Hot Posts

6/recent/ticker-posts

PENGALAMAN JAGA ANAK DI WAD

PENGALAMAN JAGA ANAK DI WAD | Sebenarnya ini kali pertama Sha menjaga anak dalam wad kebiasaannya encik suami yang akan ambil tugas menjaga Abang Zaryth kerana Adik Fathia belum dapat tinggal bersama ayahnya sepenuhnya lagi. Memandangkan Abang Zaryth dapat bilik 2 orang dan perlu bersebelahan dengan seorang baby yang mana ibunya menjadi peneman encik suami lebih selesa Sha sendiri berada dalam bilik wad untuk mejaga Abang Zaryth kali ini. Jadi pertolongan mak pengasuh mereka diperlukan untuk 1 malam menjaga Abang Zaryth.


Pada 31 Julai 2017 (Isnin) iaitu hari pembedahan, lebih kurang 1.50 petang Zaryth mohon Sha menemani dia, selepas Sha menukar pakaian untuk ke bilik OT sha menemani Abang Zaryth untuk bius lebih kurang jam 1.55 petang Zaryth sudah tidak sedarkan diri dibius. Siap dibius Sha dimohon menunggu bersama suami di ruang menunggu sehingga pembedahan selesai dan dimaklumkan. 

Lebih kurang pada pukul 3.30 petang dimaklumkan pembedahan sudah selesai, jadi Sha masuk balik ke OT untuk menemani Abang Zaryth sedar dan tunggu masuk ke wad balik. Lebih kurang jam 6.00 petang dah balik ke wad untuk berehat,Abang Zaryth masih pening-pening ubat. Jam 7 petang Mak pengasuh dan anaknya bawa Adik Fathia melawat abang di wad...Adik Fathia takut tengok abangnya lemah lagi.

Hidung Abang Zaryth mula keluar darah, memang risau juga masa tuu..selepas maklum pada nurse dia cakap itu biasa dan darah keluar tidak berterusan adalah normal kesan pembedahan saluran hidung. Alhamdulillah sebelum subuh darah dah mula berhenti keluar, hanya keluar air hidung dan air mata walaupun dia tak menangis.

Abang Zaryth tidur je,,achik dia datang pun tak berapa sedar...jam 2 pagi bangun mintak nak tengok tv mintak nasi mintak air minta handphone dia...tapi dah jam 2 pagi mana laa elok lagi nasi tuu nurse tak berani nak bagi takut sakit perut. Makan roti, biskut dengan air milo jelaa dulu bang...dia layan tv ibu rehat sekejap walaupun tak lelap cuba tutup mata juga lepas tu bangun lap darah lagi...last2 kul 5 pagi tu tengok dia dah lelap..Alhamdulillah...hampir kul 9 pagi baru bangun tu pun terkejut doktor datang periksa dia.

Semalam 1 Ogos 2017 Alhamdulillah dapat keluar wad, pantau dari rumah je...hidung dan matanya pun makin kering. Teruskan makan ubat dirumah, tunggu 3 bulan lagi baru temujanji keluarkan balik tiub yang dipasang pada saluran mata Abang Zaryth tu.

Alhamdulillah selesai juga bab ini setakat ini moga mata Abang Zaryth terus positif selepas ini. InsyaAllah...aminnn

Post a Comment

3 Comments

  1. abg zaryth sebenarnya operate apa n sebab apa?

    sian sbb kecik2 dh kene operate... tp alhamduillah semuanya selamat n berjln lancar

    gws buat zaryth

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saluran mata ke hidung dia tersumbat..jadi mata dia bertaik je...ni operate buat saluran baru untuk air mata dia..tapi xnmpk dr luar..belah dalm tu dia toreh letk tiub..3 bulan lagi tiub tu baru leh keluarkn..

      Delete
  2. semoga dipermudahkan semua urusan

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi