Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KLIK,VIRAL DAN SHARE

KLIK,VIRAL DAN SHARE | Begitulah tajuk seminar yang Sha hadiri pada 11 Mei 2016 ( Rabu) lepas. Seminar yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Munawir ini boleh disifatkan sangat berguna kerana ia melibatkan isu semasa yang mana setiap orang kebanyakannya memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial peribadi. Antara media yang ada sekarang ini adalah Facebook,Twitter, dan Instagram.

Penggunaan medium media sosial ini terletak pada tujuan sesuatu akaun itu dibuka,adakah untuk memberi manfaat atau memudaratkan ahlinya. Masyarakat teruja dengan kehadiran facebook kerana boleh berinteraksi  dengan ramai orang bahkan dapat bertemu kembali dengan rakan-rakan lama. Disebalik manfaat ,tidak sedikit bahaya yang mengancam penggunakannya seperti profil digodam ,dijadikan alat penyebaran kebencian juga penipuan.






Ustaz Ahmad Munawir banyak menyentuh kaitan media sosial dengan rumahtangga yang mana kebanyakkan kes perpisahan yang terjadi kini adalah kerana media sosial yang telah mencuri perhatian lebih daripada mengambil berat tentang pasangan dan ahli keluarga. Sha sendiri sebagai isteri dan ibu bagai dicuit dengan ingatan yang disampaikan oleh ustaz. Sebagai manusia juga kita terlepas pandang,terlupa,tersengaja,terlalai dan pelbagai ter yang hadir bila telefon bimbit berada ditangan.

Hasil daripada perjumpaan dengan sahabat-sahabat lama juga ada yang bertemu kembali dan bertanya khabar antara kekasih lama banyak dilaporkan sebagai punca pergolakkan rumahtangga. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana kes sebegini banyak direkodkan oleh pihak pejabat agama. Nauzulbillah...

Seperti yang banyak dikongsi di dinding facebook kini,satu media sosial baru seperti smule yang mana kegunaannya untuk berkaraoke telah mula menular. Kepada yang minat menyanyi mungkin untuk mengisi masa lapang adalah baik,tetapi disalahgunakan kerana didalamnya ahli-ahli boleh mencipta kumpulan atau kelompok sendiri,berkenalan dan mencipta dunia baru dalam kehidupan seharian. Seperti yang dikongsikan,terjadi perpecahan dalam institusi keluarga dan penurunan dalam prestasi kerja apabila ahlinya terlalu taksub dan terlalu memberi perhatian kepada dunia baru ini.

Walaubagaimanapun semuanya terletak pada diri sendiri untuk kita membahagikan masa dan mengawal pergaulan kita di alam maya ini. Peringatan ini juga adalah sesuai untuk yang blogger separuh masa seperti saya yang perlu mencari masa yang sesuai untuk membuat entry baru. Pastikan apa yang kita kongsikan dan sebarkan dapat memberi manfaat kepada pembaca dan yang penting tidak mencetuskan perpecahan, pembuliaan dan pertelingkahan.

Sekian.

Post a Comment

0 Comments