Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SHOES TERBAIK PILIHAN KAUM LELAKI


SHOES TERBAIK PILIHAN KAUM LELAKI | Hai, hari ini kita nak berkongsi tentang pilihan kasut lelaki. Apa jenis kasut yang anda telah miliki? Pernah lihat apa jenis kasut lelaki sekeliling anda pakai? Jika mereka gemar membeli-belah, anda mungkin pernah melihat mereka memilih untuk  memakai kasut yang berbeza untuk majlis-majlis yang berbeza. Mungkin dia betul atau mungkin juga tidak. Jangan biarkan orang lelaki berhabisan terlalu banyak pada kasutnya dan mungkin berbelanja lebih pada kasut kita..ehehehe ... Gurau je! Sebenarnya, kita boleh berjimat,tidak perlu mempunyai terlalu banyak kasut hanya dengan mengetahui apa kasut yang paling versatile dan boleh dipakai kemana sahaja. Hari ini mari kita cuba bantu orang lelaki tahu apa yang terbaik tentang mens shoes.

1. Oxfords, Brogues, Loafers



Ketiga-tiga jenis kasut ini adalah di bawah satu kategori kerana mereka boleh digunakan untuk kedua-dua tujuan formal dan tidak formal. Walau bagaimanapun, kebanyakannya digunakan untuk acara-acara rasmi. Loafers sebenarnya kasual tetapi jika anda membeli yang jenis kulit tiruan, ia boleh digunakan untuk acara-acara formal dan bekerja. Nombor 1 dalam senarai ini adalah untuk ke tempat kerja dan acara-acara rasmi jadi sama ada salah satu daripadanya adalah mencukupi.

2. Boat Shoes, Slip Ons



Untuk 2 jenis kasut ini, kaum lelaki memerlukannya untuk pemakaian harian apabila mereka tidak berada di tempat kerja dan mahu kelihatan elok tetapi tidak terlalu formal pada waktu makan tengah hari atau apabila keluar bersama ahli keluarga. 2 jenis kasut ini adalah pilihan terbaik untuk lelaki yang suka kelihatan kasual tetapi berkilau. Kebanyakannya kasut jenis ini diperbuat daripada kanvas atau kulit tiruan, material adalah bergantung kepada apa yang seseorang lelaki itu suka.

3. Sandals, slides

 
Sebenarnya ianya bukan kasut tetapi ia sejenis kasut tidak bertutup. Jenis ini adalah sesuai untuk hari-hari di mana kaum lelaki tidak mahu berasa lemas dengan kasut bertutup. Jika seseorang lelaki itu jenis yang berpeluh banyak, mereka mungkin lebih suka sandal atau slaid berbanding kasut jadi ini adalah beberapa pilihan yang baik untuk dipertimbangkan apabila ingin cadangkan kepada mereka apa jenis kasut yang baik untuk mereka miliki. Sandal atau slaid ini sesuai untuk dipakai ke pantai atau pergi ke pasar basah atau hanya pada hari di mana mereka ingin tampil santai.

Jika ada mana-mana lelaki merancang untuk membeli kasut yang pelbagai guna dan mesti mereka miliki untuk kegunaan mereka? Kongsi cadangan anda!

Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. AAH..kalau nk jalan pakai tinggi memg x la..hihi,,nk2 org pmpuan nii

      Delete
  2. kadang kadang ssah nak pilih kan....pling senang sport shoes...

    PS : maaf yea, rietta tag untuk support kawan kawan...

    http://hati-dan-bicaranya.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah...simple dan selesa...ok tq tag..nnti kite join

      Delete
  3. jadikan hadiah bufday bagus jugak ni. setiap kali mereka pakai, kita dapat pahala. wah mudahnya kan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi