Hot Posts

6/recent/ticker-posts

UBATI STRESS DENGAN TERAPI WARNA

UBATI STRESS DENGAN TERAPI WARNA | Assalamualaikum semua. Haa..hari ini Sha nak cakap stress, tipulah dalam satu hari kita tak ada langsung stress kan. Memang dalam kehidupan normal stress atau tekanan ini tidak dapat dielakkan cuma yang ada bagaimanakah kita menghindari stress dan menyelesaikan masalah yang menyebabkan stress.
Pelbagai cara yang kita boleh buat apabila STRESS seperti bercuti, melancong, meronda-ronda pusing kampung, buat aktiviti yang menenangkan, tidur atau sebagainya. Di sini Sha ingin berkongsi satu cara yang menjimatkan dan unik iaitu terapi melalui warna. Mengikut ilmuan dari Thomas Jefferson, University Philadelphia, terapi warna dapat menyingkirkan tekanan. Selain itu terapi warna juga dikatakan dapat mengubati rasa mengantuk dan nafsu makan yang tidak terkawal.

UNGU VIOLET
Menenangkan susunan saraf, otot dan menyembuhkan tekanan. Menurut National Center For health and Wellness, warna ungu violet dapat mengubati bahagian badan yang mengalami tekanan.

JINGGA
 Warna yang dapat memperbaiki mood dan tumpuan. Selain itu warna jingga dapat menenangkan perasaan takut dan cemas. Patutlah Kak Ana Jingga kita pilih warna jingga yea...

INDIGO
Membantu mengatasi rasa cemas dan tekanan.

BIRU
 Warna biru boleh memberi kedamaian. jika anda mengalami gangguan tidur,cubalah tukar warna dinding bilik tidur dengan warna biru untuk mengatasinya..cubalahh..😊😊

JANGAN PILIH!


KELABU


Comelnya dia niiii...tahukah anda kelabu ada kaitan dengan perasaan hati. Seseorang yang dilanda kesedihan atau dispresi cenderung untuk memilih warna kelabu berbanding warna cerah.


Ok apa kata selepas ini kalau stress cari sesuatu yang berwarna yang bersesuaian macam diatas tuuu...kecuali kelabuu dan cuba tenangkan diri sendiri yea.Stress adalah sesuatu yang tidak seronok tau tak?? Tak leh berfikir dengan betul dan cenderung mengikut emosi.

Terima Kasih.

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi