TARIKH KELAHIRAN HARI INI

TARIKH KELAHIRAN HARI INI | Alhamdulillah hari ini 7 Mac 2017 secara rasminya telah memasuki umur 30 tahun. Akhirnya melangkah juga ke golongan umur 30'an yeaa. Tiba-tiba teringat kalau zaman budak-budak dulu mak dah sibuk masak-masak beli kek untuk makan ramai-ramai dengan sepupu sepapat. Sayangnya semuanya hanya dalam kotak memori sahaja, tak ada gambar kenangan.



Entry ini khas untuk mengucapkan TERIMA KASIH atas ucapan Selamat Hari Lahir sama ada di Facebook, Whatapps, Instagram dan ucapan lisan daripada keluarga dan kawan-kawan.
Di usia 30 tahun ini Sha amat-amat berharap dapat meningkatkan taraf hidup dan menjalani hidup dengan lebih matang, maju dan tenang.
TERIMA KASIH pada suami yang mengambilalih tanggungjawab ayah menjaga kebajikan seorang Shalimar sepanjang 6 tahun ini.
TERIMA KASIH pada mak yang melahirkan dan ayah yang membesarkan seorang Shalimar.
TERIMA KASIH pada saudara dan rakan-rakan yang memberi pelbagai corak suka duka hidup kepada seorang Shalimar.
Antara ucapan hari ini :
Semoga Sha bahagia disamping keluarga. InsyaAllah...aminnn
Semoga Dilimpahi rezeki. InsyaAllah...aminn..
Semoga terus maju. Doakan bisnes SILERA CHIA SEED Sha sentiasa istiqomah...InsyaAllah..amin..
Semoga Panjang Umur...InsyaAllah ...aminn..
Doakan juga Sha semakin dekat dengan pencipta Sha okehh...

TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...