facebook.com/Natural-Rose-Water-By-Nawal-Herbal-Beauty-221871854918246/?fref=ts


JOM TEPUK-TEPUK MANJA WAJAH ANDA ... RASAI KESEGARAN WAJAH DENGAN BAU WANGIAN HARUM BUNGA ROSE. .

VOUCHER PERCUMA SWISS COURT HOLIDAY APARTMENTS DAMAI LAUT LUMUT

VOUCHER PERCUMA SWISS COURT APARTMENT DAMAI LAUT LUMUT | Sejak tanggung kerja Pembantu Tadbir yang sedang cuti bersalin sehingga disember ini Sha belum berpeluang bercuti ke mana-mana lagi. Selepas cuti raya puasa yang lepas Sha mendapat panggilan daripada pihak SGI Vacation Card (SGIVC) untuk hadir menerima voucher percuma daripada pihak SGIVC yang mana perlu mendengar satu taklimat selama 45 minit ( sebenarnya lebih ) di Swiss Court Apartments Damai Laut pada 18 September 2016 yang lepas . Selepas menghadiri taklimat berkenaan,Sha ingin berterima kasih kepada pihak yang memberi peluang kepada Sha untuk menginap di sini. Hasil daripada survey di beberapa blog Sha dapati kebanyakkannya mendapat tempat di Damai Laut, niat dihati nak cawangan di Kuala Lumpur tapi dapat maklumbalas bahawa kat sana dah penuh. Jadi tak apa lah, asalkan percuma, dapat bercuti apa salahnya...aahahahhaa...


Perjalanan yang agak ke dalam, jika mengikut google maps dari Seri Iskandar ke Swiss Court Holiday Apartment adalah 67.8 km. Kalau nak tahu, terdapat lebih kurang 11 bonggol sebelum sampai ke kawasan Swiss Garden Resort kesimpulannya dalam 6 km terakhir sebelum sampai ke sana anda akan melalui 1 bonggol setiap 500m..jadi bertabah lah..huhuhu...

Suasana lobi ketika pendaftaran, semasa taklimat awal dulu pun kat sini juga.



Ini blok D yang Sha dapat, bilik dekat jalan masuk tu je..senang..tak perlu naik turun tangga dah.



Kami dapat bilik yang disediakan katil jenis queen, ok la tu..sebab ada yang dapat bilik 2 katil single kena usaha pulak tolak bagi dekat. Alhamdulillah , semuanya OK, aircond tak ada masalah,kipas pun ada.

Televisyen disediakan. Astro ada, tapi tak ada laa Astro Ria. Tak dapat nak tengok Gegar Vaganza pada malam kedua tu.

Studio Room yang agak luas.

 Bilik air yang selesa dilengkapi bath tab yang memang menyeronokkan anak-anak untuk mandi manda dalam tu dengan buih-buih sabun.

Kami bawak toto..huhuhu...abaikan si kecik Fathia yang tengah berjoget ditempat tinggi tuu..seronok sangat laa agaknya.

 Meja makan.

Kemudahan yang ada dalam Studio Room Swiss Court Holiday Apartments ini.
Almari pakaian dengan hanger.
Peti sejuk.
2 cawan.
1 cerek elektrik.
Alatan memasak | Dapur elektrik + 2 pinggan + 2 mangkuk + 2 pasang sudu garfu + 2 periuk.
Sha bawak pembakar roti dan iron sendiri hari tu..


Aktiviti petang selepas check ini,berehat-rehat kejap. Mulanya nak mandi di Swiss Garden Resort,tapi kena bayar RM15 untuk tetamu apartment, jadi tak jadilah..ahahha...tukar nak mandi pantai..tapi macam tak sesuai pulak keadaannya..tambah pula ada anak kecil ni..Hari pertama pun kami dah membakar lemak dengan jayanya..ahahaha..

Berendamlah puas-puas di Kolam Swiss Court Apartments...

 Dua-dua ni Sha beli online LAZADA sahaja.
Baby Swimming Neck Float & Swimming Float Tube Swim Ring.


Semasa check in akan dapat 1 kad tuntut tuala mandi untuk mandi di kolam, jadi tak perlu nak angkut tuala sana sini.


Sebelah kolam tu ada tandas, bilik bilas dan sauna. Sauna yang agak selesa, tapi petang tu ramai yang guna, jadi Sha tak masuklah.

APA YANG KORANG PERLU BUAT & TAHU BILA DAPAT VOUCHER PERCUMA NI?

๐Ÿ˜† Iyanya betul, tak menipu.
๐Ÿ˜” Macam Damai Laut ni, perjalanannya agak sunyi kedalam tempatnya. 30 minit dari AEON Seri Manjung.

๐Ÿ˜‰ Ada komen pasal lalat, mungkin bermusim kot (gam lalat disediakan). Masa Sha kat sana memang musim lalat tapi tak ada sangat pun lalat tuu...bukak gam pun ada sekor yang terkorban,,,hahaaha.



๐Ÿ˜‰ Ada menyediakan alatan memasak ( Damai Laut shj ) mungkin sebab tempat ini jauh daripada kedai-kedai luar. Lebih 10km keluar.

๐Ÿ˜™ Iron. Penting untuk kaum wanita,,huhu..disediakan di suatu tempat khas,tapi Sha memilih untuk bawa sendiri lebih senang.

๐Ÿ˜ญ Di sini ada Blok A-F,request Blok A/B/C ok, sebab ini yang dekat dengan kolam renang. Sha dapat blok D,jauh yea dari kolam mandi...nangis...

๐Ÿ˜ต Sediakan deposit RM 100 semasa check in, selepas check out akan dapat balik.

๐Ÿ˜ SGIVC Menyediakan pengangkutan ke Pulau Pangkor [ tak silap rm42 seorang ] dan mereka akan drop selama 3 jam kat Pulau Pangkor . Bab ini Sha memilih untuk pergi sendiri kerana lebih fleksible . Memandu ke Jeti Pulau Pangkor di Lumut mengambil masa 45 minit, tiket parking kereta Majlis Perbandaran Manjung RM 3 untuk 1 hari. Pukul 10.30 pagi dah ada feri yea. Kereta sewa tak ada yang setengah hari...huhuhuh...hari tu dapat laa kereta wira Rm50.

Kos Sha ke Pulau Pangkor.
Tiket feri | RM 10 x 2 orang dewasa = RM 20
Sewa Kereta | RM 50
Minyak kereta | +- RM 20

Okla tuu..jimat sikit kan.

๐Ÿ˜ฃ Boleh mandi di kolam Hotel Swiss Garden tu tapi kena bayar RM 15 seorang.



๐Ÿ˜ Boleh sediakan pakaian yang bersesuaian bagi yang ingin bersauna. Bilik sauna yang berbau arang original memang menenangkan.

๐Ÿ˜ฎ Sarapan pagi RM 53 untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak atau 3 dewasa 1 kanak-kanak. Hari akhir kami kat sana ambil laa 1 sarapan.

Berdasarkan panggilan yang dibuat awal dulu macam pihak SGIVC nak kita komen je tempat diaorang ni. Bagi Sha, tempat ini sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Rate bilik kat sana Studio Room RM 135 dan Apartment 2 Bilik RM 220.

Berikut adalah tentatif ringkas sepanjang Sha kat sana :



Sekian dulu cerita Sha di Swiss Court Holiday Apartments.
๐Ÿ˜ป๐Ÿ˜ป๐Ÿ˜ป๐Ÿ˜ป

BAWAL SATIN PUCCI NORA AZURA BY LARNIE

BAWAL SATIN PUCCI NORA AZURA BY LARNIE | Kepada peminat tudung bawal, di sini ada berita baik untuk korang semua..... Jom tambahkan pilihan dan koleksi tudung yang sedia ada. Sis Nora Azura menyediakan pelbagai pilihan tudung bawal satin yang menjadi fenomena pada ketika ini. Contoh koleksi yang ada ketika ini adalah seperti berikut :


Corak terkini yang segar dan sangat feminin. Menjadi rahsia bagaimana kaum wanita semakin gojes dan lebih berkeyakinan tinggi apabila menggayakan Bawal Satin Pucci Larnie ini..InsyaAllah..Inilah jawapannya..↷
Kenapa Bawal Satin Pucci Larnie ini disukai ramai? Semestinya ia menetapi kehendak dan citarasa wanita zaman ini yang mana ciri-ciri berikut sangat terbaik :-

๐Ÿ’“ Mudah dibentuk
๐Ÿ’“ Tak gosok pun masih nampak terbentuk dan tidak berkedut
๐Ÿ’“ Material kain yang superb SELESA & SEJUK
๐Ÿ’“ Material yang setanding jenama terkenal
๐Ÿ’“ Harga mampu milik & Setanding kualiti kain
๐Ÿ’“ TERJUAL lebih 200 helai dalam masa 1 Hari
๐Ÿ’“ Design yang tip top meletop
๐Ÿ’“ Sesuai untuk semua lingkungan umur.
๐Ÿ’“ Pelbagai jenis design & warna yang menarik, ceria TERTARIK..!!
๐Ÿ’“ Bidang 45
๐Ÿ’“ Washable

MENARIK? TERTARIK ? TERPIKAT? TERJATUH HATI?
Apa lagi...Hubungi Sis Nora Azura sekarang, untung-untung dapat special gift lagi jika bertuah.

Taip "LARNIE" hantar ke
012-565 7610



Anda juga boleh COD di kawasan berikut : -
Meru / Kapar / Sg.Serdang / Kg.Tok Muda / Sungai Udang / Setia Alam / Giant Klang Sentral / Tesco Klang Sentral / Bukit Kapar / Bukit Raja / Bukit Tinggi & Sementa.

MAHU TENGOK LEBIH CORAK DAN KOLEKSI?? BAIK TERUS USHA DI MEDIUM BERIKUT : [ KLIK PADA GAMBAR ]



https://www.facebook.com/noraazura.sulaiman?fref=ts
FACEBOOK OWNER

https://www.instagram.com/azura_elimah/
INSTAGRAM OWNER

https://www.facebook.com/Bawal-satin-pucci-Nora-Azura-by-Larnie-222791904822687/?fref=ts
PAGE BAWAL SATIN PUCCI NORA AZURA BY LARNIE
#bawalsatinpuccibylarnie
#larniebyALFAR
#teamALFAR
#idLA004/101/A001

Jom jangan tunggu-tunggu, kalau berkenan terus contact Sis Nora kita ni yeaa...

KUKUS NASI DAGANG LEBIH JIMAT MASA DAN CEPAT

KUKUS NASI DAGANG LEBIH JIMAT MASA DAN CEPAT | Memandangkan hidup di negeri orang, bila tiba waktunya Sha teringin nak makan masakan pantai timur terutamanya nasi dagang ori kena rajin-rajinlah masuk dapur. Bukan tak ada kedai-kedai berdekatan, tetapi mungkin cara masak yang berlainan menghasilkan rasa yang tidak sama dengan nasi dagang ori terengganu. Paling senang, belajar resepi nasi dagang dengan mak yang sudah tentunya Sha membesar dengan masakan mak. Walaupun tidak sesedap Mak, tapi rasa pantai timur tu ada..hihihi..
Kebiasaan Sha masak nasi dagang dengan kuantiti banyak, 2 atau 3 kilo beras. Semestinya setiap kali balik kampung Sha akan mendapatkan beras nasi dagang dari kampung,beras yang biasa Mak Sha gunakan selama ini. Ada orang ajar campur je beras biasa dengan beras pulut, Sha gagal bab itu tambah pula pernah cuba dan hasilnya tak memuaskan hati jadi mudah beli sahaja beras kat kampung bawa balik ke rumah Sha.
Memandangkan proses mengukus nasi dagang ini suatu kerja yang agak mengambil masa, menyebabkan Sha akan masak lebih untuk rakan-rakan pejabat, rakan suami dan pengasuh anak-anak supaya berbaloi dengan penat lelah dan tidak cukup tidur untuk menyiapkan nasi dagang terengganu ini. Akhirnya Sha membuat keputusan membeli sebuah pengukus elektrik yang boleh membantu Sha menjimatkan masa mengukus dan tidak perlu berjaga malam lagi seperti kebiasaan yang kadang kala bekalan gas habis ketika dalam proses mengukus..hihi..
Alhamdulillah, hari ini Sha dapat menikmati Nasi Dagang tanpa rasa mengantuk tidak cukup tidur. Tidak perlu tidur pukul 2 pagi bangun pukul 4 pagi lagi. Maklumlah, sepanjang memasak tuu kadang-kadang anak kecil merengek minta dilayan dahulu selepas itu sambung balik masak.
Ok,biasanya Sha guna pengukus ini untuk masak nasi dagang. Pengukus ini Mak Sha yang bagi selepas Sha kahwin.


Kini lebih mudah dengan Food Steamer ini.


Alhamdulillah dengan percubaan pertama membuahkan hasil yang memuaskan hati,lain kali nak masak stim apa-apa pun dah mudah.


Selepas ini dah boleh masak untuk kuantiti sikit dah, boleh guna hanya 1 tingkat sahaja untuk masak-masak untuk family. Bayar elektrik jela sekarang..huhiha
Sekian.

DAGING MASAK MERAH ALA THAI

Daging Masak Merah Ala Thai | Assalamualaikum..tengah buat apa tu sahabat-sahabat maya? Hari ini free sikit nak jenguk blog yang tak berapa aktif sejak sebulan dua ni..mungkin tahun baru 2017 ini akan lebih baik. Tak ada idea sangat nak masak hari ini, tapi tetap kena masak untuk suami dan anak-anak tersayang kan..jadi terhasillah Daging Masak Merah Ala Thai Simple ini. Alhamdulillah, lembut je daging ni..sedap lah makan..bahan-bahan pun pakai sukat suka hati je..

BAHAN-BAHAN

Daging
Pewarna merah
Air
Sos Ikan
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Lobak Merah ( hiris tidak terlalu nipis )
Bawang Putih (ditumbuk)
Bawang Besar ( potong bulat)
Cili Merah
Cili Burung ( pada yang suka pedas)
Minyak masak
Garam
Gula


Daging direbus dengan pewarna merah atau sirap. Sha tak ada pewarna,jadi sirap pun ok laa.


Air rebusan dah mula kering, sha mula letakkan minyak masak dan tumis bawang putih yang telah ditumbuk tadi. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato,sos cili dan sos ikan. Gaul sebati semuanya, masukkan lobak, bawang besar, cili merah, cili burung.


Jika perlu perasakan lagi dengan garam dan gula, jangan terlalu banyak.

OK, siap boleh makan bertambah- tambah walau simple je kan.
Sekian, Terima Kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...