Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PERLU ILMU KEIBUBAPAAN

PERLU ILMU KEIBUBAPAAN | Sebenarnya tak ada idea sangat sejak kebelakangan ini nak buat entry apa. Jadi Sha nak catat sedikit nota untuk Abang Zaryth baca nanti. Sebelum ini Sha dan suami ada bercadang untuk menukarkan Abang Zaryth ke tadika lain. Tapi akhirnya kami buat keputusan untuk melihat dulu perkembangan Abang Zaryth jika ada perkembangan yang positif kami akan tukar tempat belajar dia pada tahun hadapan. Alhamdulillah, mungkin kerana terlalu baru Abang Zaryth tak dapat sesuaikan diri dengan tadika walaupun dia tak ada masalah untuk duduk di situ.

 Abang Zaryth dan kawan-kawan belajar ambil wuduk.

Sha pun masih belajar dalam menjaga dan mendidik anak. Sha pun perlu berubah, bukan setakat menasihati tapi perlu bersama dengan dia juga bagi menyokong perkembangan pembelajaran dia. Seronok rasanya sekarang apabila balik sekolah dia ada bercerita berbanding awal-awal masuk ke tadika dulu. Balik sekolah ajar ibu apa yang dia belajar di tadika seperti cara-cara ambil wuduk.😄😄

Meletakkan diri sendiri sebagai ibu yang tidak pernah terlambat mengajar anak amat-amat membantu Sha memotivasi diri. Sha cuba ubah pendekatan dan Sha nampak akan perubahan. Ahhh...masih kurang ilmu keibubapa dalam diri ini. Tapi Sha tak boleh terus menyalahkan diri sendiri dan perlu berubah jika mahu hasil yang baik.😌

Semoga ada peluang untuk diri mengubah diri ini dalam mendidik anak-anak. Kehadiran anak-anak amat mengubah hidup Sha dan rasanya semua ibu juga merasainya. Ada betulnya orang kata anak-anak adalah cerminan diri kita sendiri.

Alhamdulillah. Nampaknya tahun depan baru tukar sekolah Abang Zaryth, anak sulong manja ibu nii. InsyaAllah, Ibu dan ayah akan sama-sama didik Abang Zaryth & Adik Fathia seelok-eloknya.

Bulan depan ada kursus keibubapaan, macam menarik je kalau dapat sertai. Tajuk-tajuknya sangat sesuai untuk ibu-bapa baru, dengan anak-anak yang sedang membesar. Semoga ada peluang lah nak masuk kursus tu.

Kadang-kadang Sha ni sebagai manusia perlu juga kena suap dengan motivasi, kadang lupa ada juga belum tahu!!😢😢

Post a Comment

4 Comments

  1. Dalam mendidik anak perlukan banyak kesabaran. Didik anak kena faham anak. Saya dan isteri banyak membaca .. alhamdulillah, anak sulong dah masuk Ulul Albab.
    ..

    Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...selalu ikut fb tuan hasrul..seronok tgk anak tuan berjaya dlm pelajrn dan agama..byk tips tuan sedarkan saya juga

      Delete
  2. btul kan...ilmu keibubapaan itu perlu....rietta pown sedang mencari cari modul yang seswai nak ajar anak buah....

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi