Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BILA BALIK KAMPUNG

BILA BALIK KAMPUNG | Pada khamis yang lepas 17 Ogos 2017 Sha telah mengambil cuti untuk menziarahi mak ayah dan saudara mara dikampung yang tidak berapa sihat. Bila dikampung memang tak berupdate lah blog ni memandangkan internet dikampung memang siput...huuhuu..telefon pun jarang-jarang elok linenya. Kali ini Sha pulang ke kampung bersama Adik Thia sahaja memandangkan Abang Zaryth ada temujanji dengan doktor lagi.



Dalam duk tak sihat biasalah orang tua bila anak-anak ada depan mata macam lupa sakit mereka. Sha balik memang makan banyak, maklumlah ayah dah sediakan jadual makan untuk hari-hari Sha kat kampung...macam mana anak dia nak diet...tapi bukan selalu dengan mereka kan jadi Sha leyan jela.

Hari Sha sampai kampung tu sebenarnya dalam kul 7 petang gerak dari batu gajah dalam pukul 12.30 tengahari, melalui Cameron Highland agak pening juga. Sha sampai tu masak ala kadar dengan lauk yang boleh menyebabkan perut Sha menerima makanan dengan banyak...ahahahah...biasalah kan kalau dah ada budu, jering, tempoyak apa lagi nak dikatakan.

Hari Jumaat ayah dan mak dah sediakan daging perap garam untuk masak lauk makan tengahari iaitu Gulai Daging Masin Dengan Daun Kaduk iaitu lauk kegemaran Sha. Kalau dah namanya kegemaran tu memang makan menambah-nambah laa..ayah seronok laa kalau nampak Sha makan banyak apa yang dia sediakan. Sha sebenarnya tak banyak duk di dapur adik-adik Sha lagi terer masak dari kakak diaorang nehh..Lepas makan nasi kena makan durian pulak. Alhamdulillah rezeki ada pokok durian peninggalan arwah tok nenek , jadi cucu cicit dapatlah merasa kalau nak harapkan buah kat kedai memang tak makan laa..mahal sangat. Belah malam pulak adik-adik Sha ajak buat puding roti, Sha layan jelaa..adik-adik ni memang ada bakat..sedap..cantik elok je puding tuu..

Hari Sabtu ayah beli 4 ekor ikan patin buat masak tempoyak dan masak asam pedas. Ayah beli buat makan ramai-ramai dengan keluarga pak muda, ikan patin masak tempoyak juga adalah lauk kegemaran Sha tambah-tambah kalau air tangan mak,,fuhh...ditambah pulak daging goreng, memang menambah lagi la Sha jawabnya.

Ayah dan mak memang tak leh ditukar ganti walau macam mana pun..setiap kali balik kampung mesti ada je orang tanya tak nak tukar balik kerja kat kampung ke.. Biasanya jawab dalam hati je..sape la yang gila tak nak duk kat kampung sendiri..kann...tapi selalu ayah yang jawabkan, Sha ikut teraju keluarga mana teraju dia bawak dia ikut je. Ayah memang dari dulu, selalu bagi bahu bila Sha memerlukan tu pun akhir sekali Sha menangis di bahu masa dapat surat kelulusan pertukaran ke Perak. Ya, dia insan yang selalu menyokong aku. Kasih sayang ayah mak mana leh cerita dengan kata-kata pun sebab tak ada ukuran kan.

Aihh...tersedih pulak Sha waktu ni..huhu..
Oklahh...cukuplah takat ni dulu cerita.

Post a Comment

12 Comments

  1. Seronoknya balik kg. Jumpa family, masak ramai2. Makan ramai2. Memang meriah..

    ReplyDelete
  2. Bila balik kampung, Auni memang akan terfikir bab makan. Tak tahulah, selera makan di kampung lain betul nak compare makan di bandar ni. Walaupun lauk yang sama, makan di kampung terasa sedap & damai je. Rindu suasana kampung :)

    ReplyDelete
  3. Begitulah kasihsayang makayah...kini akak pun dah rasai bila anak2 balik kalau boleh nak bagi apa saja kesukaan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti Sha mesti lalui juga kann bila ank2 dh besar

      Delete
  4. Balik kampung memg seronok..mcm mcm aktiviti kita boleh buat dgn family

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi