ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016 (APC) | Alhamdulillah rezeki Sha tahun ini bermula dengan baik. Pada 2 minggu lepas mendapat jemputan menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2016 pada 18 April 2017 (Selasa) yang diadakan di Ibu Pejabat Agensi.

Amat bersyukur dalam 9 tahun perkhidmatan akhirnya ada juga rezeki Sha merasa mendapat APC. Perkiraan Sha rezeki sekeluarga ini adalah kerana ada satu tempoh tahun 2016 Sha menanggung kerja kawan sepejabat. Walaupun pekerjaan sha dalam tempoh 5 tahun ini tidak terlalu berat seperti 3 tahun awal berkhidmat dahulu Sha anggap ini adalah penilaian sepanjang perkhidmatan tidak hanya untuk 2016.
 
Alhamdulillah...Syukur...Terima Kasih kepada penilai terlibat iaitu Ketua Unit & Ketua Pegawai.

 

Memandangkan Sha tak ada geng satu pejabat yang lain yang ada hanya lelaki jadi Sha menumpang kasih kawan-kawan pejabat lama yang memang tak cukup masa untuk bersembang bersama mereka. Yusri adalah kawan satu batch dengan Sha iaitu penganbilan 14 Ogos 2008 dan masih berkhidmat di pejabat sama. Abang Riza adalah senior dan Puan Normayati adalah Ketua Pegawai terbaru pejabat lama Sha sekarang yang mana dahulu Sha kenali beliau semasa beliau bertugas di cawangan negeri.

Sembang-sembang dengan mereka sebelum masing-masing pulang ke tempat masing-masing.

 
Kawan seangkatan 14 Ogos 2008 juga dari cawangan Terengganu.

 
Kawan baru kenal satu meja semasa raptai majlis pada 17 April 2017 dari Cawangan Negeri Sembilan.

 
Kawan seangakatan 14 Ogos 2008 dari Cawangan Tanah Merah Kelantan. memang tahu dia akan hadir jadi memang Sha nak jumpa dia.

 
Persembahan Koir daripada Kumpulan Nada Harmoni Ibu Pejabat. Memang menghiburkan persembahan mereka.

 
Seperti biasa selepas habis penyampaian Sijil Anugerah kami dihidangkan dengan hidangan yang sedap menjamu selera sebelum pulang ke tempat masing-masing. Semasa menikmati juadah kami dihiburkan oleh penyanyi Farah AF...breep2....

Sha disusun satu meja 7 orang, 4 orang daripada negeri Perak tetapi Sha kenal 2 orang sahaja...huhuhu...3 orang lagi daripada Negeri Sembilan yang sangat sempoi orang.

Tamat sahaja majlis, bergambar kami terus bergerak balik ke Perak dan sampai ke rumah sebelum maghrib.

PENCARIAN DROPSHIP SILERA CHIA SEED

PENCARIAN DROPSHIP SILERA CHIA SEED | Kepada sesiapa yang berminat untuk menambah pendapatan dengan menjadi dropship SILERA CHIA SEED boleh menghubungi Sha melalui whatapps 017-9154696.


Seperti biasa, sistem dropship adalah :

๐Ÿ˜ƒ Anda tidak perlu memegang stok produk.
๐Ÿ˜ƒ Pos akan diuruskan oleh Sha sendiri.
๐Ÿ˜ƒ Jika pelanggan berada dikawasan Sha iaitu Seri Iskandar & Batu Gajah,Perak Sha sendiri akan COD.
๐Ÿ˜ƒ Kelas marketing yang akan diadakan hq adalah secara percuma.
๐Ÿ˜ƒ Bimbingan dan perkongsian maklumat secara whatapps bersama hq, senior dan rakan-rakan.

Kenapa anda perlu mengambil peluang ini?

๐Ÿ˜‰Keuntungan adalah sebanyak RM 6 setiap 1 botol yang berjaya dijual
๐Ÿ˜‰Peluang mendapat reward.
๐Ÿ˜‰Produk Halal dan organik.





Jom tambah pendapatan bagi sedang mencari peluang perniagaan dan capai target masing-masing. InsyaAllah sambil berniaga sambil membantu orang ramai mengamalkan pemakanan yang baik dan sihat.

Dengan pendaftaran hanya sebanyak RM 25 sebagai tanda komitmen anda untuk bersama-sama mencari rezeki dan peluang.

InsyaAllah.

RESEPI SOLOK LADA

RESEPI SOLOK LADA | Assalamualaikum, petang ini tak ada idea sangat nak bercerita jadi Sha nak kongsi resepi Solok Lada. Solok lada ini biasanya adalah menu pelengkap kepada Nasi Kerabu. Sha kalau ada ni memang bertambah la nasi jawabnya.


BAHAN-BAHAN :

Cili Hijau dibersihkan dan dibelah panjang.
Isi Ikan rebus
Kelapa parut
Bawang Merah
Lada Hitam
Santan
Garam/perasa

CARA-CARA :

Tumbuk bawang merah , lada hitam, kelapa parut dan isi ikan rebus. Perasakan dengan garam. Sebatikan semua kemudian sumbat ke dalam cili hijau yang telah dibelah panjang.

Sebelum susun cili siap disumbat tadi, Sha ikut cara Mak Sha susun kacang panjang terlebih dahulu dibahagian bawah dalam periuk kemudian barulah susun cili sumbat tadi. Curahkan santan disekeliling cili jangan sampai tenggelam nanti solok akan lembik. Tutup periuk untuk memastikan solok lada masak sepenuhnya.



Jeng-jeng ......... agak-agak semua dah masak boleh tutup api. Haa...kacang panjang yang menjadi tapak masakan tadi jangan dibuang, sedap juga dimakan bersama. Lemak-lemak gitu...fuhhh...

Selamat Mencuba yea...
Terima Kasih.

LAYAN THE BOSS BABY BERSAMA KELUARGA

SABTU BERSAMA KELUARGA | Jika sebelum ini Sha dan keluarga ke Kuala Lumpur 1 hari, sabtu 8.4.2017 yang lepas En.Suami bawak Sha dan anak-anak menonton The Boss Baby. Perancangan awalnya nak tengok Smurf tapi ditukarkan kepada The Boss Baby memandangkan bawa Adik Fathia sekali kena pilih yang lebih menarik.

Ini adalah pengalaman kedua bawa Adik Fathia menonton wayang selepas Filem Zootopia kalau tidak silap.

Nasib baiklah suasana dalam panggung wayang memang orang duk gelak-gelak juga jadi tak nampak sangatlah Adik Fathia tak duduk diam..huhuhu..
Boleh pulak dalam orang duk menonton tu dia duk tidur atas lantai laaa, lepas tu dengar dia duk selawat mengulit anak patung kecik yang dia bawak dari rumah. Adik,,,adik...lepas tu gelak-gelak dalam gelap.

Abang? Dapat pop corn terus senyap sambil gelak-gelak tengok bontot The Boss Baby tuu. Sebelum pergi menonton wayang kami ke kedai gunting rambut terlebih dahulu bagi setel rambut ibu dan rambut Abang Zaryth yang dah beberapa bulan tak dikemaskini...ahahahaha..

 

Selfie dengan anak-anak sambil tunggu ayah mereka bagi setel urusannya sebelum masuk panggung wayang.



Abang Zaryth cakap seronok cerita The Boss Baby ni tu yang dia boleh gelak. Satu kotak pop corn pun habis dimakan dia tanpa bagi kat ayah dia..ahaha...maklumlah kerusi jauh dah tu tak nak pulak duduk dengan ayah dia..nak duduk sebelah ibu juga.

Walaupun ceritanya macam tak munasabah, baby ke rumah masing-masing naik teksi...dan dibahagikan oleh mesin-mesin..tapi tetap ada nilai kasih sayang.

Love u alls sayang-sayang.

AKTIVITI SABTU 1 APRIL 2017

AKTIVITI SABTU 1 APRIL 2017 | Jumaat yang lepas tak ada keputusan pun nak pergi jalan mana, nak buat apa pada hari minggu. Memang dah seminggu suami duk sebut nak pergi IKEA tapi benda dia nak dah pun ditempah kat tempat lain jadi macam nak pergi ke tak nak nak pergi ke tak nak...Akhirnya tertidur macam tu je..tanpa keputusan.

Jam 5.30 alarm Sha berbunyi, en.suami cakap bangunlah mandi..Owwhhh...jadi pergi Kuala Lumpur rupanya. Tanpa banyak soal Sha bangun bersiap dan siapkan anak-anak dalam pukul 6 kami sudah keluar rumah menghala ke Kuala Lumpur.

9.30 pagi waktu IKEA buka kami sudah terpacak kat sana,huhuhu...kami ke IKEA Damansara sahaja. Sarapan pun dalam tu je lepas tu terus ke showroom dan mencuci mata. Tak banyak barang yang kami beli, lebih kepada cuci mata dan mengambil idea dekorasi di sana.

Selepas selesai membeli belah Sha dan keluarga ke Suria KLCC. Percaya tak Sha kali pertama jejak sini?Ahahaha...Akhirnya sampai jugak Sha sini walaupun datang pusing-pusing dan tengok gelagat orang - orang seberang.

Sha dan keluarga

Sha bersama Abang Zaryth & Adik Fathia

En.Suami bersama Abang Zaryth & Adik Thia


Dalam pukul 9.00 malam kami dah sampai ke Perak. Anak-anak dah tidur ibu ayah je berhenti makan dekat rumah . Alhamdulillah selamat perjalanan pergi balik 1 hari ke Kuala Lumpur. Kesian kat En.Suami sakit lutut betis sebab dalam perjalanan ada kemalangan antara Tapah ke Gopeng lama juga kami terperangkap dalam kesesakan malam itu.

Alhamdulillah seronok dapat jalan-jalan sekali sekale dah lama tak buat aktiviti tetiba macam ni. Anak-anak pun seronok dapat jalan, tidur pun tak sedar apa dah sebab kepenatan.

Sekian cerita kami sekeluarga di hari cuti.

I LOVE BLOGGING WITH SIS HAWA & HER SPONSORS

I LOVE BLOGGING WITH SIS HAWA & HER SPONSORS | Sebenarnya lama dah tak join giveaway atau segemn yang dianjuran rakan-rakan blogger ni. Tapi pada hari ini Sha ambil peluang untuk memeriahkan giveaway daripada Blogger Awa ni, semoga Awa dan para sponsors yang lain dilimpahi selalu.

http://sishawa.blogspot.my/2017/03/i-love-blogging-with-sis-hawa-her.html


Tapi sebelum itu, kena penuhkan task yang diberi dahulu. Alhamdulillah tidak terlalu berat untuk dilaksanakan.

๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€  Apakah yang menyebabkan anda berasa seronok untuk terus menulis blog?

Ok, pada asalnya Sha berblog ini hanya kerana mengikut kenalan alam maya zaman MIRC dulu. Dia pandai bermadah dan sekarang punya buku sendiri. TAPI Sha tak ada bakat macam dia..hihi..
Jadi, Sha tukarkan blog ini sebagai blog peribadi sahaja, dan ia sangat berguna kerana bila dipusing balik banyak kenangan yang Sha dah kongsi disini yang Sha sendiri sudah lupa kejadiannya tetapi blog ini mengingatkan kembali tentang kenangan itu. Disamping itu, moga apa perkongsian yang baik itu menjadi saham kita dunia akhirat. Tidak lupa juga, Sha mendapat rezeki sampingan bersama BLOG...Dengan menulis blog juga Sha dapat kenal kawan baru sama juga dengan pemilik giveaway ini..Selamat Berkenalan Awa..Walaupun tidak selalu ada idea, tetapi janganlah tutup acc blog..mungkin satu masa korang akan aktif balik...hihih...

Sekian, maaf panjang lebar pulak jawapan.

Apalagi...KLIK BANNER DI ATAS!

RESEPI ACAR TIMUN TERENGGANU

RESEPI ACAR TIMUN BATANG TERENGGANU | Kebiasaannya Sha beli timun batang hanya untuk buat acar atau jelatah sebagai pelengkap untuk hidangan nasi dagang , nasi minyak dan nasi hujan panas sahaja. Tetapi semalam tetiba teringat dan teringin untuk makan acar timun ni, dah lama tak makan. Tapi macam biasa Sha makan seorang je lauk ni.,.huhu


BAHAN-BAHAN :

1 batang timun batang [Dipotong panjang]
1 biji Cili merah [dipotong panjang]
1 biji Bawang besar [dibelah 4bahagian]
3 sudu besar Cili boh
1/2 inci Halia [ditumbuk halus]
3 ulas Bawang putih [ditumbuk halus]
Cuka makan
Air
Garam/perasa

CARA-CARA :

Tumis cili boh dan bahan yang ditumbuk halus hingga pecah minyak.
Masukkan air dan cuka makan
Selepas air mendidih masukkan timun batang.
Masukkan bawang besar dan cili yang dipotong.
Perasakan.
Biar seketika dan SIAP.

Korang selain acar / jelatah korang buat masak apa timun batang ni? Bosan-bosan boleh cuba resepi ringkas ni yeaa. Masam-masam gitu rasanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...