RESEPI IKAN TONGKOL SINGGANG

RESEPI IKAN TONGKOL SINGGANG | Esok rancang nak masak Nasi Dagang untuk keluarga kakak ipar yang balik ke Ipoh. Memandangkan Sha tak pernah masakkan nasi dagang untuk mereka tambah pula memang stok beras nasi dagang dan rempah gulai nasi dagang yang Sha beli baru-baru ini tidak digunakan lagi, jadi projek jalan. Alang-alang ikan tongkol yang Sha beli bersaiz besar, Sha ambil seketul dua untuk buat lauk makan malam. Dalam kepala memang dah teringin makan ikan singgang dangan budu, jadi terlaksanalah semalam. Walaupun resepi simple, Sha nak share juga..hihihi..maafkan saya seorang anak pantai timur..

bahan-bahan

Bahan-bahan yang diperlukan :

😉 Ikan tongkol
😀 Serai [diketuk]
😁 Bawang merah [dihiris]
😊 Halia [dihiris]
😆 Lengkuas [dihiris]
😌 Kunyit hidup [dihiris]
😍 Bawang putih [dihiris]
😋 Asam keping
😡 Cili padi
😉 Kacang bendi


semua bahan sudah masuk periuk

Cara-cara memasak :

Rebus air sehingga mendidih sukatan mengikut kesesuaian
Bila mendidih masukkan bahan-bahan dihiris,serai.
Apabila semua nampak layu masukkan kacang bendi kemudian masukkan ikan tongkol,asam keping dan cili padi.
Perasakan dengan garam.

Mendidih tunggu masak semua bahan.
Siap untuk dihidang

Set hidangan menambah nasi.

Jangan kata korang tak terliur pada yang suka makan budu tuu. Kebetulan pula hari sama ramai yang update makan ikan singgang nii. Sha telefon kat kampung pun tanya mak makan apa hari ini, mereka tengah makan nasi dengan ikan singgang juga....adooiii laaa..
Sha laju je suap Abang Zaryth makan,,hihi sebab kena bagi dia kenyang dulu baru ibu boleh makan dengan puas hati.Meleleh air mata oiiii kata kamu, habis suap anak apa lagi penyet-penyet laa cili padi tuu sampai pedih jari-jari.

Fuhh..puas hati betul makan macam nii..

Selamat Menjamu mata yeaa...

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST | Wahh, meriah betul sekarang ni ,semuanya pasal lazada. Tidak ada rezeki nak dapat suprise box daripada lazada kita usaha masuk contest pulak sama-sama memeriahkan birthday lazada sambil cuba nasib. Rasanya masih belum terlambat untuk Sha sertai contest ini. Pada yang belum join boleh klik banner di bawah :

http://www.lazada.com.my/blogger-contest/


A). Apa yang saya suka tentang Lazada Malaysia?

Pengalaman saya dengan lazada setakat ini adalah terbaik. Lazada menyediakan pelbagai barangan yang sesuai pada peringkat umur, jantina dan keperluan. Transaksi pembayaran adalah ringkas tidak menyulitkan pembeli dan tahap keselamatan pembayaran adalah diyakini. Bagi seorang blogger lazada juga menganjurkan pelbagai program sepertimana contest yang sedang berlangsung sekarang dan memberi peluang peserta mendapat barangan impian. yang penting lazada menjimatkan masa dan tenaga dan juga kos untuk mendapatkan sesuatu barangan.

B). 3 barang yang saya inginkan daripada Lazada :

Pilihan 1)

 

Travel bag macam ni sangat sesuai untuk Sha sekeluarga memandangkan Sha berada jauh daripada kampung perlu travel jauh untuk balik kampung. Satu travel bag amat membantu Sha menguruskan keperluan Sha sekeluarga. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar adalah pilihan terbaik.

Pilihan 2)

 

Dengan adanya kabinet ini akan membantu Sha susun atur kembali dapur. Oven di rumah memerlukan tempatnya sendiri, senang diakses apabila diperlukan dan lebih kemas. Rak pelbagai fungsi ini juga dapat menempatkan barangan elektrik kecil lain yang ada di dapur kediaman.

Pilihan 3)


 
Baru-baru ini suami dapati jam tangan Sha  sudah rosak. Jam tangan belum berganti jadi rasanya jam tangan diperlukan juga kerana waktu adalah amat penting. Reka bentuk jam tangan ini adalah reka bentuk yang sesuai untuk tangan Sha.

C) Macam mana nak tingkatkan perkhidmatan Lazada?

Harapan pada lazada ialah dapat memberi tracking number penghantaran barang lebih awal agar pelanggan dapat bersedia untuk menerima penghantaran. Penghantaran juga perlu lebih cepat dan dikemaskini. Barangan seperti tas tangan wanita juga perlu seiiring dengan gambar yang disertakan supaya pelanggan lebih berpuas hati dan percaya dengan perkhidmatan lazada.


D) Ucapan Hari Lahir untuk Lazada Malaysia?

 
Selamat Ulang Tahun ke-5 buat Lazada Malayia. Semoga Lazada terus maju jaya dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sebagai satu pusat beli belah online terbaik dan diyakini para pelanggan.
Korang! Jangan lupa yeaa tarikh 22-24 mac 2017 ini,shopping sakan di LAZADA.COM.MY pada blogger yang belum join boleh klik banner paling atas okeh dan boleh disertai dengan pilihan bahasa Malaysia.

Contest yang terbuka untuk para blogger ini sedang berlangsung 1 March sehingga 23 March 2017. Semakin ramai blogger yang join, semakin banyak dan lumayan hadiah Lazada tawarkan. Jom kita tengok, apa hadiah hebat Lazada nak bagi blogger yang join contest ni...

Kurang 50 Peserta (10 Pemenang) 
1st Prize: 1 x RM300
2nd Prize: 3 x RM200 
3rd Prize: 6 x RM100 
Lebih dari 50 dan Kurang dari 100 Peserta (20 Pemenang) 
1st Prize: 1 x RM500
2nd Prize: 7 x RM250 
3rd Prize: 12 x RM125 
Lebih dari 100 Peserta (30 Pemenang) 
1st Prize : 1 x RM800 
2nd Prize : 12 x RM300 
3rd Prize :17 x RM150 

Apa tunggu lagi? Jom rebut peluang ini.

AEON Mommy' Card

AEON Mommy' Card | Assalamualaikum, mungkin ramai sudah tahu dan mungkin ada yang belum tahu bahawa AEON telah mengeluarkan satu kad khas untuk ibu-ibu yang mempunyai anak berumur 12 tahun ke bawah. Baru-baru ini Sha telah mendaftar kerana ianya hanya PERCUMA.



Pada ibu-ibu yang biasa membeli pakaian dan keperluan anak-anak di pusat membeli belah AEON bolehlah terus mendaftar. Sha daftar kat pintu masuk AEON je hari tu diaorang ada bukak meja.

Apa yang menarik?

Tambahan diskaun 5 % akan diberikan (barangan terpilih sahaja) di Baby and Kids Department pada setiap minggu akhir setiap bulan contohnya pada bulan Mac ini 25 dan 26hb adalah AEON Mommy's Day.

Boleh laa kann...layan je...huhuhu....

ANTARA DETOKS DAN DIET EXTREME

DETOKS VS DIET | Siapa tengah diet sekarang ni? TaHukah anda DETOKS adalah lebih penting daripada DIET ketat tanpa perancangan yang betul. 

SETUJU ATAU TIDAK SETUJU?

Apakah perbezaan antara DETOKS dan DIET?

DETOKS - Proses mengeluarkan racun daripada tubuh, membina otot, membuang lebihan lemak dan meneutralkan asid dalam badan. badan yang neutral tidak akan menghasilkan lemak dan menjaga tubuh agar kekal sihat dan ideal.

DIET - Menurunkan berat tetapi ia juga akan meningkatkan penghasilan asid di dalam badan. Badan yang berasid akan menghasilkan lemak dan membuatkan berat badan naik kembali.

MANFAAT DETOKS BAGI TUBUH BADAN MANUSIA :


• Meremajakan sel-sel sehingga kulit pun menjadi bersih, sehat, kencang, dan lembut.
• Menurunkan kelebihan berat badan.
• Meningkatkan energi.
• Peningkatan deria bau, perasa, dan pendengaran.
• Melancarkan peredaran darah 
 • Memperbaiki daya ingat.
• Menghilangkan gejala-gejala penyakit seperti alergi, sakit kepala, kembung, dsb.
• Memperbaiki kadar gula darah dan tekanan darah.
• Memperbaiki fungsi liver dan ginjal.
• Meningkatkan daya tahan tubuh.

Anda mencari-cari produk untuk detoks yang selamat diambil dan menjimatkan?
Selain buah-buahan segar, kini anda boleh miliki

Hubungi {Whatapps} Sha sekarang untuk keterangan lanjut :

 Ingin tambah pendapatan?
Tambah duit raya?
Duit sambung nyawa hujung bulan?

Juga boleh hubungi Sha.
dropship_diperlukan.

KENAPA TIDAK BOLEH AMBIL CHIA SEED LEBIH 2 SUDU?

JANGAN AMBIL CHIA SEED LEBIH DARIPADA 2 SUDU 1 HARI

KENAPA?

INI SEDIKIT KETERANGAN YA,,

Sebenarnya ramai yang bertanya tentang ini kenapa disarankan untuk mengambil 1 hingga 2 sudu makan chia seed sahaja setiap hari sedangkan ia memberi pelbagai khasiat?

Chia seed adalah superfood yang kaya dengan protein. Protein tidak boleh diambil secara berlebihan. Tidak sesuai untuk buah pinggang kita.

Chia seed bersifat menyerap air dalam badan. 1-2 sudu sudah memadai dengan jumlah air yang kita ambil setiap hari. Jika diambil secara berlebihan ia akan menyerap cecair dalam badan secara berlebihan boleh menyebabkan tubuh badan manusia kekejangan.

Makan apa pun jangan berlebihan. Boleh membawa kemudaratan.
Bersederhana adalah lebih baik.

MACAM MANA NAK DAPATKAN CHIA SEED?

 

SEGMEN | HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET

SEGMEN | HASRUL HASSAN BANTU TRAFIK BLOG MEROKET | Alhamdulillah tengahari ini Sha nak rebut peluang yang diberi oleh Tuan Hasrul Hassan. Pergerakan trafik kebelakangan ini statik sahaja belum menampakan peningkatan luar biasa. Sha selalu mencari tips blogging dan tips adsense di blog Hasrul Hassan yang suka berkongsi pengalaman dan tips berguna untuk blogger picisan macam NotaShalimar ini.

Diberikan syarat yang agak ringkas apa kata kita join dan memeriahkan lagi segmen ini. Win win situation juga ni kiranya.

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Syarat Penyertaan

  1. Peserta mesti ada blog.
  2. Peserta diwajibkan untuk buat satu post ringkas dengan meletakkan banner segmen ini dalam post berkenaan. Banner tersebut mesti link ke blog/post ini.
  3. Dalam post tersebut, sila letakkan satu URL blog post anda yang anda mahukan trafik meroket. 
  4. Wajib untuk LIKE page HASRULHASSAN.COM (klik sekarang dan LIKE)
  5. Wajib untuk LIKE page BISNES ONLINE TANPA MODAL (klik sekarang dan LIKE)
  6. Wajib untuk FOLLOW Google Profile Hasrul Hassan (klik dan FOLLOW)
Jadi jom kita join! Saya yakin Tuan Hasrul Hassan akan membuat magic!!

TERIMA KASIH.

TARIKH KELAHIRAN HARI INI

TARIKH KELAHIRAN HARI INI | Alhamdulillah hari ini 7 Mac 2017 secara rasminya telah memasuki umur 30 tahun. Akhirnya melangkah juga ke golongan umur 30'an yeaa. Tiba-tiba teringat kalau zaman budak-budak dulu mak dah sibuk masak-masak beli kek untuk makan ramai-ramai dengan sepupu sepapat. Sayangnya semuanya hanya dalam kotak memori sahaja, tak ada gambar kenangan.



Entry ini khas untuk mengucapkan TERIMA KASIH atas ucapan Selamat Hari Lahir sama ada di Facebook, Whatapps, Instagram dan ucapan lisan daripada keluarga dan kawan-kawan.
Di usia 30 tahun ini Sha amat-amat berharap dapat meningkatkan taraf hidup dan menjalani hidup dengan lebih matang, maju dan tenang.
TERIMA KASIH pada suami yang mengambilalih tanggungjawab ayah menjaga kebajikan seorang Shalimar sepanjang 6 tahun ini.
TERIMA KASIH pada mak yang melahirkan dan ayah yang membesarkan seorang Shalimar.
TERIMA KASIH pada saudara dan rakan-rakan yang memberi pelbagai corak suka duka hidup kepada seorang Shalimar.
Antara ucapan hari ini :
Semoga Sha bahagia disamping keluarga. InsyaAllah...aminnn
Semoga Dilimpahi rezeki. InsyaAllah...aminn..
Semoga terus maju. Doakan bisnes SILERA CHIA SEED Sha sentiasa istiqomah...InsyaAllah..amin..
Semoga Panjang Umur...InsyaAllah ...aminn..
Doakan juga Sha semakin dekat dengan pencipta Sha okehh...

TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...