Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ALHAMDULILLAH SELESAI NIAT

ALHAMDULILLAH SELESAI NIAT | Alhamdulillah, di pagi jumaat yang mulia ini dimulai dengan bacaan yassin bersama rakan-rakan sekerja beserta doa selamat yang Sha request untuk kelancaran pembedahan kecil mata Abang Zaryth pada 31 julai 2017 (isnin) ini juga untuk kesihatan keluarga Sha, orang tua dikampung dan juga rakan-rakan serta ahli keluarga yang lain.

Selain itu Sha juga berniat atas rezeki mendapat APC 2016 pada 18 april 2017 lepas. Jenuh juga fikir nak sedekah makan apa kat kawan-kawan, memandangkan kawan-kawan biasanya akan mintak Sha masakkan Nasi Dagang Terengganu jadi Sha ambil keputusan menjamu kawan-kawan dengan Nasi Dagang Terengganu.

Alhamdulillah, walaupun tidak cukup tidur semalaman memasak dengan tidur-tidur ayam akhirnya Nasi Dagang Terengganu selamat dah ke perut kawan-kawan dan cukup untuk semua orang merasa...al maklumlah orang kurang mahir memasak macam Sha ni memang kecut perut kalau nak memasak kuantiti lebih dari 4 orang macam kat rumah tu..ahhahaaha..tapi InsyaAllah berkat niat itu mungkin mencukupi apa yang ada walaupun ada yang makan bertambah..hihii..

http://notashalimar.blogspot.my/2014/06/nasi-dagang.html

Terima Kasih kawan-kawan sudi makan masakan Sha.

Post a Comment

6 Comments

  1. Salam kenal dari kak lina AFB
    Http://mama3danish.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, selamat semuanya dah. Sedap pula tengok nasi dagang tu. Aumnomnomnommm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Ina..klu x mcm xlepas je di dada ni...huhuuh

      Delete
  3. Baru makan nasi dagang tadi.. alhamdulillah selamat semuanya ye.

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan pembedahan mata abang zarith...semoga semuanya selamat =)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi