LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST | Wahh, meriah betul sekarang ni ,semuanya pasal lazada. Tidak ada rezeki nak dapat suprise box daripada lazada kita usaha masuk contest pulak sama-sama memeriahkan birthday lazada sambil cuba nasib. Rasanya masih belum terlambat untuk Sha sertai contest ini. Pada yang belum join boleh klik banner di bawah :

http://www.lazada.com.my/blogger-contest/


A). Apa yang saya suka tentang Lazada Malaysia?

Pengalaman saya dengan lazada setakat ini adalah terbaik. Lazada menyediakan pelbagai barangan yang sesuai pada peringkat umur, jantina dan keperluan. Transaksi pembayaran adalah ringkas tidak menyulitkan pembeli dan tahap keselamatan pembayaran adalah diyakini. Bagi seorang blogger lazada juga menganjurkan pelbagai program sepertimana contest yang sedang berlangsung sekarang dan memberi peluang peserta mendapat barangan impian. yang penting lazada menjimatkan masa dan tenaga dan juga kos untuk mendapatkan sesuatu barangan.

B). 3 barang yang saya inginkan daripada Lazada :

Pilihan 1)

 

Travel bag macam ni sangat sesuai untuk Sha sekeluarga memandangkan Sha berada jauh daripada kampung perlu travel jauh untuk balik kampung. Satu travel bag amat membantu Sha menguruskan keperluan Sha sekeluarga. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar adalah pilihan terbaik.

Pilihan 2)

 

Dengan adanya kabinet ini akan membantu Sha susun atur kembali dapur. Oven di rumah memerlukan tempatnya sendiri, senang diakses apabila diperlukan dan lebih kemas. Rak pelbagai fungsi ini juga dapat menempatkan barangan elektrik kecil lain yang ada di dapur kediaman.

Pilihan 3)


 
Baru-baru ini suami dapati jam tangan Sha  sudah rosak. Jam tangan belum berganti jadi rasanya jam tangan diperlukan juga kerana waktu adalah amat penting. Reka bentuk jam tangan ini adalah reka bentuk yang sesuai untuk tangan Sha.

C) Macam mana nak tingkatkan perkhidmatan Lazada?

Harapan pada lazada ialah dapat memberi tracking number penghantaran barang lebih awal agar pelanggan dapat bersedia untuk menerima penghantaran. Penghantaran juga perlu lebih cepat dan dikemaskini. Barangan seperti tas tangan wanita juga perlu seiiring dengan gambar yang disertakan supaya pelanggan lebih berpuas hati dan percaya dengan perkhidmatan lazada.


D) Ucapan Hari Lahir untuk Lazada Malaysia?

 
Selamat Ulang Tahun ke-5 buat Lazada Malayia. Semoga Lazada terus maju jaya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sebagai satu pusat beli belah online terbaik dan diyakini para pelanggan.
Korang! Jangan lupa yeaa tarikh 22-24 mac 2017 ini,shopping sakan di LAZADA.COM.MY pada blogger yang belum join boleh klik banner paling atas okeh dan boleh disertai dengan pilihan bahasa Malaysia.

Contest yang terbuka untuk para blogger ini sedang berlangsung 1 March sehingga 23 March 2017. Semakin ramai blogger yang join, semakin banyak dan lumayan hadiah Lazada tawarkan. Jom kita tengok, apa hadiah hebat Lazada nak bagi blogger yang join contest ni...

Kurang 50 Peserta (10 Pemenang) 
1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 
Lebih dari 50 dan Kurang dari 100 Peserta (20 Pemenang) 
1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 
Lebih dari 100 Peserta (30 Pemenang) 
1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 

Apa tunggu lagi? Jom rebut peluang ini.

33 comments:

  1. Good luck n all the best..item yg cik pilih memang cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D ...penin nk pilih byk benor nak nyee

      Delete
  2. GOODLUCK , jam tu cantiklah . ehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminn...kalau dapat lagi canteekk..hihih

      Delete
  3. Gud luck yea....rietta pown teruja nak join....

    ReplyDelete
  4. good luck, storage rack tu menarik

    ReplyDelete
  5. Hye shalimar ☺
    Wah bestnya
    Good luck ye

    ReplyDelete
  6. Tahniah Sha, dah menang... yey! (^_^) rezeki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..Alhamdulillah...rezeki betul..

      Delete
  7. Tahniah sya.. awak dah menang tempat pertama... tahniah! tahniah! (clap)

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasehh....xsgka..tiba2 ada luck plk

      Delete
  8. Congratulations! NS.
    Wow rezeki menang 1st prize lagii....

    ReplyDelete
  9. Tahniah berjaya menjadi pemenang pertama :D

    ReplyDelete
  10. tahniah awak.. shopping sakanlah nanti eh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awak...hihi..rezeki...tiba2 blur xtau apa nk beli

      Delete
  11. Tahniah menjadi pemenang pertama..bole shopping sakan nie :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...