Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MAKANAN UNTUK BAYI 6 BULAN

MAKANAN UNTUK BAYI 6 BULAN  | OK,memandangkan Adik Fathia dah memasuki 161 hari a.k.a 5 bulan 11 hari, maknanya tidak lama lagi bermulalah episod memasak bubur  dipagi hari untuk bekalan ke rumah pengasuh nanti. Si ibu pun perlu kumpul resepi-resepi yang bersesuaian untuk adik. Mungkin perlu dipelbagaikan daripada zaman masak untuk Abang Zaryth dulu. Semoga Adik Fathia pandai makan lah nanti. Sekarang ini kalau makan pun macam kesian tengok dia duk terliur ibu,ayah dan abang makan. Bulat je mata..hiihihi..adik2..

" Kawan-kawan ibu kat sini ada tak menu-menu sedap dan sesuai untuk fathia makan nanti? Sekarang ni pun rasanya Fathia boleh dah makan...hihihih..Kalau ada, kawan-kawan ibu tolong la share kat ruangan komen ni,,nanti ibu jalan-jalan tengok blog aunty-aunty k.."

Yang Sha tahu beberapa tips untuk bagi makan bayi 6 bulan ini adalah :

1.Tidak terlalu mendesak bayi untuk makan. Perlu sabar dan beri masa kepada bayi anda.

2. Makanan seperti puri tidak terlalu pekat.

3. jauhi bayi daripada kekacang,keju,makanan laut dan daging merah.

4.Tidak perlu diperasakan dengan garam atau gula. Ini kerana ginjal bayi masih belum matang.

5.Sayur yang tidak pahit dan berangin.

INGAT,PERUT BAYI UMUR INI ADALAH SEBESAR GENGGAMAN TANGANNYA.

Post a Comment

7 Comments

  1. Ingat.. perut ayi adalah sebesar genggaman tangannya... ingat tu ya.. he he

    ReplyDelete
  2. hilman pon dah nak masuk 6 bulan xlama lagi..
    first time nak wat stok utk bawak gi taska,,harap2 mama die rajin..hehe

    ReplyDelete
  3. 6 bulan rasanya dulu bagi puri dulu kot.. dah lupa haha

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi