Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TERINGATKAN OMEY

TERINGATKAN OMEY | Omey seekor kucing yang sangat istimewa dalam hidup Sha dan suami...Peneman sebelum lahirnya Abang Zaryth. Kami terjumpa Omey di tapak pasar malam Seri Iskandar yang mana Omey sedang merayau tanpa arah tuju sambil jalan terhinjut-hinjut, kakinya bahagian hadapan dilihat lembik tapi makin lama Omey membesar makin sihat dia.
Paling terasa daddy dia laa sebab Omey selalu juga tak sihat terpaksa disuap ubat dan kembali sihat seperti biasa. Suami Sha yang selalu balik waktu tengahari untuk bagi makan ubat pada Omey dulu. Budak nakal ni pernah lompat melintasi api semasa daddynya tengah bakar sampah sehingga bergulung misai dia...kesian..tapi terhibur tengok muka dia sementara muka Omey pulih seperti biasa.


Macam mana boleh teringatkan Omey pagi tadi? Sebab nampak Abang Zaryth pegang kotak mainan dia yang nak dibawa ke rumah mak pengasuh tu, Abang Zaryth memang pantang nampak kotak ada je buat letak mainan dia. Omey dulu pun suka sangat dengan kotak, dia tak ada kawan jadi di rumah memang bagi kotak untuk dia main. Habis kotak tu tunggang terbaliknya. Sekarang dah hampir 5 tahun Omey pergi, kalau Omey masih ada mesti dah tua. Omey mati dikampung, semasa Sha menanti hari-hari untuk bersalinkan Abang Zaryth. Disyaki Omey telah mengigit katak beracun sebelum balik kampung.
Omey anak yang lincah, nakal...suka kacau orang masak..sambut bila mommy daddy balik kerja, tempat mommy ngadu juga kalau merajuk dengan daddy..balik kerja suka berkepit..jilat-jilat baju..cium ketiak..ahahhahaah,,,,Omey budak paling comel paling penyayang...sayangnya jodoh kita tak panjang..tak sempat pun tengok Zaryth keluar...Omey memang suka duduk atas perut sambil rasa Zaryth gerak-gerak dalam perut mommy masa tu..huuhu..jauh betul Omey mati..bertahan dalam kereta dari Perak ke Terengganu.

Mommy & Daddy Rindu Omey.

Post a Comment

6 Comments

  1. akak lak tersa sedih,,,, kucing ni kadang mcm tau je apa yg kita fkr... dia tau klu kite syg kt dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak..dialah yg sambut kita balik kerja..dialah kacau kita masak..dialah teman disaat sedih2..

      Delete
  2. Touching...
    Teringat kat kucing Mrs. A Momot yang mati disyaki jugak termakan benda beracun sebab dia tiba-taiba balik malam tu sambil nak muntah-muntah dan mulut dia keluar buih campur darah terus mati time tu jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah...kena racun kee...kucing2 ni istimewa sbnrnyaa

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi