DOAKAN KESIHATAN IBU

DOAKAN KESIHATAN IBU | Baru-baru ini Sha balik kampung, balik tengok Mak tak sihat kat kampung. Makan bulan juga mak asyik demam hari-hari, makan tak berapa nak lalu. Sha balik kampung suruh mak rehat kat hospital, doktor masukkan air lepas itu baru boleh makan nasi. Alhamdulillah laa,,lepas tu tak demam dah. Dekat hospital doktor check la apa yang patut macam paru-paru dan darah, Ok..Selain diabetes, darah merah mak kurang. Sha harap Sha pulang jenguk ni Mak akan lebih sihat tak mahu dah dengar mak nangis-nangis.

 
Masa Sha nak bertolak balik Sha peluk mak erat-erat tak macam semalam, ingatkan nak balik pagi macam biasa..Terima Kasih buat suami yang ajak balik petang selepas waktu melawat tengahari, mak tak nangis macam semalam..mak pun peluk Sha erat-erat.

Terima Kasih juga untuk adik-adik Sha yang menjaga mak saat Kak Ma (panggilan rapat untuk Sha) jauh. Semoga adik-adik berjaya dunia akhirat dengan keberkatan menjaga mak kat kampung. Jasa adik-adik sangat mulia, bergilir jaga mak dan ayah. Kak Ma pun tak mampu jaga mak sebaik adik-adik jaga selama ini.😢😢

Kak Ma sayang semuanya.

4 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...