LEPAK DENGAN ANAK TERUNAKU ZARYTH

Anak Teruna Ibu | NS nak pacak sikit saat-saat lepak dengan Zaryth semalam - 4 Oktober 2015 [ Rabu ] Hari ini 5 oktober 2015 - Sudah masuk umur 3 tahun 2 bulan dah anak lelaki sulung Ibu ni.. Baru sihat selepas 3 hari demam,lepas sihat terus ikut ibu jejalan hilangkan bosan duk kat umah ni.


Selfie dulu dengan Zaryth sebelum bergerak ke AEON Mall Klebang Ipoh.
Sampai ke Mall, kami window shopping je..Hayun kaki je sambil gaduh dengan awak laa Zaryth..tak nak pegang tangan ibu, ibu risau awak tu hilang dari pandangan mata ibu. Nasib laa memang ibu niat nak bawak Zaryth jalan, kalau buatnya ibu bawak senarai barang nak beli..hangin laa ibu..huhu..
Hari ini tak tau laa angin mana datang nyaa,asyik minta ibu ambil gambar dia je dalam kaison. Layan jelaa, boleh ibu pacak gambar Zaryth kat sini.
 

 Zaryth suka Baymax.


 Selepas 1 jam setengah, bila sampai part kedai kesukaan ibu, semestinya kedai buku Zaryth dah mula buat perangai,suruh dukung. Ngantuk katanya.
Maka,tak jadi la ibu tengok-tengok buku ambil keputusan bagi Zaryth tidur dalam kereta dan ibu nak cari makan tengahari kebetulan memang perut sudah lapar.
Hasil selepas beberapa minit duk dalam kereta.

 Ibu tapau nasi kegemaran kat kedai biasa ibu beli masa kerja dekat Ipoh.
Nasi Ayam Halimah Bachik
RM 3.50 je banyak ni.
Dekat Taman Chempaka, pelajar Politeknik ramai laa belah sini.
Tapau,makan dekat Padang Polo Ipoh sesorang,Zaryth tidur lagi.

 Lepas makan, NS ambil peluang pergi tengok tapak pejabat NS yang ditutup akhir tahun lepas. Rindu pulak kenangan kat sini. Hampir 1 tahun dah tempat ni tutup,tapi masih belum ada apa-apa pembangunan dijalankan. Sebelum ini cepat aje halau kami dari sini yea.
Sampai depan pagar ,Zaryth sedar. Ok,boleh sambung jalan balik ke AEON Kinta City pulak kita.
Pusing-pusing cuci mata je..
Nampak Zaryth tak berapa happy, terus NS bawak ke bahagian mainan kanak-kanak.
Hah!! Meleret je senyum..
Alhamdulillah, Zaryth bukan jenis mengamuk nak dibelikan sesuatu.
Tapi NS belikan sebuah kereta lumba mainan untuk dia.

 Yes!!! Shalimar...Sejak bila pandai beli barang beropol-ropol segala ni??
Sejak ada anak dara kecik baru ni laaaa..
Ni Stokin ropol pertama untuk Fathia.
Hah!!
Zaryth dah penat berjalan,kereta mainan pun dah dapat. Kami ambil keputusan untuk pegi beli air dan balik rumah.
Ok laa tuu, keluar dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

Nota : 4 hari lagi dah nak masuk pejabat balik.
Masuk kerja baru ada mood nak kerja...:P


2 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...