CABARAN DALAM PROSES PENYUSUAN SUSU IBU

Assalamualaikum.
Selamat Pagi.
Di pagi ini rasa terpanggil pula untuk mengupas sedikit isu di laman facebook hasil rentetan di surat khabar Harian Metro.


Baru tersedar,rupanya ramai juga ibu yang kondem ibu-ibu yang menyusu badan, katanya berniat untuk menunjuk-nunjuk. Astaghfirullah hal adzim, macam - macam ayat kondem mengondem di laman sosial. NS sebagai ibu yang menyokong Penyusuan Eksklusif Susu Ibu amat kecewa dengan komen-komen daripada wanita yang bergelar ibu juga. Mungkin ada yang ingin menunjuk-nunjuk | Wallahuallam.. Tapi tidak perlu menyalahkan sampai begitu sekali.

Di sini nampaklah betapa perlunya pengetahuan dan ilmu sebelum memasuki dunia baru sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu. NS sendiri mengakui proses penyusuan bukanlah sesuatu yang mudah dan juga bukanlah sesuatu yang payah. Hendak seribu daya,Tak hendak seribu dalih.

Ya, bukan semua ibu dikurniakan susu yang meriah, tapi jangan ingat semua ibu-ibu yang berjaya menyusu anak sehingga umur 2 tahun melalui saat yang mudah. Sekali pam sudah penuh botol, wahhh hebat.

Pengalaman NS : 
Kenapa perlu balik awal ke Perak?Kan cuti lama lagi. Penat NS nak terangkan pasal stok susu ibu ni. Sudah 1 minggu NS pulang ke Perak, baru dapat 12 botol, bayangkan kalau NS balik ke Perak 1 minggu sebelum masuk kerja? Semestinya NS akan bertambah tertekan memikirkan stok susu dan bayi NS.

Menyusu di tempat awam? Tidak semua mall atau tempat dikunjungi menyediakan bilik bayi namun banyak kemudahan sudah disediakan seperti Nursing Poncho / Nursing Cover sudah banyak dijual.

Laman Sosial. Produk-produk untuk Milkbooster sudah banyak dihasilkan sepertimana produk-produk kecantikan. Group-group sokongan untuk ibu-ibu menyusu untuk mendapat nasihat,petua dan tunjuk ajar pun sudah diwujudkan. Berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan . Gunakan teknologi hujung jari dengan bermanfaat.

Mengurut. Setahu NS selepas bersalin kebanyakan ibu akan mendapatkan khidmat urutan, selain urutan badan, biasanya bidan / tukang urut akan membuat urutan meransang susu jika diperlukan.

NS sendiri sehingga sekarang juga melalui tekanan jika saat sesi pengepam susu hanya keluar beberapa titik. Inikan pula dalam pantang, sebab itu lah orang lama tidak menggalakkan ibu berpantang ditinggal berseorangan ,dengan emosi yang belum stabil, dengan tidak mahir mengurus diri ketika berpantang.

Yang penting, sepatutnya kita perlu berusaha , doa dan tawakal. Jika segala usaha tidak berhasil bukannya salah menggunakan susu alternatif - susu formula. Lainlah ada juga ibu yang memang merancang untuk memberi susu formula dari awal semata-semata untuk menjaga badan. Penting juga ibu sebagai isteri meminta izin daripada suami untuk menjayakan penyusuan susu ibu,semoga diberkati.

Jadi,sepatutnya kondem mengodem tidak perlu terjadi dalam masyarakat. NS percaya kejadian ini berlaku atas banyak faktor bukan salah SUSU IBU semata-mata.Pendek kata, mengikut pengalaman NS penyusuan susu ibu ini banyak melibatkan keadaan dan masa dan cara. Jika ada  yang ingin melawat kawan bersalin, sila jaga adab menziarah. kalau tanya baby minum susu apa? kawan jawab susu badan / susu formula jangan ditanya lagi kenapa....:) .. Takut niat baik nanti disalah erti, lain pulak jadinya.



3 comments:

  1. maknusia memang kaki kondem nombor satu!

    ReplyDelete
  2. Betul, ibu dalam pantang memang perlukan sokongan orang sekeliling. Kadang2 hal kecik pun boleh jadi terasa hati. Bukan pasal tak mampu nak susukan anak je. Saya rasa ibu tu hadapi tekanan lain. Kesian dia. Mommies di luar sana tu cpt sangat melatah dan menghukum. Tenang2 saje la. Semoga Alaah sentiasa merahmati kita. Amiinn...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...