REVIEW FILEM LION

LION

REVIEW FILEM LION | Semalam ahad (26 Feb 2017) Sha dan keluarga hanya meluangkan masa menonton filem bersama-sama di rumah untuk mengisi masa hujung minggu memandangkan kami tidak keluar ke mana-mana. Terima kasih kepada blogger AidysReviews kerana sudi berkongsi serba sedikit tentang cerita berdasarkan kisah benar ini.

Kisah Benar : Lion

SINOPSIS FILEM LION

Filem ini adalah adaptasi daripada buku "A Long Way Home " hasil tulisan Saroo Brierley. Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak berusia lima tahun bernama Saroo yang secara tidak sengaja salah menaiki keretapi yamg membawanya beribu batu jauh dari rumah dan keluarganya. Tidak jumpa jalan pulang, Saroo menghadapi pelbagai cabaran dalam kebingungan dan ketakutan akhirnya diambil menjadi anak angkat oleh sebuah keluarga di Australia ketika dalam jagaan sebuah pusat asuhan. 25 tahun kemudian, Saroo menggunakan teknologi Google Earth dalam usaha mencari keluarga sebenarnya.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 25 November 2016
Genre: Drama
Durasi: 2 Jam 10 Minit
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Dev Patel, Nicole Kidman, Rooney Mara, David Wenham, Nawazuddin Siddiqui
Pengarah: Garth Davis

Menerusi filem ini Sha amat kagum dengan pelakon cilik Sunny Pawar yang telah berjaya membawa watak Saroo semasa kecil,sungguh berbakat. Dalam pada itu kita dapat melihat kehidupan sebenar di sebuah perkampungan di India Utara.

Sekian, terima kasih.

TIPS WARNA DAPUR SEMPIT

TIPS WARNA DAPUR SEMPIT


TIPS WARNA DAPUR SEMPIT | Teringat pula masa mula-mula Sha pindah rumah sendiri dulu. Memilih warna mengikut ruang adalah salah satu perkara yang perlu difikirkan pada masa itu memandangkan Sha suami isteri sepakat untuk mewarnakan setiap ruang dengan warna yang berlainan. Untuk ruang dapur Sha memilih warna merah jambu, huhuhu..lembut sangat kan. Pada Sha ruang dapur yang ada tidaklah terlalu sempit seperti di rumah sewa dahulu Alhamdulillah selesa untuk menyediakan juadah untuk suami dan anak-anak.

Wow!! Warna kegemaran Sha...sangat menarik.



ANDA PERLU TITIKBERATKAN


1. Elakkan memilih warna gelap dan kelam yang tidak menggambarkan keceriaan. Mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada orang yang menggunakan dapur.

2. Warna yang mampu menceriakan ruang dapur adalah warna yang cerah dan tona warnanya yang boleh menimbulkan keluasan ruang dapur yang sedia sempit.

3. Awas, warna cerah juga boleh menyebabkan ruang dapur sempit akan cepat kotor. kenalpasti ruang yang boleh cepat kotor seperti ruang dapur memasak.

4. Perlu pandai membuat kombinasi warna yang sesuai pada dinding, kabinet dan meja kerja harus dibuat dengan bijak bagi melahirkan adunan warna yang menarik.

5. Pencahayaan juga memainkan peranan dalam memberi kesan kepada keluasan dapur iaitu dari segi lampu dan pencahayaan semula jadi seperti tingkap.

Siapa suka deko?Angkat tangan!!Sha tak kreatif orangnya...huhuhuu...

Semoga dapat membantu pada yang memerlukan.

UBATI STRESS DENGAN TERAPI WARNA

UBATI STRESS DENGAN TERAPI WARNA | Assalamualaikum semua. Haa..hari ini Sha nak cakap stress, tipulah dalam satu hari kita tak ada langsung stress kan. Memang dalam kehidupan normal stress atau tekanan ini tidak dapat dielakkan cuma yang ada bagaimanakah kita menghindari stress dan menyelesaikan masalah yang menyebabkan stress.
Pelbagai cara yang kita boleh buat apabila STRESS seperti bercuti, melancong, meronda-ronda pusing kampung, buat aktiviti yang menenangkan, tidur atau sebagainya. Di sini Sha ingin berkongsi satu cara yang menjimatkan dan unik iaitu terapi melalui warna. Mengikut ilmuan dari Thomas Jefferson, University Philadelphia, terapi warna dapat menyingkirkan tekanan. Selain itu terapi warna juga dikatakan dapat mengubati rasa mengantuk dan nafsu makan yang tidak terkawal.

UNGU VIOLET
Menenangkan susunan saraf, otot dan menyembuhkan tekanan. Menurut National Center For health and Wellness, warna ungu violet dapat mengubati bahagian badan yang mengalami tekanan.

JINGGA
 Warna yang dapat memperbaiki mood dan tumpuan. Selain itu warna jingga dapat menenangkan perasaan takut dan cemas. Patutlah Kak Ana Jingga kita pilih warna jingga yea...

INDIGO
Membantu mengatasi rasa cemas dan tekanan.

BIRU
 Warna biru boleh memberi kedamaian. jika anda mengalami gangguan tidur,cubalah tukar warna dinding bilik tidur dengan warna biru untuk mengatasinya..cubalahh..😊😊

JANGAN PILIH!


KELABU


Comelnya dia niiii...tahukah anda kelabu ada kaitan dengan perasaan hati. Seseorang yang dilanda kesedihan atau dispresi cenderung untuk memilih warna kelabu berbanding warna cerah.


Ok apa kata selepas ini kalau stress cari sesuatu yang berwarna yang bersesuaian macam diatas tuuu...kecuali kelabuu dan cuba tenangkan diri sendiri yea.Stress adalah sesuatu yang tidak seronok tau tak?? Tak leh berfikir dengan betul dan cenderung mengikut emosi.

Terima Kasih.

KOD KAD PENGENALAN IKUT NEGERI

KOD KAD PENGENALAN IKUT NEGERI | Tadi semasa kawan Sha buat kerja masukkan data klien dia ada tanya kod 46 lahir negeri mana ya, Sha jawab Terengganu. Mestilah tahu tu kod kelahiran negeri Sha kan...huhuhu..walaupun kod kad pengenalan Sha nombor 11 tapi kawan baik Sha nombor 46.
Ok sebagai rujukan masa akan datang Sha nak kongsi kat sini kod kad pengenalan yang digunapakai oleh Jabatan Pendaftran Negara mengikut negeri-negeri yang ada di Malaysia.


MSC Malaysia mencipta inovasi negara bagi meningkatkan kualiti dan gaya hidup melalui kecanggihan teknologi Kad Pintar Kerajaan atau dikenali sebagai MyKad.
MyKad mempunyai aplikasi yang dapat diakses dengan pantas dan selamat untuk menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan.
Ciri keselamatan termasuklah pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem operasi pelbagai lapisan dengan ‘firewall’ serta landasan cip yang selamat. MyKad menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri. Biometrik yang digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri.

INFO : Web Jabatan Pendaftaran Negara.

PENCEGAHAN DADAH BERMULA DI RUMAH

PENCEGAHAN DADAH BERMULA DI RUMAH | Pertama sekali Sha ingin mengucapkan Selamat Hari Antidadah yang disambut setiap 19 Februari setiap tahun oleh Warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Hari ini seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan di seluruh negara mendengar amanat daripada Ketua Pengarah AADK Malaysia iaitu Ybhg Dato' Dr Abd Halim Bin Mohd Hussin. Pada tahun 2017 ini Ketua Pengarah menekankan tentang kesedaran dan pencegahan adalah bermula daripada rumah iaitu peranan ibu-bapa.
Dalam mendidik anak-anak supaya bebas daripada dadah, keperihatinan, pengetahuan dan sikap ibu bapa terhadap penyalahgunaan dadah sendiri adalah penting untuk mengelakkan dan menjadi benteng supaya anak tidak mendekati najis dadah.

# Tahniah kepada Kelab Blogger Ben Ashaari kerana menerima anugerah penghargaan daripada pihak AADK.


ANAK-ANAK TIDAK AKAN TERDEDAH KEPADA NAJIS DADAH JIKA :

Hubungan keluarga yang rapat dan perhatian yang cukup daripada ibu bapa kepada anak-anak.

Saling percaya antara ibu bapa dengan anak-anak.

Membesar dalam keadaan keluarga yang bebas dadah.

Sokongan daripada keluarga yang sentiasa menyokong sesama ahli keluarga dan tidak memberi peluang kepada salahguna dadah.

Anak-anak tidak dibiarkan bergaul dengan rakan-rakan yang menggunakan dadah.

INSYAALLAH SEMOGA KELUARGA KITA BEBAS DARIPADA DADAH.

SUP UTARA DI SERI ISKANDAR PERAK

SUP UTARA DI SERI ISKANDAR PERAK | Assalamualaikum, selamat membaca semuanya. Petang ini Sha ingin berkongsi satu tempat makan di sekitar Seri Iskandar Perak ini. Sebenarnya kebelakangan ini Sha banyak dengar cerita daripada rakan sekerja sahaja tentang tempat makan ini, akhirnya hari ini 15.02.2017 Sha dan kawan sekerja (Hani) berkesempatan untuk mencuba menu yang pastinya sangat menjadi kegilaan bagi peminat sup macam Sha terutamanya sup utara kedah ini.


 
Kedai ini terletak berhampiran pejabat Hua Yang Seri Iskandar di bulatan Tesco Seri Iskandar. Kedainya agak ke belakang dan tidak banyak kedai sebarisan dengan kedai Pak Non Bihun Sup Utara ini. Landmark lain adalah kedai alatulis Pustaka Chew Seri Iskandar tapi barisan paling belakang lagi baru jumpa.

 
Suasana kedai yang bersih dan tersusun.Tak ramai orang mungkin waktu rehat dah hampir habis dan juga kehadiran kedai ini belum diketahui ramai.

 
Menu yang ada adalah terdiri daripada menu yang menjadi kebiasaan dikedai-kedai lain. Persembahan dan lauk-lauk tambahan yang ada membezakan kedai ini dengan kedai-kedai lain yang ada disekitar Seri Iskandar Perak ini. 

Antara menu yang ada :

Nasi Ayam
Nasi Ayam Special
Nasi Ayam Extra
Bihun Sup
Bihun Sup Special
Bihun Sup Ayam
Bihun Sup Extra

Untuk pengenalan pertama di kedai makan Pak Non Bihun Sup Utara ini, Sha memilih untuk mencuba Bihun Sup Special. Apa yang special tu? Haaa... lainnya ada tambahan perut lembu kat dalam sup ini. Sememangnya Sha adalah penggemar perut, jadi cuba yang ini dulu yeaa...

Sha amat berpuas hati dengan rasa dan harganya. Tetapi mungkin tidak akan digemari oleh sesetengah orang kerana supnya yang manis. Sha OK je, memang akan ulang makan nanti.

Lauknya memang banyak, puas hati. Biasanya beli tempat lain lauk habis dulu daripada bihun, nah bihun dah tinggal seurat dua daging dan perut masih boleh diratah. Memang suka betul Sha...hihihi..

Ok, warga Seri Iskandar kalau ada yang sedang cari Bihun Sup Utara boleh cuba di sini okeh.

CHIA SEED AMAT BAGUS UNTUK PESAKIT DIABETES

CHIA SEED AMAT BAGUS UNTUK PESAKIT DIABETES | Chia seed dapat mengawal kandungan gula dalam darah. Apa itu Silera Chia Seed ? Anda boleh tengok sini----> KENALI SILERA CHIA SEED


Salah satu kebaikan Silera Chia Seed adalah untuk pesakit kencing manis. Chia seed telah dikaji oleh pakar perubatan sebagai rawatan semula jadi oleh pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya untuk melambatkan penukaran karbohidrat menjadi gula atau penghadaman. Jadi, kadar gula tidak akan melambung tinggi dalam darah. Chia seed juga membantu mengurangkan resistensi insulin dalam darah.Sebagaimana yang diketahui , insulin adalah penting untuk mengawal gula dalam darah.

SILERA CHIA SEED adalah sesuatu yang harus anda miliki jika anda ingin mengatasi penyakit diabetes anda atau ahli keluarga yang menghadapinya.

Ibu Sha sendiri Sha bekalkan Silera Chia Seed ini, Alhamdulillah bacaan awal 21 turun ke 15 baru-baru ini. Alhamdulillah.

JOM TENGOK TESTIMONI





Alhamdulillah mereka sudah mencuba dan berikhtiar. Sayangi keluarga dan jom berikhtiar bersama Silera Chia Seed dan pantau perubahan hasil amalan chia seed ini.

Jika ingin tahu lagi sila hubungi :


Jangan segan tauu...
SMS @ Whatapps "Silera" ke 0179154696
Harga hanya RM 33.00
COD : Seri Iskandar, Batu Gajah, Station 18 PERAK

Nak cuba berniaga..nak jadi dropship ke nak jadi agen pun boleh tau!!

Postage Seluruh Malaysia : RM 8

JOM CUBA!

JAGA KUKU KITA

JAGA KUKU KITA | Tak dapat dinafikan kuku adalah salah satu aset penting pada tubuh seseorang. Kuku ibarat gambaran awal tentang kebersihan diri sesorang dan sekali gus menjejaskan penampilan individu. Paling penting ia juga boleh menjadi punca penyakit seperti keracunan makanan. Oleh itu kuku perlu dirawat dengan baik supaya bersih dan cantik. Pengalaman sendiri bila tidak memotong kuku adalah amat mengganggu kegiatan seharian.


MASALAH-MASALAH YANG BIASA DIHADAPI.

1. KUKU KERING

Mungkin disebabkan kekurangan vitamin A,kalsium dan zat besi atau mungkin kerap berendam di dalam air. Sila perbanyakkan makanan yang mengandungi vitamin A,kalsium dan zat besi. Selain itu, rajin-rajinkan diri urut kuku dan jari dengan menggunakan krim pelembap atau minyak zaitun.

2. HALUS & LEMAH

Biasa terjadi kerana keturunan atau kerap guna pembersih kuku yang mengandungi bahan yang merosakkan kuku. Sila ambil makanan yang menagndungi kadar protein, kalsium dan zat besi yang tinggi.

3. MUDAH TERKOYAK.

Masalah kuturunan atau masalah kekurangan Vitamin B. Sila ambil makanan yang mengandungi Vitamin B.

4. TEBAL & KERAS

Kuku kaki macam ni sila pakai kasut saiz sendiri.

5. BERBINTIK  PUTIH

Terdapat udara pada dasar kuku anda. Makin panjang kuku anda bintik putih itu akan hilang, perasan tak?? jangan risau, itu bukan penyakit dan tak perlu risau.

ANTARA MAKANAN SIHAT UNTUK KUKU

Ikan Salmon
Telur
Kekacang
Oat
Biji bunga matahari
Kacang hijau.

Jom jaga kuku kita!!

PERLU ILMU KEIBUBAPAAN

PERLU ILMU KEIBUBAPAAN | Sebenarnya tak ada idea sangat sejak kebelakangan ini nak buat entry apa. Jadi Sha nak catat sedikit nota untuk Abang Zaryth baca nanti. Sebelum ini Sha dan suami ada bercadang untuk menukarkan Abang Zaryth ke tadika lain. Tapi akhirnya kami buat keputusan untuk melihat dulu perkembangan Abang Zaryth jika ada perkembangan yang positif kami akan tukar tempat belajar dia pada tahun hadapan. Alhamdulillah, mungkin kerana terlalu baru Abang Zaryth tak dapat sesuaikan diri dengan tadika walaupun dia tak ada masalah untuk duduk di situ.

 Abang Zaryth dan kawan-kawan belajar ambil wuduk.

Sha pun masih belajar dalam menjaga dan mendidik anak. Sha pun perlu berubah, bukan setakat menasihati tapi perlu bersama dengan dia juga bagi menyokong perkembangan pembelajaran dia. Seronok rasanya sekarang apabila balik sekolah dia ada bercerita berbanding awal-awal masuk ke tadika dulu. Balik sekolah ajar ibu apa yang dia belajar di tadika seperti cara-cara ambil wuduk.😄😄

Meletakkan diri sendiri sebagai ibu yang tidak pernah terlambat mengajar anak amat-amat membantu Sha memotivasi diri. Sha cuba ubah pendekatan dan Sha nampak akan perubahan. Ahhh...masih kurang ilmu keibubapa dalam diri ini. Tapi Sha tak boleh terus menyalahkan diri sendiri dan perlu berubah jika mahu hasil yang baik.😌

Semoga ada peluang untuk diri mengubah diri ini dalam mendidik anak-anak. Kehadiran anak-anak amat mengubah hidup Sha dan rasanya semua ibu juga merasainya. Ada betulnya orang kata anak-anak adalah cerminan diri kita sendiri.

Alhamdulillah. Nampaknya tahun depan baru tukar sekolah Abang Zaryth, anak sulong manja ibu nii. InsyaAllah, Ibu dan ayah akan sama-sama didik Abang Zaryth & Adik Fathia seelok-eloknya.

Bulan depan ada kursus keibubapaan, macam menarik je kalau dapat sertai. Tajuk-tajuknya sangat sesuai untuk ibu-bapa baru, dengan anak-anak yang sedang membesar. Semoga ada peluang lah nak masuk kursus tu.

Kadang-kadang Sha ni sebagai manusia perlu juga kena suap dengan motivasi, kadang lupa ada juga belum tahu!!😢😢

JOM LEPAK D'MUARA KAMPUNG NELAYAN TANJUNG PIANDANG

JOM LEPAK D'MUARA KAMPUNG NELAYAN TANJUNG PIANDANG | Begitulah nama tempat ini. Dalam perjalanan balik daripada kedah baru-baru ini ketika pulang bercuti di rumah kakak ipar Sha sempena cuti Tahun Baru Cina Sha sempat singgah di sini untuk mencuba menu yang amat menarik perhatian suami Sha selepas seorang rakan sekerja berkongsi di laman facebooknya. Lokasinya yang agak ke dalam tambah pula Sha tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan ini membuatkan kami sedikit tersesat tetapi akhirnya pukul 5 petang kami dah order menu pilihan.

Kedainya hanya ditepi jalan.

 Terletak sesuai dengan  nama kedainya D'Muara, memang di muara yang menjadi tempat bot-bot kecil nelayan berlabuh.

 Makan sambil menikmati pemandangan tenang dan angin sepoi-sepoi bahasa.

Sebenarnya perut Sha tak berapa OK pada hari itu, baru lepas mengalami cirit birit dan muntah-muntah jadi tak berapa selera. Terliur dengan orang meja sebelah makan Maggi Double Special jadi Sha memilih menu itu jugalah. Pelbagai makanan laut terdapat dalam menu ini iaitu 2 ekor ketam, sotong, 6 ekor udang yang terdiri daripada 3 jenis udang dan telur. Ini kali pertama Sha makan udang lipan sebenarnya, agak kekok. Double Special RM 15 sahaja yang biasa RM 10.

 
Tak tahulah Adik fathia tu tunjuk tanda goooodd atau nak colek kuah maggi ibu.

 
ABC pun mangkuk besar. Minum sorang memang tak habis.

Kawan yang kongsi pasal kedai ni..huhuhuhu..Abang Zaryth dah jadikan Kuew Teow sebagai makanan kegemaran dia. Nampak simple..tapi sedap katanya suami Sha.

Kalau korang nak tengok komen pelanggan kat sini boleh lah skodeng sini. Ada maps jugak kat situ.. Hari itu tanda jalan kami adalah sebuah tokong besar di tanjung piandang tuu..ikut jalan kecil tepi tokong tu.

 Nak telefon dulu pun boleh : 013-5154231

Tak lupa lepas korang siap makan boleh menikmati pemandangan matahari terbenam dengan jelas semasa dalam perjalanan keluar daripada muara. Memang terbaik, jadi korang jangan lupa bawa kamera canggih korang yea, hari itu memang ramai yang melepak tepian muara nak tengok matahari terbenam tu. Korang boleh bergambar kenangan di sini.

Korang jangan lupa singgah sini yea...makanan dihidang panas-panas bukan ready made tau.
Alhamdulillah.

MAKANAN KESIHATAN UNTUK PESAKIT GOUT

MAKANAN KESIHATAN UNTUK PESAKIT GOUT | Kebelakangan ini Sha banyak dengar cerita keluarga rakan-rakan terdekat ada yang mengalami gout. Jadi, Sha terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang mungkin boleh memberi manfaat kepada golongan yang diserang gout.


Sebelum itu jom sama-sama ketahui beberapa faktor yang menyebabkan masalah GOUT iaitu selalu dikaitkan dengan :

berat badan berlebihan
jantina
umur
genetik
tekanan darah tinggi
kolestrol tinggi
kandungan gula dalam darah yang tinggi
pengambilan ubat tertentu.

Bagaimana SILERA CHIA SEED membantu pesakit gout???

Penurunan berat badan, kolestrol dan tekanan darah normal mengurangkan asid urik dalam badan.
SILERA CHIA SEED membantu dalam penurunan berat badan, kolestrol dan tekanan darah. SILERA CHIA SEED juga menstabilkan gula dalam darah.

SILERA CHIA SEED membantu menyingkirkan toksid yang menjadi punca gout melalui proses detoks.


TESTIMONI SILERA CHIA SEED TENTANG GOUT :



Apa-apa rojer okeh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...