RESEPI IKAN TONGKOL SINGGANG

RESEPI IKAN TONGKOL SINGGANG | Esok rancang nak masak Nasi Dagang untuk keluarga kakak ipar yang balik ke Ipoh. Memandangkan Sha tak pernah masakkan nasi dagang untuk mereka tambah pula memang stok beras nasi dagang dan rempah gulai nasi dagang yang Sha beli baru-baru ini tidak digunakan lagi, jadi projek jalan. Alang-alang ikan tongkol yang Sha beli bersaiz besar, Sha ambil seketul dua untuk buat lauk makan malam. Dalam kepala memang dah teringin makan ikan singgang dangan budu, jadi terlaksanalah semalam. Walaupun resepi simple, Sha nak share juga..hihihi..maafkan saya seorang anak pantai timur..

bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan :

😉 Ikan tongkol
😀 Serai [diketuk]
😁 Bawang merah [dihiris]
😊 Halia [dihiris]
😆 Lengkuas [dihiris]
😌 Kunyit hidup [dihiris]
😍 Bawang putih [dihiris]
😋 Asam keping
😡 Cili padi
😉 Kacang bendi


semua bahan sudah masuk periuk

Cara-cara memasak :

Rebus air sehingga mendidih sukatan mengikut kesesuaian
Bila mendidih masukkan bahan-bahan dihiris,serai.
Apabila semua nampak layu masukkan kacang bendi kemudian masukkan ikan tongkol,asam keping dan cili padi.
Perasakan dengan garam.

Mendidih tunggu masak semua bahan.
Siap untuk dihidang

Set hidangan menambah nasi.

Jangan kata korang tak terliur pada yang suka makan budu tuu. Kebetulan pula hari sama ramai yang update makan ikan singgang nii. Sha telefon kat kampung pun tanya mak makan apa hari ini, mereka tengah makan nasi dengan ikan singgang juga....adooiii laaa..
Sha laju je suap Abang Zaryth makan,,hihi sebab kena bagi dia kenyang dulu baru ibu boleh makan dengan puas hati.Meleleh air mata oiiii kata kamu, habis suap anak apa lagi penyet-penyet laa cili padi tuu sampai pedih jari-jari.

Fuhh..puas hati betul makan macam nii..

Selamat Menjamu mata yeaa...

18 comments:

  1. Sha, sedap sungguh singgang ikang aye dok, tapi mok sedara kalo masak dok bubuh kacang bendi tu, tapi kena ada rempah ketumbar dgn lengkuas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sangat...huhuhu..aah...ramai share xdop bendi tu..Sha biasa ade bendi..bendi tu leh jadi ulam sayur terus..hihi..dap3

      Delete
  2. Akak tak pernah lagi buat singgang ikan tongkol....nk try juga lah resepi pantai timor ni.
    Ada budu makan lagi selera kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah kak..hihi..memang pasngn dia dh budu ni..xpon kicap..huhu

      Delete
  3. kalau mkn nih, ada budu mmg tak toleh mana2 dh....

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. boleh dikatakan makanan sihat nii kan..huhu..

      Delete
  5. Baru dua tiga hari lepas masak singgang ni.. peberet kami anak-beranak..yum yum!

    ReplyDelete
  6. Masa duduk Kuantan dulu pengasuh anak-anak rajin masak singgang bagi anak-anak makan... Saya sendiri belum pernah masak. Nanti boleh try... Thanks sharing...

    ReplyDelete
  7. awak menang tempat pertama kan Lazada's Blogger Contest... Tahniah ya

    ReplyDelete
  8. Hurm...nampak menyelerakan.
    Boleh cuba nih! simple jer...nak buatnya

    ReplyDelete
  9. menu yang simple ..btw ccl dtg tmbh follower kat sini

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...