TADARUS AL-QURAN

TADARUS AL-QURAN | Tadarus bermaksud saling mempelajari Al-Quran iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar dan memperhati bacaannya. Setelah selesai, disambung pula oleh orang lain. Mungkin pada bulan lain jarang sekali kita membaca Al-Quran semoga berkat bulan Ramadhan ini kita dapat mendekatkan diri pada Kitab Allah S.W.T ini. Alhamdulillah, setiap tahun tempat Sha bekerja akan menganjurkan tadarus dengan pembahagian juzuk. Pada tahun ini kumpulan tadarus Sha perlu menyelesaikan juzuk 16 hingga juzuk 22.



SENARAI JUZUK

♥Juz’ 1 :
 Al Fatiha 1 – Al Baqarah 141

♥Juz’ 2 : 
Al Baqarah 142 – Al Baqarah 252

♥Juz’ 3 :
 Al Baqarah 253 – Al Imran 92

♥Juz’ 4 :
Al Imran 93 – An Nisaa 23

♥Juz’ 5 : 
An Nisaa 24 – An Nisaa 147

♥Juz’ 6 :
 An Nisaa 148 – Al Ma’idah 81

♥Juz’ 7 :
 Al Ma’idah 82 – Al An’am 110

♥Juz’ 8 :
 Al An’am 111 – Al A’raf 87

♥Juz’ 9 ; 
Al A’raf 88 – Al Anfal 40

♥Juz’ 10 :
 Al Anfal 41 – At Tauba 92

♥Juz’ 11 : 
At Tauba 93 – Hud 5

♥Juz’ 12 : 
Hud 6 – Yusuf 52

♥Juz’ 13 : 
Yusuf 53 – Ibrahim 52

♥Juz’ 14 : 
Al Hijr 1 – An Nahl 128

♥Juz’ 15 : 
Al Isra (or Bani Isra’il) 1 – Al Kahf 74

♥Juz’ 16 : 
Al Kahf 75 – Ta Ha 135

♥Juz’ 17 :  
Al Anbiyaa 1 – Al Hajj 78

♥Juz’ 18 : 
Al Muminum 1 – Al Furqan 20

♥Juz’ 19 : 
Al Furqan 21 – An Naml 55 (25:21-27:55)

♥Juz’ 20 :
An Naml 56 – Al Ankabut 45

♥Juz’ 21 : 
Al Ankabut 46 – Al Azhab 30

♥Juz’ 22 :
Al Azhab 31 – Ya Sin 27

♥Juz’ 23 :
 Ya Sin 28 – Az Zumar 31

♥Juz’ 24 : 
Az Zumar 32 – Fussilat 46

♥Juz’ 25 : 
Fussilat 47 – Al Jathiya 37

♥Juz’ 26 :
 Al Ahqaf 1 – Az Zariyat 30

♥Juz’ 27 :
Az Zariyat 31 – Al Hadid 29

♥Juz’ 28 :
Al Mujadila 1 – At Tahrim 12

♥Juz’ 29 : 
Al Mulk 1 – Al Mursalat 50

♥Juz’ 30 : 
An Nabaa 1 – An Nas 6


InsyaAllah kita cuba selesaikan semampu mungkin.






   SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š



RESEPI SIMPLE ACAR UMBUT KELAPA

RESEPI SIMPLE ACAR UMBUT KELAPA | Assalamualaikum, Alhamdulillah semalam ada program pembersihan kawasan jadi ada rezeki orang bagi umbut kelapa atau umbut nyiur. Memang Sha menyukai Acar Umbut Nyiur tetapi masakan ini amat susah didapati kerana proses mendapatkan umbut itu sendiri yang tidak mudah didapati.

 

BAHAN-BAHAN

Umbut kelapa
Bawang Merah*
Bawang Putih*
Halia*
Cili kering (direbus dan dibuang biji)*
Santan
Gula
Garam
Cuka
*bahan dikisar


CARA-CARA

 Tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak
Masukkan Cuka dan Gula
Apabila bau cuka hilang, masukkan umbut kelapa dan santan.
Masak sehingga umbut lembut dan perasakan dengan sedikit garam.


SELAMAT MENCUBA

HOMEMADE SAMBAL DENDENG DAN SAMBAL TOM YAM

HOMEMADE SAMBAL DENDENG DAN SAMBAL TOM YAM | Assalamualaikum, Alhamdulillah tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan mulia bulan Ramadhan yang mana seluruh umat akan mengerjakan ibadah puasa yang membawa pelbagai rahmat dan kelebihan. Semoga kita dapat menyambutnya dan mengejar kelebihan-kelebihan yang ada di bulan penuh keberkatan ini.

Selain ibadah, bulan Ramadhan juga menjadi bulan yang meriah dengan pelbagai jualan seperti juadah-juadah dan kelengkapan untuk menyambut hari meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Untuk sepanjang bulan Ramadhan ini , tugas-tugas ibu juga bertambah seperti menyediakan juadah untuk bersahur. Dengan itu Sha ingin berkongsi 2 menu yang boleh membantu para ibu bersiap sedia untuk menyiapkan juadah bersahur untuk keluarga. Dalam 30 hari berpuasa akan ada suatu masa ketandusan idea untuk lauk sahur kan..



SAMBAL DENDENG

1. Bahan utama daging
2. bawang dan cili kering DITUMBUK bukan diblender bagi memastikan sambal dendeng tahan lama.
3. Tahan sehingga 3-4 bulan
4. Daging direbus selama 5 jam kemudian diracik bagi mengasingkan lemak dan urat. Seterusnya ditumbuk menjadi lerai dan diperap dengan kicap bagi memastikan daging sangat lembut.
5. Tidak menggunakan minyak paket bagi meastikan kualiti daging dendeng tahan lama.
6. Berpengalaman selama 15 tahun dalam menghasilkan daging dendeng.
7. Tidak perlu disimpan di dalam peti ais.
8. Resepi ( sukatan bahan-bahan) ciptaan sendiri.
9. Homemade resepi dendeng dari negeri asal iaitu Perak.
10. Boleh dimakan bersama nasi panas, roti dan sebagainya.

BAHAN-BAHAN

Daging
Bawang Besar
Bawang Putih
Cili kering
Kicap
Gula
Asam Keping
____________________________________******_____________________________________

SAMBAL TOM YAM KETUK-KETUK SAHUR

1. Bahan utama ikan segar
2. Di masak selama 12 jam
3. Dimasak menggunakan pes tom yam homemade resepi turun temurun
4. Boleh dimakan segera atau bersama nasi panas,roti dan sebagainya.

BAHAN-BAHAN

Ikan segar
Perencah Tom yam
Serai
Bawang

Apa lagi, jika kawan-kawan teringin boleh terus WHATAPPS - SHA /017.9154696 untuk tahu lebih lanjut. Maaf belum ada gambar dipacking, Sambal dendeng diedar dalam bentuk paket manakala Sambal Tom Yam didalam botol.

Jangan lepaskan peluang ini!!

PERTAMA KALI MASUK DEWAN BEDAH

PERTAMA KALI MASUK DEWAN BEDAH | 17 Mei 2017 yang lalu Sha bercuti untuk menemani Abang Zaryth menjalani pemeriksaan lanjut untuk masalah matanya yang berlarutan sejak tahun lepas. Kami dikehendaki berada di Kompleks Rawatan Harian pada jam 7.00 pagi untuk pendaftaran.


Abang Zaryth sebelum masuk wad harian. Lebih kurang jam 8.30 pagi Abang Zaryth dah masuk dewan bedah. Untuk proses bius Abang Zaryth pinta Sha yang temankan, jadi ibu lah yang temankan yang pada asalnya memang ayahnya yang nak temankan. Terkejut, tapi kena kuatkan juga demi Abang Zaryth. Nasib juga doktor ENT dan Doktor Pakar Mata juga pembantu-pembantu yang check up Abang Zaryth selama ini semuanya lembut-lembut dan santun melayan budak-budak. Katanya mereka Abang Zaryth macam budak perempuan rupanya...ahahahaha...

Abang Zaryth selepas keluar dewan bedah. Penat menangis selepas baru sedar daripada pengsan kesan ubat bius. Mungkin terkejut dan sakit dibahagian bibir kesan daripada alat bantu pernafasan yang digunapakai semasa proses rawatan yang siap lebih kurang jam 9.30 pagi. Semasa dalam zon pemulihan Abang Zaryth panggil adik..ambooii...sayang juga dekat adik dia..


Pujuk buka youtube kid untk tenangkan Abang Zaryth.Marah doktor ambil darah untuk prosedur CT Scan selepas raya ini.


Baiklah Abang, Abang perlu kuat walau macam mana pun. Ibu dengan Ayah ada teman abang..Adik pun ada selalu. Lebih kurang jam 3.30 petang kami dibenarkan pulang kebetulan Abang Zaryth dah bersungut lapar,yela puasa dari semalam kan. Kawan-kawan ibu doakan Abang Zaryth sihat cepat yeaa...

Tunggu....................................next temujanji pulak.

COLEK AYAM ALA CHE NAH

COLEK AYAM ALA CHE NAH | Assalamualaikum..Sempena Ramadhan yang bakal tiba ini jom kongsi juadah yang wajib ada dalam sebulan kita berpuasa menahan lapar dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa.

Bila menyebut Colek Ayam, amat sinonim bagi orang Kelantan terutamanya disebabkan Sha tak pernah jumpa makanan ini di negeri lain kecuali kedai itu dimiliki oleh orang Kelantan sendiri juga. Memandangkan daerah kelahiran Sha iaitu Daerah Besut bersebelahan dengan sempadan Negeri Kelantan maka menu ini ada terdapat di sesetengah kedai dan menjadi menu kegemaran Sha dan suami.

Jika teringinkan Colek Ayam Sha akan cuba buat sendiri untuk menghilangkan rasa rindu pada kampung. Tanpa buang masa jom kita tengok apa bahan-bahan yang perlu untuk hidangan Colek Ayam Ala Che Nah ini. Kenapa Che Nah? Sebab kedai kat Besut tu yang biasa Sha makan colek adalah Kedai Che Nah.

BAHAN-BAHAN UNTUK 2 ORANG MAKAN

1/4 Ayam [ Goreng & Potong lebih kurang besar ibu jari ]
Cucur bilis{ jeput malah lagi OK } [ Goreng & Potong lebih kurang besar ibu jari ]
Tauhu [ Goreng & Potong lebih kurang besar ibu jari ]
Daun Salad [ Bersih, toskan dan potong ]
Taugeh [Bersihkan]
Timun Batang [ Cincang kasar]
Keropok keping [goreng & pecahkan]
Sos Pencicah


CARA SEDIAKAN

Satukan semua bahan-bahan di atas.
Curahkan Sos Pencicah ke atas bahan-bahan tadi.
Gaul semuanya sehingga sebati.
Boleh makan............krup krup krup...


Okehh...berdasarkan bahan-bahan dan cara masak yang diatas, banyak yang perlu digoreng jadi untuk memastikan kesihatan juga terjaga kita memerlukan satu alat yang boleh mengurangkan penggunaan minyak masak dalam hidangan keluarga.

SINGER HO12 HALOGEN 12L OIL FREE COOKING

Korang pun berkenan ke? Nak tahu lebih lanjut dan nak tengok alatan lain yang boleh membantu anda menyiapkan hidangan iftar dengan lebih jimat dan cepat boleh tengok di http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/ sempena Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale yang mana anda boleh dapatkan pelbagai barangan dengan potongan harga istimewa sehingga 90 % yang berlangsung dari 19 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017.

 
------------------ooo-----------------


MENGHITUNG HARI MARHABAN YA RAMADHAN

PEMBEDAHAN KECIL PADA MATA ABANG ZARYTH

PEMBEDAHAN KECIL PADA MATA ABANG ZARYTH | Sebenarnya masalah ini sudah lama, selepas beberapa lama menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh akhirnya pada bulan April yang lepas pakar mata telah mengesyorkan untuk melakukan sedikit pembedahan untuk mengenalpasti saluran yang bermasalah menyebabkan mata Abang Zaryth asyik bertaik dan lebih teruk apabila selesema.

Pada 02 Mei 2017 (Selasa) Sha dan suami telah membawa Abang Zaryth ke unit anestesia untuk mendapatkan maklumat tentang proses bius ketika pembedahan dilakukan. Bius dilakukan kerana Abang Zaryth masih kanak-kanak yang mana ianya hanya mengambil masa 1 hari berada di wad Kompleks Rawatan Harian. Untuk Abang Zaryth doktor menyatakan akan dikenakan pembiusan umum.


PENERANGAN ANESTESIA

Pembiusan Umum

Menjadikan seseorang pesakit berada dalam keadaan tidak sedar sebelum pembedahan dimulakan. Ini untuk memastikan pesakit tidak menyedari apa yang berlaku dan tidak merasa sakit semasa pembedahan. Pembiusan umum dilakukan dengan memasukkan ubat bius yang disedut dari mesin bius. Tiub pernafasan akan dimasukkan ke dalam mulut atau hidung pesakit untuk membantunya bernafas dengan mesin.

Risiko Pembiusan Am

✻   Kesan Lebam ditempat suntikan atau pemasangan tiub aliran darah
✻   Loya atau muntah
✻ Sakit tekak disebabkan oleh gas pembiusan atau tiub pernafasan. Pesakit akan/mungkin mengalami kesukaran bercakap tetapi ini akan pulih seperti sediakala dalam beberapa jam.
✲   Kesakitan otot yang sementara\
✻   Sakit kepala atau kabur penglihatan buat sementara.

Sebagai seorang ibu dan ayah, walau sekecil mana pun anak sakit, walaupun hanya demam biasa ianya sangat ingin dielakkan. Harapan semoga mata Abang Zaryth sembuh selepas menjalani pembedahan kecil ini. 

Kawan-kawan ibu doakan pembedahan berjaya dan mata Abang Zaryth kembali sembuh dan masalah matanya selesai.

LIPSTIK FEVERGLAM

LIPSTIK FEVERGLAM | Hari ini Sha nak share la satu produk Lipstik Feverglam ni. Kenapa Sha nak cerita pasal lipstik ni? Sebabnya bukan senang seorang Shalimar nak mengenakan lipstik dibibirnya..ahhahaha.. Pernah miliki lipstik jenama lain, tetapi stand by dalam tas tangan sahaja untuk kegunaan jika diperlukan seperti kerja luar atau special day sahaja.
Berlainan pula kali ini, setelah memiliki Lipstik Feverglam Sha senang mengenakannya apabila keluar bekerja dan keluar bersama keluarga. Sebenarnya memang Sha mencari warna sebegini kerana Sha suka betul dengan make up semasa majlis perkahwinan Sha dulu, simple tak terlalu terang.


Kita zoom sikit


Ahahahaahaha..hadap laa kejap yeaa muka ni,,,kih3..

Lagi satu Sha suka sebab warna mate tuuu..tak suka yang berkilau-kilau...tambah pula Sha ni memang tak suka make up, memang nak yang paling simple jela kan. Lagi pula lipsmatte ini sesuai untuk yang ada alergik.

Korang kalau nak dapatkan follow Che T..

Leh klik gambar di bawah yeaa..terus ke Instagram Che T..

https://www.instagram.com/hayati_ramly/

Waaaahhh gitu....memang ramai yang suka good lady nii...amour pun cantik...nak sweet lagi Insatiable... nak pergi dinner glamour boleh pilih Rouge Red....auummm sangat kan.

Habis laaa Sha kali niii...sesekali melawa kan.

PERCUTIAN MENARIK DI TANJONG JARA RESORT, TERENGGANU


Jom Bercuti di Tanjong Jara Resort
TANJONG JARA RESORT | Hai semua! Wah..hari-hari ke depan ini banyak cuti umum bakal kita lalui. Bagaimana anda mengisi masa cuti yang ada? Kebanyakkan semestinya mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga tersayang kan. Kemana pula destinasi percutian anda yang seterusnya? Adakah anda seorang yang suka menikmati alam semulajadi yang segar jauh daripada hiruk piruk bandar dan masalah kerja yang tidak berkesudahan dan memerlukan rehat minda? Bersyukur kita kerana Negaraku Malaysia mempunyai senarai tempat percutian yang menarik untuk dikunjungi.
Bagi yang masih memikirkan lokasi percutian yang menarik dan menenangkan, apa kata anda berkunjung ke negeri kelahiran dan tempat Sha membesar iaitu Negeri Terengganu. Negeri Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang terletak di sebelah pantai timur selain negeri Pahang dan juga Kelantan. Menitikberatkan kebudayaan dan kesenian, negeri ini sememangnya menawarkan pengalaman percutian yang tepat bagi mereka yang ingin melihat dan merasai sendiri gaya hidup masyarakat yang cukup harmoni. Selain itu, negeri ini juga kaya dengan pelbagai destinasi percutian dan lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Bagi mereka yang ingin merasa pengalaman mencuba pelbagai makanan tradisional, anda boleh berkunjung ke gerai keropok yang merupakan ‘signature dish’ di sini. Sha berani jamin korang akan merasai kelainan dengan juadah negeri dan tertib orang sana. Tambahan lagi, negeri ini turut menawarkan banyak pulau-pulau yang indah seperti Pulau Bidong, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan banyak lagi.
Ok kat sini, Sha nak share sebuah lokasi hidden treasure kat Terengganu ni. Pasti korang jarang dengar pasal Tanjong Jara kan? Haaa, Tanjong Jara ni merupakan sebuah kawasan pesisir pantai yang terletak di daerah Dungun yang menawarkan percutian tepi pantai yang mendamaikan dan menenangkan kepada para pengunjung yang melawat ke sini. Jadi, bagi mereka yang nak bersantai di tepi pantai, Tanjong Jara adalah lokasi yang sememangnya sesuai bagi anda.
Apabila anda berkunjung kesini, pasti anda risau tentang penginapan bukan? Jangan risau kerana traveloka ada penyelesaiannya. Layari traveloka.com untuk mendapatkan pelbagai informasi tentang hotel-hotel menarik di sekitar kawasan ini. Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi sebuah penginapan yang cukup best di sini iaitu Tanjong Jara Resort. Resort ini merupakan sebuah resort eksklusif, sesuai untuk mereka yang ingin bercuti dalam suasana mewah dan penuh privasi di pesisir pantai Tanjong Jara. Dengan mengekalkan reka bentuk tradisional diinspirasikan dari istana Melayu abad ke-17, resort ini disulami dengan sentuhan moden dan mewah yang cukup memukau. Tidak hairanlah rekaan resort ini pernah memenangi anugerah berprestij iaitu Aga Khan Award for Architecture. Bagi mereka yang menjejakkan kaki ke sini, Sha pasti korang akan terpegun.

Tanjong Jara Resort menawarkan enam pilihan bilik untuk dipilih oleh para tetamu. Bilik-bilik tersebut dinamakan bumbung room, bumbung sea view room, serambi room, serambi sea view room, anjung room dan anjung seafront room. Apa yang membezakan bilik-bilik ini adalah keluasan, reka bentuk, pemandangan yang ditawarkan serta kemudahan asas. Kalau korang ke sini, korang bilih memilih samada untuk menikmati pemandangan Laut China Selatan yang menyegarkan ataupun pemandangan taman berlandskap yang mandamaikan. Kesemua bilik-bilik mewah ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti meja menulis, peti keselamatan, beranda, mini bar dan banyak lagi. Satu lagi yang best pasal resort ni adalah keluasan bilik airnya yang dilengkapi bath tub yang cukup besar. Jadi, bolehlah korang berendam lama-lama kat dalam tu.  Dan apa yang paling penting pastinya kemudahan wifi. Resort ini menawarkan kemudahan wifi kepada para pengunjung untuk memastikan anda kekal berhubung. So, boleh la korang upload gambar percutian korang yang meletup tu kat social media.
Jom tengok bilik yang ada...kalau tak tertarik tak tahulah nak kata apa..

Anjung Room

Anjung Seafront Room

Serambi Room

Serambi Sea View Room

Bumbung Sea View Room

Bumbung Room
Pengalaman menjamu selera di resort ini juga amat menarik. Resort ini menawarkan empat pilihan restoran dan tempat makan menarik. Pertama ialah Restoran Di Atas Sungei yang terletak di kawasan yang dibina di atas sungai yang mengalir ke kawasan laut. Kawasan ini memang cantik dan akan memukau sesiapa saja yang berkunjung ke sana. Restoran ini menawarkan pilihan makanan asli Malaysia untuk sarapan dan makan malam.  Restoran kedua pula adalah Restoran Nelayan yang diinspirasikan dari sebuah restoran terkenal iaitu Fisherman’s Cove. Menawarkan pelbagai pilihan makanan asia dan barat untuk sarapan dan makan malam, restoran ini adalah pilihan tepat bagi mereka yang ingin merasa air tangan chef terkenal iaitu Chef Wai. Ketiga, terdapat juga restoran yang dinamakan teratai terrace. Restoran ini menawarkan hidangan makanan panggang dan nasi untuk makan tengahari, koktel untuk minum petang dan makan malam Disini, anda berpeluang untuk menikmati makanan sambal ditemani tayangan filem  di skrin besar. Akhir sekali, hotel ini turut menawarkan ‘private dining experiences’. Wahhh...anda semua mesti sedang berangan kan suasana romantika gitu. Bagi korang yang inginkan pengalaman romantik menjamu selera bersama yang tersayang, anda boleh memilih beberapa pakej yang disediakan pihak resort ini.
Jadi, mana satu yang anda ingin cuba? Jom tengok sedikit gambaran pilihan restoran dan tempat makan yang ada di sini. 
Di Atas Sungei

