Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HAMIL ANAK KE-2 HATIKU SAYU

 Assalamualaikum...
Ya Allah...minggu depan dah nak masuk bulan febuari...
maksudnya hampir 1 bulan tak ada entry baru dari NS...
Sepanjang trimester awal kandungan ke-2 ini NS tidak berapa sihat dan tidak tertarik untuk mengadap komputer tambahan pula sedang dalam proses pertukaran tempat kerja baru ni, masa tidak seperti selalu buat NS.

 
Kini Alhamdulillah kandungan NS sudah 11 minggu, kesihatan pun semakin baik walaupun alahan masih ada.
Semalam pun NS sudah mula lapor diri di pejabat baru, tidak perlu menumpang di pejabat lain dah dan tidak perlu menempuh jalan sesak , lampu isyarat yang banyak, NS sangat berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dari sebelum ini.
Pagi ini NS bangun dengan sayu hati, daripada semalam menahan sakit kepala, tidak tahu apa yang membuat fikiran NS sedikit semak. Hati sayu menitiskan air mata, mungkin NS sayang untuk berpisah dengan rakan sekerja seperti mana NS meninggalkan pejabat pertama NS bekerja dulu, perasaan itu muncul lagi. Moga rakan sekerja NS yang baru ini juga OK.
 Di tambah pula diri ini sudah lama tidak berjumpa orang tua dan adik beradik dikampung. InsyaAllah lusa NS akan pulang ke kampung halaman selepas hampir 1 bulan menangguhkan cuti yang terpaksa ditangguh akibat banjir besar yang melanda pantai timur yang mana jalan yang NS selalu gunakan untuk balik kampung kebanyakkan terputus dan rosak akibat tanah runtuh.

Setakat ini dulu daripada NS..saja mengumpul semangat berblog lagiii....

Post a Comment

18 Comments

  1. Assalamualaikum NS, semoga dipermudahkan segalanya. jaga kesihatan baik2 ye...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..sis jaga diri baik2.. and jgn sedih2 sgt taw :)

    ReplyDelete
  3. tahniah dik...semoga sehat selalu sepanjang kehamilan

    ReplyDelete
  4. alhmdulillah..take care jgn sedih2 ok

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Sha janganlah sayu hiba adik tersayang ye... kak ana doakan Sha kuat dan tabah sepanjang tempuh kehamilan kedua ini, In Shaa Allah akan dipermudahkanNya jua, Amin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin,,,time kasih k.ana...sha cuba positifkn diri...:D

      Delete
  6. tahniah NS..jangan sedih2 sayu2 ok..hormon kot..take care and enjoy second pregnancy :D

    www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  7. salam kenal dari kaknoor, take care ya

    ReplyDelete
  8. tahniah tahniah kak.. take care =)
    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
  9. tahniah, singgah, jemput singgah segmen:
    Novel diagnosis, header, top up, vector art, tudung untuk dimenangi...
    http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    ReplyDelete
  10. Congrats sis! Do take care of yr self!

    ReplyDelete
  11. tahniah sis. sy pun baru 16 weeks.. semoga sis n baby diberi kesihatan yg baik.. salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah jua untuk awak...lebih kurg laa baby kita kan...huhu...to u too.....take care..

      Delete
  12. Tahniah untuk anak kedua. Semoga diberikan kesihatan selalu.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi