JOM LEPAK D'MUARA KAMPUNG NELAYAN TANJUNG PIANDANG

JOM LEPAK D'MUARA KAMPUNG NELAYAN TANJUNG PIANDANG | Begitulah nama tempat ini. Dalam perjalanan balik daripada kedah baru-baru ini ketika pulang bercuti di rumah kakak ipar Sha sempena cuti Tahun Baru Cina Sha sempat singgah di sini untuk mencuba menu yang amat menarik perhatian suami Sha selepas seorang rakan sekerja berkongsi di laman facebooknya. Lokasinya yang agak ke dalam tambah pula Sha tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan ini membuatkan kami sedikit tersesat tetapi akhirnya pukul 5 petang kami dah order menu pilihan.

Kedainya hanya ditepi jalan.

 Terletak sesuai dengan  nama kedainya D'Muara, memang di muara yang menjadi tempat bot-bot kecil nelayan berlabuh.

 Makan sambil menikmati pemandangan tenang dan angin sepoi-sepoi bahasa.

Sebenarnya perut Sha tak berapa OK pada hari itu, baru lepas mengalami cirit birit dan muntah-muntah jadi tak berapa selera. Terliur dengan orang meja sebelah makan Maggi Double Special jadi Sha memilih menu itu jugalah. Pelbagai makanan laut terdapat dalam menu ini iaitu 2 ekor ketam, sotong, 6 ekor udang yang terdiri daripada 3 jenis udang dan telur. Ini kali pertama Sha makan udang lipan sebenarnya, agak kekok. Double Special RM 15 sahaja yang biasa RM 10.

 
Tak tahulah Adik fathia tu tunjuk tanda goooodd atau nak colek kuah maggi ibu.

 
ABC pun mangkuk besar. Minum sorang memang tak habis.

Kawan yang kongsi pasal kedai ni..huhuhuhu..Abang Zaryth dah jadikan Kuew Teow sebagai makanan kegemaran dia. Nampak simple..tapi sedap katanya suami Sha.

Kalau korang nak tengok komen pelanggan kat sini boleh lah skodeng sini. Ada maps jugak kat situ.. Hari itu tanda jalan kami adalah sebuah tokong besar di tanjung piandang tuu..ikut jalan kecil tepi tokong tu.

 Nak telefon dulu pun boleh : 013-5154231

Tak lupa lepas korang siap makan boleh menikmati pemandangan matahari terbenam dengan jelas semasa dalam perjalanan keluar daripada muara. Memang terbaik, jadi korang jangan lupa bawa kamera canggih korang yea, hari itu memang ramai yang melepak tepian muara nak tengok matahari terbenam tu. Korang boleh bergambar kenangan di sini.

Korang jangan lupa singgah sini yea...makanan dihidang panas-panas bukan ready made tau.
Alhamdulillah.

10 comments:

  1. Alaaa...kenapa jauh sgt....terus rasa teringin ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memg jauh pon sis SA..ni pun singgah on da way balik..kalau x enth bila Sha nak pegi...

      Delete
  2. tgk meggi double tu nmpak sangat sedap...jap nk gugel lokasinye....klu dekat boleh la rietta cuba...

    ReplyDelete
  3. menggodanya menu double tuh... ketam ada, sutun ada udang ada... harga pun berpatutan sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah meriah...murah sebb duk kt muara ni lah kot

      Delete
  4. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal...terima kasih sudi singgah...

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...