RAGAM ABANG ZARYTH BILA MASUK WAD

RAGAM ABANG ZARYTH BILA MASUK WAD | Secara rasminya lebih kurang pukul 3 petang tadi Abang Zaryth admit ward Hospital Pantai Putri Ipoh selepas hampir 2 jam menuggu kekosongan bilik. Pada ketika ini Hospital Pantai Putri mengalami kekangan bilik kerana menjalani ubahsuai tingkat 2 untuk penambahbaik perkhidmatan bilik.

Abang Zaryth dapat bilik double, berkongsi bilik  untuk 2 orang memandangkan bilik untuk seorang masih penuh. Dalam perjalanan asyik duk menyebut barang permainan dia yang dia tinggalkan di rumah, lupa nak letak dalam kereta seperti yang ayahnya pesan. Itulah asyik bermain buaian diluar rumah.

Jam 6.00 petang nurse panggil Abang Zaryth untuk cucuk drip pada tangan. Memang menangis lah dia, nurse pun tak nak ibu ayah tunggu akhirnya percubaan pertama gagal sebab zaryth memang pandai gerakkan hujung tangan dia tuu jadi terpaksalah nurse minta tolong doktor yang kebetulan masuk ke wad untuk drip zaryth akhirnya berjaya di tangan kanan. Dapat dua kali sakit lah Abang Zaryth yeaa..sabar jelaaa...

Lepas kena drip tu memang akan jadi manja lebih laaa, nak bertempek dengan ibu jelaaa...layan jelaa kejap sebab Adik Fathia mana boleh orang lain manja dengan ibu termasuk ayah!!ahahahaha...

Tengoklah dua-dua belah tangan laa kena cucuk, ibu saja bawak bantal free beli pampers adik tuu buat teman dia, buat lapik tangan dia yang dah kena cucuk tuu.,...

Adik tengok je abang tonton youtubekids. Memang peluang dialah dapat handphone masa ni, yelaah buat pujukkan duk hospital ni boleh tahan bosannya.

 Ralit duk tengok youtube orang duk pasang lego jadi kereta tuu..memang seronoklah dia.

Sebelum Play Room ni tutup lebih kurang jam 8.00 malam sempat lah tinggalkan bilik sekejap layan gelongsor ni. Main tak ingat dah tangan tu berbalut.

Abang Zaryth pun dah penat, 1 hari ni tak tidur langsung ayah dia pun dah penat satu hari duk hospital dan memang ayah dia yang akan tunggu dia meandangkan adik Fathia tak boleh pisah dengan ibunya lagi. Jadi lebih kurang jam 8.30 malam Sha gerak balik rumah dengan Adik Fathia. Balik tadi pun mintak ibu cium lebih dan pesan suh bawak mainan dia esok...fuhhh....anak sulong Shalimar sorang nii...manja lebih yeaaa...

Okehhh...jumpa esok saying-saying..

RAWATAN MATA ABANG ZARYTH

RAWATAN MATA ABANG ZARYTH | Lebih kurang jam 1.00 petang tadi Sha dan suami ke Hospital Pantai Putri Ipoh untuk temujanji berjumpa doktor yang akan menjalankan pembedahan ke atas Abang Zaryth pada 31 Julai 2017 (isnin) ini. Tujuan temujanji hari ini adalah untuk urusan GL bagi kemasukan Abang Zaryth ke wad pada esok hari 30 julai 2017 (ahad).

Hasil penerangan doktor petang tadi sedikit mengganggu Sha dan suami. Sebelum ini boleh dikatakan Abang Zaryth menjalani minor operation, tetapi kali ini doktor nyatakan ianya major operation. Ini adalah disebabkan proses melibatkan tulang dibahagian saluran yang tersumbat perlu dikikis sedikit untuk membuka ruang pada laluan air mata. Satu paip akan diletakkan selama 3 bulan pada saluran air mata Abang Zaryth, selepas 3 bulan paip berkenaan akan dikeluarkan semula.

Abang Zaryth sebenarnya sudah mula fobia nak ke hospital, petang tadi pun dia dah mula tanya dia nak kena cucuk ke. Adooiii....nak pujuk dia tu bukan senang, masuk wad semestinya kena cucuklah kat tangan macam selalu. Tu pun dah tak nak kawan dengan ibu..tak nak kawan dengan ayah sebab biarkan dia dicucuk. Tenaga budaknya pun boleh tahanlah jadi untuk proses untuk budak macam Abang Zaryth memang kena dipengsankanlah, dibius kalau tak memang tak duduk diamlah jawapannya.

Ibu harap ini rawatan terakhirlah untuk Abang Zaryth semoga anak ibu sihat sepenuhnya selepas ini. Tak sanggup dah tengok anak kena cucuk-cucuk ni, silap buat kena cucuk lagi darah pun keluar. Ibunya ni dahla mabuk darah, tak sampai hati lagi tu nak tengok darah anak sendiri.

Related image
sumber google

Saluran mata yang dikatakan tersumbat hasil CT Scan 2 minggu lepas boleh digambrkan dengan gambar diatas iaitu dikawasan berwarna hitam. Kalau sentuh bahagian tu memang terasa ketulan.

Kepada kawan-kawan yang membaca entry ini mohon doakan kesihatan Abang Zaryth yeaa..
Terima kasih banyak..😍😌😍😌

ALHAMDULILLAH SELESAI NIAT

ALHAMDULILLAH SELESAI NIAT | Alhamdulillah, di pagi jumaat yang mulia ini dimulai dengan bacaan yassin bersama rakan-rakan sekerja beserta doa selamat yang Sha request untuk kelancaran pembedahan kecil mata Abang Zaryth pada 31 julai 2017 (isnin) ini juga untuk kesihatan keluarga Sha, orang tua dikampung dan juga rakan-rakan serta ahli keluarga yang lain.

Selain itu Sha juga berniat atas rezeki mendapat APC 2016 pada 18 april 2017 lepas. Jenuh juga fikir nak sedekah makan apa kat kawan-kawan, memandangkan kawan-kawan biasanya akan mintak Sha masakkan Nasi Dagang Terengganu jadi Sha ambil keputusan menjamu kawan-kawan dengan Nasi Dagang Terengganu.

Alhamdulillah, walaupun tidak cukup tidur semalaman memasak dengan tidur-tidur ayam akhirnya Nasi Dagang Terengganu selamat dah ke perut kawan-kawan dan cukup untuk semua orang merasa...al maklumlah orang kurang mahir memasak macam Sha ni memang kecut perut kalau nak memasak kuantiti lebih dari 4 orang macam kat rumah tu..ahhahaaha..tapi InsyaAllah berkat niat itu mungkin mencukupi apa yang ada walaupun ada yang makan bertambah..hihii..

http://notashalimar.blogspot.my/2014/06/nasi-dagang.html

Terima Kasih kawan-kawan sudi makan masakan Sha.

BERJIMAT DENGAN UBAH CARA HIDUP

BERJIMAT DENGAN UBAH CARA HIDUP | Pada kebanyakkan orang mungkin banyak perkara yang boleh dilakukan untuk berjimat dengan megubah cara hidup masing- masing. Tetapi untuk mengubah cara hidup adalah bukan sesuatu yang senang dan mudah dilakukan seperti mengutarakan pendapat. Disini Sha ingin berkongsi beberapa perkara yang boleh kita ubah bagi yang ingin berjimat cermat ;



1. KOS HIBURAN 

Perlu sisih Kos Hiburan yang melalaikan dalam rumahtangga. Contohnya mengurangkan pakej tv berbayar, internet tidak perlu dipasang dirumah. Internet pada telefon mudah alih juga boleh digunakan untuk hal-hal penting sahaja dan kuota yang diguna pakai juga tidak perlu terlalu tinggi. Kurangkan menjadi seorang yang anti-sosial.

2. KOS PERCUTIAN

Bercutilah bersama keluarga ditempat yang percuma atau mengambil bayaran rendah seperti kawasan air terjun, sungai, air panas dan lain-lain tempat yang tidak terlalu tinggi kos masuk. Sha suka je kalau dapat bawak anak-anak ke padang ada tempat bermain, bola atau sebarang permainan yang boleh dilayan bersama keluarga apa salahnya. Mungkin berjimat kala ini ada rezeki simpanan boleh bercuti jauh sikit!! ehehehe..

3. KOS PERHIASAN KEDIAMAN

Cukuplah dengan perabot yang sedia ada dan sedia elok lagi tu selagi ia berfungsi dengan baik. menukar perabot rumah adalah suatu yang memerlukan kos yang banyak apatah lagi jika secara berhutang. Demikian juga untuk langsir, alas meja dan pinggan mangkuk cantik. Ini biasanya orang perempuanlah suka sangat,,hihiihi..kita perempuan kita tau lah..tapi tak juga..jadilah kreatif!! ubah suai kedudukan pun boleh...

4. KOS MAKANAN

Kurangkan makan diluar. Mula memasak untuk bekalan makanan keluarga ke pejabat atau sekolah. Jumlah terkumpul perbelanjaan makan diluar lebih menjimatkan! Yelaa...sekali keluar makan memang akan keluar kos melebihi bajet! Sesekali nak tukar selera boleh laa kot kann...

5. KOS - KOS KECANTIKAN

Segala jenis bedak, krim, facial di salon dan pelbagai barangan kosmetik perlu dikurangkan kos. Tukarkan cara hidup, penjimatan yang kecil jangan sesekali dirasakan tiada erti. Bab ini Sha tak risau sangat memang bukan kaki make up.

6. ELAKKAN BERHUTANG

Minimakan keperluan berhutang apatah lagi berhutang dengan ahlong atau agensi yang tidak berdaftar untuk membayar hutang yang sedia ada. ianya bakal memudaratkan diri sendiri dan keluarga. Berhati-hatilah yeaa...jangan sampai jerat diri sendiri yeaa,,..

7. KOS ELEKTRIK

Suatu perkara yang sangat boleh dijimatkan. Sesetengah orang memang sedar penggunaan elektriknya yang boleh dijimatkan tetapi tidak ramai yang mengambil tindakan untuk berjimat tentang ini. Penghawa dingin juga boleh dipasang jika perlu sahaja dan diset tempohnya. Jadi jangan merungut bil elektrik tinggi walhal diri sendiri yang tidak mahu berjimat!! lampu yang tidak perlu sila tutup jika tak digunakan.

8. JANGAN TIRU GAYA HIDUP KAWAN YANG DUIT KENCANG. 

Ini memang sangat membahayakan. Yelaa...rezeki masing-masing kan lain..sama-sama bekerja tetap, tapi kawan kita ada pendapatan sampingan dan sedia tahu pendapatan mereka kencang tidak bergantung pada gaji bulanan sahaja. Biarlah mereka dengan gaya hidup mereka..diri sendiri ni biar sedar sikit dan berbelanja ikut kemampuan diri sendiri.


Yang Penting Berbelanja tuuu UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI.

GOOGLE ADSENSE DILULUSKAN KEMBALI

GOOGLE ADSENSE DILULUSKAN KEMBALI | Akibat tersalah langkah, akaun google adsense Sha ditarik balik kelulusannya pada awal tahun ini akhirnya pagi ini Sha telah menerima emel daripada Google Adsense lagi. Selepas beberapa bulan Google Adsense menolak permohonan Sha akhirnya Sha mendapatkan pertolongan dan bimbingan daripada rakan blogger yang telah berjaya membimbing rakan blogger lain berjaya mendapat kelulusan 

 

Ucapan terima kasih kepada blogger Wayne Harraz kerana telah berjaya menjawab persoalan Sha selama ini. Agak ringkas, hanya hilangkan entry yang mempunyai gambar lebih banyak daripada artikel yang dikeluarkan. Sha mendapatkan tunjuk ajar pada petang hari selasa ( 25 julai 2017 ) pada pagi ini 26 Julai 2017 akaun Google Adsense sudah diluluskan kembali.

Semoga Sha pun dapat mengorak langkah bersama rakan-rakan blogger lain yang telah berjaya. terima kasih atas bimbingan En. WayneHarraz .

MEE HAILAM PARIT

MEE HAILAM PARIT | Pada minggu lepas suami Sha teringin sangat nak makan Mee Hailam Parit ni padahal lokasinya tidaklah jauh sangat dari rumah Sha tapi tak tergerak nak pergi ke sana. Akibat daripada cerita kawan pejabatnya akhirnya suami Sha belanja makan kat sini...ahahha.. Ini kali pertama Sha tau Mee Hailam Parit ada kering dan basah...ingatkan macam kat kedai biasa makan..berkuah tuu...

Sha order Mee Hailam Basah manakala suami dan Abang Zaryth Mee Hailam Kering. Fuhhh....boleh tahan lama jugak menanti...pada pengamatan Sha kedai ini mengamalkan sistem buat sekali gus..siap masak yang kering..siapa yang order mee kering akan dapat semua..kemudian baru akan masak yang basah...suami dan zaryth dah siap makan baru Sha punya mee sampai..😪😪

TAPI rasanya memang sedap terutama yang Mee Hailam kering tuu...hari tu tak ambil gambar pun. memandangkan semalam Sha repeat...order makan yang kering Sha ambil la gambar sikit...

Nampak tuu? Mee kuning tu buat sendiri tau dengan bimbingan RISDA, InsyaAllah lain daripada yang lain dan sedap.




Kalau korang nak ke sana jangan lupa telefon dulu atau whatapps mereka untuk tempahan awal. InsyaAllah tak adalah menunggu lama sangat kan. Sha suka sebab diaorang guna daging cincang wehh...daging memang kegemaran Sha laa..huhuhu...Abang Zaryth pun dah jatuh cinta, tapi duk tanya laa kenapa kedai ni tak ada jual nasi...huhuhu...

3 jenis cili disediakan bagi yang gemar pedas... Cili potong / Cili jeruk / Cili kicap, sos , masam pun ada, cuka, kicap cair pun disediakan. Tapi bagi Sha cukuplah dengan cili jeruk yang merecik pedasnya..huhuhu.. 
Korang jangan nak pesan makanan lain pulak, kedai ini memang menyediakan Mee Hailam sahaja dan Mee nya dibuat sendiri.



Telefon atau Whatapps : 017-5289903
Follow Facebook : Mee Hailam D'Perak
Waktu buka : 3.00 petang - 11.00 malam
Dibuka : Setiap hari KECUALI ISNIN
Harga : Rm 6.00 / sepinggan

Setiap kali Sha pergi memang meja akan tinggal sebiji dua je akan kosong, kereta pun parking berderet tepi jalan..kedai ni memang tepi jalan senang nak jumpa. Kepada yang ke Parit, perak boleh lah cuba yeaa....

DADAH TIDAK MENGENAL JANTINA, USIA DAN KERJAYA


DADAH TIDAK MENGENAL JANTINA, USIA DAN KERJAYA | Sedih rasanya apabila hari-hari mengadap kes yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Sebelum ini seorang kes yang usianya hampir sama dengan usia bapa Sha telah diuji positif dadah, apakah alasannya bila ditanya apakah sebab kali ini boleh mengambil dadah lagi? Kerana tertekan dengan kematian anaknya baru-baru ini adalah alasannya kali ini.

😢😢

Semalam seorang remaja perempuan mengaku masih mengambil dadah dalam masa terdekat sebelum menghadiri program pemulihan. Sangat kecewa dengan jawapan diberikan, beria menangis mengadu kerja tak dapat gaji tapi dadah boleh pulak diperolehi katanya kawan yang bagi. Baiknya kawan belanja dadah tu kan, mengakui dirinya lemah menangis tanda menyesal pada saat itu mengatakan tidak mahu ke penjara lagi kerana pernah hidup di penjara selama 7 bulan sebelum ini. Berjanji bersumpah tidak akan mengambil dadah lagi, rela diuji urinnya setiap kali menghadiri program pemulihan dengan titisan air mata tetapi!!sejauh manakah jujurnya janji dan sumpah itu?

😓😓

Hari ini, kecewa seorang yang sepatutnya mendidik anak bangsa menjadi orang berguna terpaksa menjalani pemulihan dadah kerana sudah terjebak jauh memberi kesan kepada kehidupan dan orang tersayang disekeliling. Ia memang benar dadah tidak mengenal kerjaya, walaupun berkerjaya hebat tinggi dimata masyarakat tetapi diri sendiri dalam keadaan merugikan isteri dan anak-anak terpaksa hidup dalam kesusahan kerana dadah menjadi punca kepada masalah lain seperti pinjaman along yang mana sedia maklum bermacam masalah akan timbul.

Beringatlah selalu, jangan kata orang jaga juga keluarga sendiri semoga kita semua jauh daripada gejala tidak sihat ini

#sayangidiri
#sayangikeluarga
#jauhidadahebencidadah

PERKEMBANGAN ANAK KECIL 23 BULAN

PERKEMBANGAN ANAK KECIL 23 BULAN | Kebiasaannya Sha tak berapa ambil peduli bila babycenter ni emel perkembangan ini. Tapi hari ini tergerak pula nak kongsi memandangkan babycenter kemaskini mengikut perkembangan Adik Fathia. Tak sedar masa berlalu begitu cepat dulunya bayi, kini membesar menjadi anak kecil yang bijak dan macam-macam kerenahnya.

https://www.babycenter.com.my/s1002102/23-month-old?scid=my_en_mbtw_toddler_post23m0w&liveconnect=0aaa2886f191ce32e1118b91a1d06ec3babyint.100241395
Disaat ini Adik Fathia banyak menyebut hujung perkataan sahaja ( Contoh : Mengantuk → Tok, Tidur → Do) . Dia juga selalu menekankan bahawa dia boleh berdikari, boleh buat sendiri seperti memakai seluar dan baju juga makan sendiri tanpa bantuan ibu dan ayah. Mengamuk apabila kehendaknya tidak dipenuhi terutamanya bila dia ajak ibu tidur!! Fuhh....anak-anak....

Suka melukis bulat-bulatan berbanding Abang Zaryth yang suka menconteng dalam bentuk lebih halus. Selalu meniru Abang Zaryth, maklumlah siapa lagi yang ada di rumah tu kan..Kadang kalau waktu memasak semestinya diaorang juga sibuk didapur, bermain bekas-bekas dan berlakon sedang memasak juga. Kalau tanya masak apa tu? Masak maggi untuk ibu!!ahhahaaha...kuat sangat pengaruh iklan maggi kat tv.

Waktu tidurnya juga boleh dikatakan tetap, jam 10.30 malam Adik Fathia akan ajak Sha tidur dalam bilik. Kadang ibu yang stress yelaa masa tu drama best kat tv belum habis..ehehehe.. Paling sibuk nak kacau ibu adalah bilamana Sha nak bercakap dengan Opahnya dikampung, memang berebut telefon laa jawabnya.

Kalau cakap pasal anak kecil umur macam ni memang seronok, terkejut  dan teruja bila nampak ada perkembangan baru yang dia tunjukkan. Semoga anak-anak membesar dengan sihat, bijak, berbudi dan baik-baik sahaja.

PEMENANG RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST

PEMENANG RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST | Alhamdulillah, tak perasan sebenarnya bila kawan-kawan blogger lain duk kongsikan keputusan ini. Sebab dalam hati mungkin tak ada rezeki kali ini disebabkan kecewa tak menang yang mingguan tuu...sebab Sha join yang task pertama tu sahaja.
Semalam selepas menerima emel Tahniah daripada pihak lazada hati pun masih cakap..adoii lazada ni macam aku ada je dalam senarai pemenang tu..kemudian baru terasa nak tengok satu-satu blog yang menang maklumlah 2 minggu Syawal ni tak berapa pedulikan blog...huhuhu..raya konon kan..


Lepas tengok satu-satu...yelah tulisan tu kan dekat-dekat je..hihihiihi...Lorrrr ada juga blog Sha tersenarai. Alhamdulillah walaupun kali ini tersenarai dalam pemenang hadiah ke-3. Memang best pengalaman dengan lazada tahun ini. Rezeki sangat. Terima Kasih banyak-banyak lain kali kita join lagi yeaaa..

Ok Bai.

RUMAH TERBUKA TAK JADI

RUMAH TERBUKA TAK JADI | Hajat dihati semalam hari ahad hujung minggu rancang dengan suami nak buat sedikit makan raya kat rumah untuk jiran depan rumah dan rakan-rakan sekerja tapi memang tak ada rezeki nak buat semalam.

macam-macam hal jadi...

06.07.2017 (khamis) suami uruskan urusan Abang Zaryth dengan klinik mata.
Nak balik ke rumah kereta Sha dah keluar asap pada bahagian enjin.

Adoiii....lepas raya mintak duit lagi..baru je lepas buat road tax ....😓

Malam...terima panggilan daripada kakak ipar memaklumkan Abang Ipar Sha perlu menjalani satu pembedahan dan memerlukan adik-beradik iaitu waris terdekatnya ada di Hospital Kuala Lumpur.

07.07.2017 (jumaat) Sha dan suami uruskan temujanji untuk jalankan CT-Scan terhadap Abang Zaryth. Fuhh...memang mencabar kalau bawak Abang Zaryth ke hospital terutamanya bila perlu cucuk sana cucuk sini memang akan meraung merontalah jawapannya. Alhamdulillah selesai juga CT-Scan Abang Zaryth hari tu.

**Dalam perjalanan ke Hospital Ipoh kereta suami Sha pulak mengeluarkan bunyi mintak duit juga..😭

Dalam tengahari siap urusan Abang Zaryth kami ke bengkel kereta untuk selesaikan masalah kereta suami Sha, Alhamdulillah selesai.

Kami terus balik ke rumah dan Sha menyiapkan sedikit pakaian kelengkapan untuk suami ke Hospital Kuala Lumpur pula memandangkan Kakak Ipar Sha sudah hampir sampai dari Kedah.

Suami Sha ke Kuala Lumpur sehingga hari ahad, pukul 10 malam baru sampai jadinya tak adalah makan-makan dirumah.
Sha pun tak kemana-mana memandangkan mulai hari jumaat itu juga anak-anak tidak berapa sihat terutamanya Adik fathia yang muntah-muntah dan cirit birit.

Mungkin lain kali baru ada  rezeki masak-masak untuk kawan-kawan.
😁

Ok Bai,,,,
kereta Sha belum setel lagi tuuu

CERITA AIDILFITRI TAHUN 2017

CERITA AIDILFITRI TAHUN 2017 | Alhamdulillah...Salam 9 Syawal 1438H kawan-kawan semua. Mungkin agak terlambat kemaskini cerita raya Sha, tapi kita nak kongsi juga sebagai tatapan kemudian hari. Tahun 2017 adalah tahun giliran beraya di belah kampung Sha di Besut, Terengganu. Seperti ketetapan biasa, Sha dan suami bergilir ikut raya pertama & kedua sama ada dibelah Sha atau suami. Memandangkan tahun ini raya pertama dan kedua dikampung Sha, raya ke-3 dan ke-4 akan diteruskan ke kampung suami pula, begitulah sebaliknya.
Kami memilih untuk pulang ke kampung pada 23.06.2017(jumaat) pada pukul 3.28 pagi dari rumah dan sampai ke kampung lebih kurang 10.30 pagi. Tolak campur kena tahan dengan polis sebab langgar lampu merah di kawasan lenggong, hiihihihi..pas tu en.suami berenti tidur kejap di stesen minyak kerana mengantuk masa yang diambil adalah tempoh biasa kami balik kampung. Perjalanan lancar dan tidak menempuh kesesakan lalu lintas.

 
Swafoto suami isteri

 
Sha bersama suami,anak-anak,mak, ayah dan adik-adik.

Sha suami dan anak-anak


 
Tangan - tangan yang sentiasa menanti kepulangan Sha dikampung.

Sha sekeluarga bersama bapa saudara juga anak-anak

Keluarga besar belah suami beraya di Bota,Perak.


Tebing sungai yang memisahkan Bota Kanan & Bota Kiri.

Gaya bebas tapi tetiba blur...tak tau nak buat apa..ahahha..

Alhamdulillah..siap jugak Sha pacak gambar raya 2017 ni yea...
Masuk kerja tunggu pejabat- pejabat buat rumah terbuka la pulak yea..makan-makan...1 minggu je bagi perut merasa semua..ni kita makan semua juga tapi kurang kuantiti jelaa..boleh kee Sha oiii...kamu tu kaki makan..hihihi...
Apo nak risau sangat...kembali dapatkan step bersama SILERA CHIA SEED laa kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...