SUP UTARA DI SERI ISKANDAR PERAK

SUP UTARA DI SERI ISKANDAR PERAK | Assalamualaikum, selamat membaca semuanya. Petang ini Sha ingin berkongsi satu tempat makan di sekitar Seri Iskandar Perak ini. Sebenarnya kebelakangan ini Sha banyak dengar cerita daripada rakan sekerja sahaja tentang tempat makan ini, akhirnya hari ini 15.02.2017 Sha dan kawan sekerja (Hani) berkesempatan untuk mencuba menu yang pastinya sangat menjadi kegilaan bagi peminat sup macam Sha terutamanya sup utara kedah ini.


 
Kedai ini terletak berhampiran pejabat Hua Yang Seri Iskandar di bulatan Tesco Seri Iskandar. Kedainya agak ke belakang dan tidak banyak kedai sebarisan dengan kedai Pak Non Bihun Sup Utara ini. Landmark lain adalah kedai alatulis Pustaka Chew Seri Iskandar tapi barisan paling belakang lagi baru jumpa.

 
Suasana kedai yang bersih dan tersusun.Tak ramai orang mungkin waktu rehat dah hampir habis dan juga kehadiran kedai ini belum diketahui ramai.

 
Menu yang ada adalah terdiri daripada menu yang menjadi kebiasaan dikedai-kedai lain. Persembahan dan lauk-lauk tambahan yang ada membezakan kedai ini dengan kedai-kedai lain yang ada disekitar Seri Iskandar Perak ini. 

Antara menu yang ada :

Nasi Ayam
Nasi Ayam Special
Nasi Ayam Extra
Bihun Sup
Bihun Sup Special
Bihun Sup Ayam
Bihun Sup Extra

Untuk pengenalan pertama di kedai makan Pak Non Bihun Sup Utara ini, Sha memilih untuk mencuba Bihun Sup Special. Apa yang special tu? Haaa... lainnya ada tambahan perut lembu kat dalam sup ini. Sememangnya Sha adalah penggemar perut, jadi cuba yang ini dulu yeaa...

Sha amat berpuas hati dengan rasa dan harganya. Tetapi mungkin tidak akan digemari oleh sesetengah orang kerana supnya yang manis. Sha OK je, memang akan ulang makan nanti.

Lauknya memang banyak, puas hati. Biasanya beli tempat lain lauk habis dulu daripada bihun, nah bihun dah tinggal seurat dua daging dan perut masih boleh diratah. Memang suka betul Sha...hihihi..

Ok, warga Seri Iskandar kalau ada yang sedang cari Bihun Sup Utara boleh cuba di sini okeh.

3 comments:

  1. nengok sup2 ni terliur akak... udahla akak mmg peberet makanan berkuah2 ni terutama sup

    ReplyDelete
  2. pernah dgq jugak pasai sup ni. harap dapat merasa jugak nnt. hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...