Hot Posts

6/recent/ticker-posts

VOUCHER PERCUMA SWISS COURT HOLIDAY APARTMENTS DAMAI LAUT LUMUT

VOUCHER PERCUMA SWISS COURT APARTMENT DAMAI LAUT LUMUT | Sejak tanggung kerja Pembantu Tadbir yang sedang cuti bersalin sehingga disember ini Sha belum berpeluang bercuti ke mana-mana lagi. Selepas cuti raya puasa yang lepas Sha mendapat panggilan daripada pihak SGI Vacation Card (SGIVC) untuk hadir menerima voucher percuma daripada pihak SGIVC yang mana perlu mendengar satu taklimat selama 45 minit ( sebenarnya lebih ) di Swiss Court Apartments Damai Laut pada 18 September 2016 yang lepas . Selepas menghadiri taklimat berkenaan,Sha ingin berterima kasih kepada pihak yang memberi peluang kepada Sha untuk menginap di sini. Hasil daripada survey di beberapa blog Sha dapati kebanyakkannya mendapat tempat di Damai Laut, niat dihati nak cawangan di Kuala Lumpur tapi dapat maklumbalas bahawa kat sana dah penuh. Jadi tak apa lah, asalkan percuma, dapat bercuti apa salahnya...aahahahhaa...


Perjalanan yang agak ke dalam, jika mengikut google maps dari Seri Iskandar ke Swiss Court Holiday Apartment adalah 67.8 km. Kalau nak tahu, terdapat lebih kurang 11 bonggol sebelum sampai ke kawasan Swiss Garden Resort kesimpulannya dalam 6 km terakhir sebelum sampai ke sana anda akan melalui 1 bonggol setiap 500m..jadi bertabah lah..huhuhu...

Suasana lobi ketika pendaftaran, semasa taklimat awal dulu pun kat sini juga.



Ini blok D yang Sha dapat, bilik dekat jalan masuk tu je..senang..tak perlu naik turun tangga dah.



Kami dapat bilik yang disediakan katil jenis queen, ok la tu..sebab ada yang dapat bilik 2 katil single kena usaha pulak tolak bagi dekat. Alhamdulillah , semuanya OK, aircond tak ada masalah,kipas pun ada.

Televisyen disediakan. Astro ada, tapi tak ada laa Astro Ria. Tak dapat nak tengok Gegar Vaganza pada malam kedua tu.

Studio Room yang agak luas.

 Bilik air yang selesa dilengkapi bath tab yang memang menyeronokkan anak-anak untuk mandi manda dalam tu dengan buih-buih sabun.

Kami bawak toto..huhuhu...abaikan si kecik Fathia yang tengah berjoget ditempat tinggi tuu..seronok sangat laa agaknya.

 Meja makan.

Kemudahan yang ada dalam Studio Room Swiss Court Holiday Apartments ini.
Almari pakaian dengan hanger.
Peti sejuk.
2 cawan.
1 cerek elektrik.
Alatan memasak | Dapur elektrik + 2 pinggan + 2 mangkuk + 2 pasang sudu garfu + 2 periuk.
Sha bawak pembakar roti dan iron sendiri hari tu..


Aktiviti petang selepas check ini,berehat-rehat kejap. Mulanya nak mandi di Swiss Garden Resort,tapi kena bayar RM15 untuk tetamu apartment, jadi tak jadilah..ahahha...tukar nak mandi pantai..tapi macam tak sesuai pulak keadaannya..tambah pula ada anak kecil ni..Hari pertama pun kami dah membakar lemak dengan jayanya..ahahaha..

Berendamlah puas-puas di Kolam Swiss Court Apartments...

 Dua-dua ni Sha beli online LAZADA sahaja.
Baby Swimming Neck Float & Swimming Float Tube Swim Ring.


Semasa check in akan dapat 1 kad tuntut tuala mandi untuk mandi di kolam, jadi tak perlu nak angkut tuala sana sini.


Sebelah kolam tu ada tandas, bilik bilas dan sauna. Sauna yang agak selesa, tapi petang tu ramai yang guna, jadi Sha tak masuklah.

APA YANG KORANG PERLU BUAT & TAHU BILA DAPAT VOUCHER PERCUMA NI?

😆 Iyanya betul, tak menipu.
😔 Macam Damai Laut ni, perjalanannya agak sunyi kedalam tempatnya. 30 minit dari AEON Seri Manjung.

😉 Ada komen pasal lalat, mungkin bermusim kot (gam lalat disediakan). Masa Sha kat sana memang musim lalat tapi tak ada sangat pun lalat tuu...bukak gam pun ada sekor yang terkorban,,,hahaaha.



😉 Ada menyediakan alatan memasak ( Damai Laut shj ) mungkin sebab tempat ini jauh daripada kedai-kedai luar. Lebih 10km keluar.

😙 Iron. Penting untuk kaum wanita,,huhu..disediakan di suatu tempat khas,tapi Sha memilih untuk bawa sendiri lebih senang.

😭 Di sini ada Blok A-F,request Blok A/B/C ok, sebab ini yang dekat dengan kolam renang. Sha dapat blok D,jauh yea dari kolam mandi...nangis...

😵 Sediakan deposit RM 100 semasa check in, selepas check out akan dapat balik.

😝 SGIVC Menyediakan pengangkutan ke Pulau Pangkor [ tak silap rm42 seorang ] dan mereka akan drop selama 3 jam kat Pulau Pangkor . Bab ini Sha memilih untuk pergi sendiri kerana lebih fleksible . Memandu ke Jeti Pulau Pangkor di Lumut mengambil masa 45 minit, tiket parking kereta Majlis Perbandaran Manjung RM 3 untuk 1 hari. Pukul 10.30 pagi dah ada feri yea. Kereta sewa tak ada yang setengah hari...huhuhuh...hari tu dapat laa kereta wira Rm50.

Kos Sha ke Pulau Pangkor.
Tiket feri | RM 10 x 2 orang dewasa = RM 20
Sewa Kereta | RM 50
Minyak kereta | +- RM 20

Okla tuu..jimat sikit kan.

😣 Boleh mandi di kolam Hotel Swiss Garden tu tapi kena bayar RM 15 seorang.



😍 Boleh sediakan pakaian yang bersesuaian bagi yang ingin bersauna. Bilik sauna yang berbau arang original memang menenangkan.

😮 Sarapan pagi RM 53 untuk 2 dewasa 2 kanak-kanak atau 3 dewasa 1 kanak-kanak. Hari akhir kami kat sana ambil laa 1 sarapan.

Berdasarkan panggilan yang dibuat awal dulu macam pihak SGIVC nak kita komen je tempat diaorang ni. Bagi Sha, tempat ini sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Rate bilik kat sana Studio Room RM 135 dan Apartment 2 Bilik RM 220.

Berikut adalah tentatif ringkas sepanjang Sha kat sana :



Sekian dulu cerita Sha di Swiss Court Holiday Apartments.
😻😻😻😻

Post a Comment

0 Comments