Nelayan
Teratai Terrace
Private Dining Experiences
 Korang jangan kata korang tak tertarik, tak tertawan dengan Tanjong Jara Resort ni selepas tengok gambar-gambar di atas. Nyamannn....
Secara keseluruhannya, pengalaman percutian di Tanjong Jara Resort ini pastinya tidak patut anda lepaskan. Jadi tunggu apa lagi, dapatkan package deal on Tanjong Jara Resort menerusi Traveloka.com hari ini juga! Jom pujuk orang tersayang menikmati saat yang nyaman di sana.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016 (APC) | Alhamdulillah rezeki Sha tahun ini bermula dengan baik. Pada 2 minggu lepas mendapat jemputan menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016 pada 18 April 2017 (Selasa) yang diadakan di Ibu Pejabat Agensi.

Amat bersyukur dalam 9 tahun perkhidmatan akhirnya ada juga rezeki Sha merasa mendapat APC. Perkiraan Sha rezeki sekeluarga ini adalah kerana ada satu tempoh tahun 2016 Sha menanggung kerja kawan sepejabat. Walaupun pekerjaan sha dalam tempoh 5 tahun ini tidak terlalu berat seperti 3 tahun awal berkhidmat dahulu Sha anggap ini adalah penilaian sepanjang perkhidmatan tidak hanya untuk 2016.
 
Alhamdulillah...Syukur...Terima Kasih kepada penilai terlibat iaitu Ketua Unit & Ketua Pegawai.

 

Memandangkan Sha tak ada geng satu pejabat yang lain yang ada hanya lelaki jadi Sha menumpang kasih kawan-kawan pejabat lama yang memang tak cukup masa untuk bersembang bersama mereka. Yusri adalah kawan satu batch dengan Sha iaitu penganbilan 14 Ogos 2008 dan masih berkhidmat di pejabat sama. Abang Riza adalah senior dan Puan Normayati adalah Ketua Pegawai terbaru pejabat lama Sha sekarang yang mana dahulu Sha kenali beliau semasa beliau bertugas di cawangan negeri.

Sembang-sembang dengan mereka sebelum masing-masing pulang ke tempat masing-masing.

 
Kawan seangkatan 14 Ogos 2008 juga dari cawangan Terengganu.

 
Kawan baru kenal satu meja semasa raptai majlis pada 17 April 2017 dari Cawangan Negeri Sembilan.

 
Kawan seangakatan 14 Ogos 2008 dari Cawangan Tanah Merah Kelantan. memang tahu dia akan hadir jadi memang Sha nak jumpa dia.

 
Persembahan Koir daripada Kumpulan Nada Harmoni Ibu Pejabat. Memang menghiburkan persembahan mereka.

 
Seperti biasa selepas habis penyampaian Sijil Anugerah kami dihidangkan dengan hidangan yang sedap menjamu selera sebelum pulang ke tempat masing-masing. Semasa menikmati juadah kami dihiburkan oleh penyanyi Farah AF...breep2....

Sha disusun satu meja 7 orang, 4 orang daripada negeri Perak tetapi Sha kenal 2 orang sahaja...huhuhu...3 orang lagi daripada Negeri Sembilan yang sangat sempoi orang.

Tamat sahaja majlis, bergambar kami terus bergerak balik ke Perak dan sampai ke rumah sebelum maghrib.

PENCARIAN DROPSHIP SILERA CHIA SEED

PENCARIAN DROPSHIP SILERA CHIA SEED | Kepada sesiapa yang berminat untuk menambah pendapatan dengan menjadi dropship SILERA CHIA SEED boleh menghubungi Sha melalui whatapps 017-9154696.


Seperti biasa, sistem dropship adalah :

๐Ÿ˜ƒ Anda tidak perlu memegang stok produk.
๐Ÿ˜ƒ Pos akan diuruskan oleh Sha sendiri.
๐Ÿ˜ƒ Jika pelanggan berada dikawasan Sha iaitu Seri Iskandar & Batu Gajah,Perak Sha sendiri akan COD.
๐Ÿ˜ƒ Kelas marketing yang akan diadakan hq adalah secara percuma.
๐Ÿ˜ƒ Bimbingan dan perkongsian maklumat secara whatapps bersama hq, senior dan rakan-rakan.

Kenapa anda perlu mengambil peluang ini?

๐Ÿ˜‰Keuntungan adalah sebanyak RM 6 setiap 1 botol yang berjaya dijual
๐Ÿ˜‰Peluang mendapat reward.
๐Ÿ˜‰Produk Halal dan organik.





Jom tambah pendapatan bagi sedang mencari peluang perniagaan dan capai target masing-masing. InsyaAllah sambil berniaga sambil membantu orang ramai mengamalkan pemakanan yang baik dan sihat.

Dengan pendaftaran hanya sebanyak RM 25 sebagai tanda komitmen anda untuk bersama-sama mencari rezeki dan peluang.

InsyaAllah.

RESEPI SOLOK LADA

RESEPI SOLOK LADA | Assalamualaikum, petang ini tak ada idea sangat nak bercerita jadi Sha nak kongsi resepi Solok Lada. Solok lada ini biasanya adalah menu pelengkap kepada Nasi Kerabu. Sha kalau ada ni memang bertambah la nasi jawabnya.


BAHAN-BAHAN :

Cili Hijau dibersihkan dan dibelah panjang.
Isi Ikan rebus
Kelapa parut
Bawang Merah
Lada Hitam
Santan
Garam/perasa

CARA-CARA :

Tumbuk bawang merah , lada hitam, kelapa parut dan isi ikan rebus. Perasakan dengan garam. Sebatikan semua kemudian sumbat ke dalam cili hijau yang telah dibelah panjang.

Sebelum susun cili siap disumbat tadi, Sha ikut cara Mak Sha susun kacang panjang terlebih dahulu dibahagian bawah dalam periuk kemudian barulah susun cili sumbat tadi. Curahkan santan disekeliling cili jangan sampai tenggelam nanti solok akan lembik. Tutup periuk untuk memastikan solok lada masak sepenuhnya.



Jeng-jeng ......... agak-agak semua dah masak boleh tutup api. Haa...kacang panjang yang menjadi tapak masakan tadi jangan dibuang, sedap juga dimakan bersama. Lemak-lemak gitu...fuhhh...

Selamat Mencuba yea...
Terima Kasih.

LAYAN THE BOSS BABY BERSAMA KELUARGA

SABTU BERSAMA KELUARGA | Jika sebelum ini Sha dan keluarga ke Kuala Lumpur 1 hari, sabtu 8.4.2017 yang lepas En.Suami bawak Sha dan anak-anak menonton The Boss Baby. Perancangan awalnya nak tengok Smurf tapi ditukarkan kepada The Boss Baby memandangkan bawa Adik Fathia sekali kena pilih yang lebih menarik.

Ini adalah pengalaman kedua bawa Adik Fathia menonton wayang selepas Filem Zootopia kalau tidak silap.

Nasib baiklah suasana dalam panggung wayang memang orang duk gelak-gelak juga jadi tak nampak sangatlah Adik Fathia tak duduk diam..huhuhu..
Boleh pulak dalam orang duk menonton tu dia duk tidur atas lantai laaa, lepas tu dengar dia duk selawat mengulit anak patung kecik yang dia bawak dari rumah. Adik,,,adik...lepas tu gelak-gelak dalam gelap.

Abang? Dapat pop corn terus senyap sambil gelak-gelak tengok bontot The Boss Baby tuu. Sebelum pergi menonton wayang kami ke kedai gunting rambut terlebih dahulu bagi setel rambut ibu dan rambut Abang Zaryth yang dah beberapa bulan tak dikemaskini...ahahahaha..

 

Selfie dengan anak-anak sambil tunggu ayah mereka bagi setel urusannya sebelum masuk panggung wayang.



Abang Zaryth cakap seronok cerita The Boss Baby ni tu yang dia boleh gelak. Satu kotak pop corn pun habis dimakan dia tanpa bagi kat ayah dia..ahaha...maklumlah kerusi jauh dah tu tak nak pulak duduk dengan ayah dia..nak duduk sebelah ibu juga.

Walaupun ceritanya macam tak munasabah, baby ke rumah masing-masing naik teksi...dan dibahagikan oleh mesin-mesin..tapi tetap ada nilai kasih sayang.

Love u alls sayang-sayang.

AKTIVITI SABTU 1 APRIL 2017

AKTIVITI SABTU 1 APRIL 2017 | Jumaat yang lepas tak ada keputusan pun nak pergi jalan mana, nak buat apa pada hari minggu. Memang dah seminggu suami duk sebut nak pergi IKEA tapi benda dia nak dah pun ditempah kat tempat lain jadi macam nak pergi ke tak nak nak pergi ke tak nak...Akhirnya tertidur macam tu je..tanpa keputusan.

Jam 5.30 alarm Sha berbunyi, en.suami cakap bangunlah mandi..Owwhhh...jadi pergi Kuala Lumpur rupanya. Tanpa banyak soal Sha bangun bersiap dan siapkan anak-anak dalam pukul 6 kami sudah keluar rumah menghala ke Kuala Lumpur.

9.30 pagi waktu IKEA buka kami sudah terpacak kat sana,huhuhu...kami ke IKEA Damansara sahaja. Sarapan pun dalam tu je lepas tu terus ke showroom dan mencuci mata. Tak banyak barang yang kami beli, lebih kepada cuci mata dan mengambil idea dekorasi di sana.

Selepas selesai membeli belah Sha dan keluarga ke Suria KLCC. Percaya tak Sha kali pertama jejak sini?Ahahaha...Akhirnya sampai jugak Sha sini walaupun datang pusing-pusing dan tengok gelagat orang - orang seberang.

Sha dan keluarga

Sha bersama Abang Zaryth & Adik Fathia

En.Suami bersama Abang Zaryth & Adik Thia


Dalam pukul 9.00 malam kami dah sampai ke Perak. Anak-anak dah tidur ibu ayah je berhenti makan dekat rumah . Alhamdulillah selamat perjalanan pergi balik 1 hari ke Kuala Lumpur. Kesian kat En.Suami sakit lutut betis sebab dalam perjalanan ada kemalangan antara Tapah ke Gopeng lama juga kami terperangkap dalam kesesakan malam itu.

Alhamdulillah seronok dapat jalan-jalan sekali sekale dah lama tak buat aktiviti tetiba macam ni. Anak-anak pun seronok dapat jalan, tidur pun tak sedar apa dah sebab kepenatan.

Sekian cerita kami sekeluarga di hari cuti.

I LOVE BLOGGING WITH SIS HAWA & HER SPONSORS

I LOVE BLOGGING WITH SIS HAWA & HER SPONSORS | Sebenarnya lama dah tak join giveaway atau segemn yang dianjuran rakan-rakan blogger ni. Tapi pada hari ini Sha ambil peluang untuk memeriahkan giveaway daripada Blogger Awa ni, semoga Awa dan para sponsors yang lain dilimpahi selalu.

http://sishawa.blogspot.my/2017/03/i-love-blogging-with-sis-hawa-her.html


Tapi sebelum itu, kena penuhkan task yang diberi dahulu. Alhamdulillah tidak terlalu berat untuk dilaksanakan.

๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€  Apakah yang menyebabkan anda berasa seronok untuk terus menulis blog?

Ok, pada asalnya Sha berblog ini hanya kerana mengikut kenalan alam maya zaman MIRC dulu. Dia pandai bermadah dan sekarang punya buku sendiri. TAPI Sha tak ada bakat macam dia..hihi..
Jadi, Sha tukarkan blog ini sebagai blog peribadi sahaja, dan ia sangat berguna kerana bila dipusing balik banyak kenangan yang Sha dah kongsi disini yang Sha sendiri sudah lupa kejadiannya tetapi blog ini mengingatkan kembali tentang kenangan itu. Disamping itu, moga apa perkongsian yang baik itu menjadi saham kita dunia akhirat. Tidak lupa juga, Sha mendapat rezeki sampingan bersama BLOG...Dengan menulis blog juga Sha dapat kenal kawan baru sama juga dengan pemilik giveaway ini..Selamat Berkenalan Awa..Walaupun tidak selalu ada idea, tetapi janganlah tutup acc blog..mungkin satu masa korang akan aktif balik...hihih...

Sekian, maaf panjang lebar pulak jawapan.

Apalagi...KLIK BANNER DI ATAS!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...